Posts

Showing posts from March, 2015
Aku. Sudah tidak berada di sini. Aku sendiri sudah tidak tahu ke mana pergi. Kesunyian yang sekali ini mendengung nyata terlalu kuat. Bicara bagaimana tidak mampu aku rasa dan hadap... .. aku sudah tidak tahu mahu menulis apa lagi. kerana rasa ini terlalu asing dan sunyi.

#HiatusRabak29

Pagi. Pagi yang tahi. Blues setiap hari. Mencari semangat yang hilang. Bersama kerja kerja yang tertangguh. Menghadap laptop dengan fikiran kosong dan tak mampu lakukan apa apa Tepu. Sebu. Maka berlari ke hutan lalu teriak ku.

#HiatusRabak28

Sudah meletakkan titik dan garis garis di tempat yang sepatutnya. Mahu menjadi perempuan lebih kuat Menjadi perempuan yang sepatutnya. Sudah berhenti suka ria tentang perihal rasa. Sudah letih. Sudah malas. Jadi untuk hari ni dan akan datang mari menjadi perempuan besi. Aku sudah tidak betah bicara perihal  lelaki.