Posts

#HiatusRabak25

Image
Makin lama aku rasa, aku semakin lemah bila ramai. Entah.

#HiatusRabak24

Tiba-tiba rasa nak nangis. I am a loner. A loser. Aku kalah dengan perasaan aku sendiri. Aku terlalu enak hidup dalam mimpi-mimpi yang aku harapkan. Sedang kenyataan tak semanis itu. Melihat kepada kebahagian mereka di sekeliling Buat aku makin mengharap pada keajaiban yang memang secara nyata nya tak akan wujud Absurd. In denial. Apa-apa sahaja aku sanggup terima asalkan aku mampu untuk kembali ke realiti. Kalaulah satu ketika dahulu aku tidak confess pasti aku dengan seseorang yang selalu ada itu akan tetap ada. Kalaulah begitu pasti aku akan kekal mengharap cuma pada dia. Kalaulah begtu pasti aku tidak lihat pada yang lainnya. Aku sanggup. Aku sanggup untuk terus memendam. Mengharap pada si dia yang sekurang-kurang ada dekat walau jauh. Yang mampu untuk aku wujudkan mimpi-mimpi yang berkemungkinan dan bukan sekadar khayalan. Kalaulah begitu pasti aku tidak begini memandang langit mencapai awan sedang kaki di bumi. Ya Tuhan, peliharalah aku. Jauhkan aku dari perasaan...

#HiatusRabak22

Image
24 tahun. Pernah merasa kecewa kerana cinta yang buta. Merasa jatuh dari tingkat tertinggi lalu berkecai. Sedang menunggu hai takdir mahu mengetuk aku gimana lagi. Saat ini dada berdebar. Menanti tentang sesuatu yang tak pasti. Tuhan, aku selesa bergini. Merangkul erat selimut tebal dikelilingi buku-buku juga mimpi-mimpi ku yang percuma. Cuma, mimpi-mimpi percuma sudah tidak asyik. Realiti sudah mengejutkan aku dengan terlalu tegar bingit Sehingga aku tak rasa yang aku bisa bermimpi lagi DIa menghentak aku tiba-tiba dan sangat kuat. Aku dan lagu ku. Dan keselesaanku. Aku mahu kekal di sini. Dalam selimut tebal dikelilingi buku-buku. Meski mimpi-mimpi ku sudah pergi.

#HiatusRabak20

Image
He is good, Way too good. He is perfect, Way too perfect. But i dont. For both. Aku cuba untuk percaya yang aku dah give up. But end up aku masih fikirkannya. OH CRAP! Tulisan aku canggung kan? Dah lama. Makin teruk. Aku sendiri tak tahu apa aku rasa sekarang. Keputusan penempatan untuk SJKC dah keluar dan  SK tak lama lagi. Doakan aku dapat tahu keputusan cepat. Tak kisahlah ke mana aku dapat. Aku sedia. Aku perlu sibukkan diri. Aku perlu berkerja supaya aku lebih fokus. Mencabar. Ya sangat. Aku sendiri tak pasti sama ada aku sudah sepenuhnya bersedia tapi yang utama aku perlu bekerja. Menjadi sibuk. Supaya tiada masa untuk aku fikirkan hal-hal yang mengarut. Buat waktu ini dalam perancangan 5 dan 10 tahun. Hanya untuk ibu ayah akak. Satu-satu misi dan matlamat yang aku ada. Untuk aku. Apa-apa sahaja yang dapat beri kebaikan kepada mereka. Kerja. Mengembara.

#HiatusRabak18

Image
SUMBER Spekulasi khabar angin  yang kau sebarkan tanpa tahu mana asal datangnya berita tu mampu memberikan kesan yang tak pernah kau bayangkan kepada mangsa. Percayalah. Kerana spekulasi, sangkaan yang tidak benar dan salah sangka aku pernah hidup dalam kebenciaan selama 5 tahun. Tapi aku tak salahkan kepada spekulasi sangkaan tu smeua sebab aku sendiri ada salahnya. Dan semua itu menjadikan aku lebih kuat.  Aku bernasib baik sebab aku ada jumpa teman yang sedia untuk bersama dengan aku. Pernah kau bayangkan bagaimana nasib mereka yang sudah hilang kepercayaan mereka yang benar-benar dipinggirkan dan dibiar jatuh? Cukup aku katakan pengalaman 5 tahun ini sangat menyakitkan. Apatah lagi apa yang terjadi adalah lebih daripad yang aku sangkakan. Rupanya sekeliling aku adalah pura-pura. Rupanya yang berlaku adalah lebih daripada yang pernah terlintas difikiran dan bayangkan. Tapi bila mengenangkan tentang kesilapan yang ada juga pada aku buat aku terima dan ang...

#HiatusRabak17

Image
Credit Satu Titik. Satu titik mencari titik persamaan di atas dua garis pada satu titik dari gerakan arah bertentangan. Antara gerak titik ke Barat dan satu titik statik ke Timur. Kebarangkalian untuk berhenti pada satu arah dan menyatu itu mustahil. Dalam dua garis gerakan yang bertentangan dan satu titik masih mengharap pada gerakan selari seolah tidak mungkin. Satu titik yang bergerak terus meluncur ke hadapan sudah punya tahu di mana jumpa akhir henti menidakkan keupayaan satu t itik statik mula bertatih ke depan. Dalam dua garis berbeda dengan arah yang tidak sama tanpa laluan yang serupa tiada wujud rumus fisikal mampu mengia. Undur belakang berhenti. Titik statik penamat sebelum gerak dimula. Kerana ada hal yang tidak mungkin. T.I.T.I.K ______________________________________________________ Kerana ada yang tidak mungkin. Kerana Tuhan itu adakan semuanya adil dan bertepatan pada ketidaksempurnaan manusia yang berbeda. Ada hal yang tidak akan ada demi untuk b...

#HiatusRabak16

Image
Sebuah perjalanan. Satu hari di satu tempat. Masa tu aku duk kat satu sudut. Dan hingar sekeliling turut menarik aku ikut serta. Sejak kebelakangan ini aku sering ada masalah penumpuan ada sahaja yang lain difikir lain diniat lain yang terucap dari bibir. Menerawang entah ke mana-mana. Sukar benar. Sehinggalah tiba-tiba tika itu seolah ada satu tarikan dari sudut pintu. Aku pandang dan merasakan satu genjatan elektrik terus ke seluruh tubuh. Namun, ketenangan yang aku latih selama ini masih mampu untuk mengawal keadaan. Segalanya seperti biasa tiada apa. Beberapa detik aku menerawang dalam getar yang gila. Jadah apa blerghh...  Dan seterusnya berlaku detik detik yang aku tak mahu ingat seringkali aku dimalu diri sendir. Bla.. bla.. bla.. ________________________________________________________________ Aku sudah tak mampu untuk menyambung kisah di atas lagi. Cukuplah untuk kau tahu yang Tuhan berikan aku hikmah melalui salah seorang hambaNYA. Hikmah yang membawa aku meng...