lama jugak tak merepek meraban pasal hari-hari sekeliling luar biasa dari biasa. dah memang tak luar biasa. mungkinlah sebab aku di didik untuk menjadi seorang skema pada tanggungjawab maka aku tak duduk diam dan terus menjadi yes-sir-man sigh. cuma entah. aku pun pelik dengan sistem. sistem yang keberkesanan hanya pada gah dan lantang pada suaranya. tidak pada laksananya. mendisiplinkan orang yang tidak melakukan salah dan membiarkan orang yang perlu didisiplinkan. macam mana nak lahir sebuah organisasi atau satu kelompok manusia dengan integriti tinggi membentuk manusia yang harmonis kononnya. jika sistem pembentuk itu pun huru hara. tutup mata pada yang patut celik. mudah cerita yang dicantas anak ikan yang dibiar jerung mengganas. sebab tu aku kata letih jadi baik. yea... letih. sebab? dunia akhir zaman yang jahat dijulang biar terus dengan kejahatan. yang baik itu tidak normal. sudahlah jenama manusia guna cakap tunjuk kuasa. aku bosan.. soooo maleis....
dulu masa sekolah rendah aku tak ramai sangat kawan masa darjah satu sampai tiga lah terutamanya. orang tak suka kawan dengan aku. ada seorang budak tu.. dia kira comel la kat kelas aku. dia tak pernah tegur aku.. dia macam tak suka aku. mungkin sebab aku tak comel and cantik macam dia. lepas tu selalu aku akan duduk belakang selalu dekat hujung belakang. tempat yang cikgu tak sedar aku ada. kenapa entah tak ada jawapan. dulu aku tak ada la bulat sangat macam sekarang cuma kalau dibanding dengan budak sebaya dengan aku.. kira kind of besar jugak .. sebab aku tinggi dari deorang so since tu lah orang duk ejek aku.. gemuk. and aku dah letak mind set aku yang aku gemuk. even bila aku tengok balik gambar-gambar lama tak ada la tahap obese bulat-bulat. kalau tengok gambar aku dulu2 memang aku pun tak kenal diri aku sendiri hue hue hue.. disebabkan aku duduk belakang dan terpinggir selalu aku tak jadi point of attention cikgu. entah apa aku belajar pun aku tak tahu. y...
sendiri tulis sendiri baca saya suka baca yang saya tulis sendiri dengan sendiri meneka-neka cerita apa yang saya tulis.. sendiri saya lupa kadang-kadang. saya ada hobi baru. berangan! ya berangan tu hobi saya. hidup dalam angan-angan seronok! saya boleh dapat semua. eh awak jangan risau saya masih tahu bahagikan masa angan-angan dan kenyataan. hidup saya. saya hanya mahu gembira
Comments
hargailah orang-orang yang menyayangimu...
yang selalu ada...
setia disisimu..
-sangpemimpi-
terus berdiri.. =)
mimpi itu percuma