Posts

#NotaH18

Isu sosial dan pendidikan adalah saling berkait. Rencamnya organisasi sosial adalah disebabkan pincangnya institusi pendidikan. Aku memandang tinggi pada pendidikan di Indonesia. Walaupun mereka keterbelakang dari pendidikan rendah tetapi pendidikan peringkat tinggi mereka berjaya melahirkan ilmuan dan golongan intelektual. Kedudukan Indonesia dalam penilaian oleh TIMSS dan PISA ada sekitar tempat 60 daripada 73 buah negara. Tetapi diperingkat tinggi mereka mampu melahirkan ilmuan yang menghasilkan pelbagai jenis buku. Jika nak dibandingkan buku ilmiah yang dikeluarkan oleh Malaysia dan Indonesia sangat jauh bezanya. Sumber-sumber tulisan di Internet juga jelas menunjukkan bahawa penulisan mereka lebih banyak sumbernya. (Aku akan cuba cari statistik untuk dua isu ini) Lebih hebat lagi sekitar tahun 80-an, Indonesia berjaya menerbangkan kapal terbang ringannya sendiri, hasil usaha B,J Habibie yang juga merupakan bekas Presiden Indonesia. Apa yang mahu aku ketengahkan di sini adal...

#NotaH17

Proses menghabiskan bacaan dua buah buku sekali gus. Risiko yang diambil untuk membenarkan pertembungan idealisme dari dua buah buku dengan latar yang berbeza. Minda Tertawan vs La Tahzan, Terasing. Sebagai orang yang meletakkan buku sebagai kekasih dan teman tidur aku akan bersikap obses pabila melakukan perkongsian perbincangan tentangnya. Membaca dua buah buku ini memerlukan masa yang lebih lama kerana pembacaan aku selalu terganggu dengan isu-isu yang diutarakan, perlu diulang baca dan dinilai sekali dua. Dalam tempoh seminggu dua ini juga sebuah lagi buku berjaya dihabiskan walau pembacaannya lebih lewat. Mungkin kerana bukunya, tipis dan isunya tidak terlalu payah. (Bukan Dari Jibril) Sejarah pembacaan aku lebih lewat daripada mereka yang aku kagumi. Oleh kerana ini, maklumat yang aku ada teramat sedikit dan cetek. Mula dengan bacaan buku cerita ketika usia 5 tahun, kemudian majalah hiburan seawal sekolah rendah secara sembunyi daripada pengetahuan ayah. Beralih kepada majala...

#NotaH16

Insomnia, Aku mahu tidur. Kusut, Aku mahu lapang. Perasaan, Aku mahu tenang.

#NotaH15

Encouragement Mendorong supaya terdorong. Dihujung pengajian dorongan adalah yang paling diperlukan. Dan dorongan bukanlah atas nilai eksplisit Atas dasar dorongan dan tanggungjawab aku lepaskan kepentingan. Ini keputusan muktamad. Aku sudah tak gentar pada kata-kata manusia. Aku perlu lebih profesional Dalam organisasi yang aku gagal menyumbang aku sedia undur diri.

#NotaH14

Dah tiba masanya diam dengan makna sebenarnya diam. Bulan september akan jadi bulan yang getir Tambah tolak 3 bulan lagi. Kerja kuat lupakan. Kerja kuat lepaskan. Yang tak sepatutnya. Kuatlah.

#NotaH13

Berpuasa dapat mendidik nafsu dan tingkah laku. Jadi aku perlu puasa dari fb, twitter, dan ig. Kewarasan akal sudah gagal mengawal kemahuan. Ini gila. Gila. Lebih parah dari hal 2 tahun lalu. Tak apa lah sikit demi sikit. Biar sikit tapi istiqamah lalu hilang kan? ------------------------------------------------------ Semalam, Insomnia lagi Siang, tidurnya sudah tidak selesa. Tubuh keliru sama kehendak hati juga akal. Berebut-rebut saling mahu menjuarai. Bahaya lebih dari marijuana. mendebarkan dan khayal. Ah, aku gagal lagi kali ini dengan kegagalan yang lebih dasyat. Mendongak ke langit mengira bintang harap mampu pejam malam ini Malang, langit gelap bintang sembunyi. gagal lagi. --------------------------------------------------- Mungkin aku perlu lari, tapi masih terus menjadi diri sendiri. Terlalu mencuba juga sebenarnya payah. Aku gembira dengan bagaimana sekarang cuma, jauh dari sudut paling dalam tercuit sedikit harap yang salah. Haih. ...

#NotaH12

Shit! Aku buat apa yang aku kata kita tak patut buat. Pfttt. Duh. Duh. Duh. Stop talking. Stop.. stop STHOPP. Entah apa Hiatusnya kalau macam gini. Masih tak lepaskan. Masih. Masih dan Masih lagi. Aku betul-betul perlu sibukkan diri Viva dah dekat. Tesis masih huru hara. Asaimen bertingkat Move.. move.. Blerghhh.. blerghhh... kecewa dengan diri sendiri. Rapuh gila. Ughhhhhhh.. Sekarang. Mula sekarang. Ya sekarang.