Posts

Showing posts from November, 2013

Janggal

Mereka yang wujud pada hari lalu itu Adalah mereka yang mengajar aku tentang Adalah lebih baik untuk sendirian Aku jadi keliru untuk menjadi bagaimana Mereka ajar aku untuk menjauhi dan kekal sendiri Aku jadi takut sama bingit hinggar ramai Kerana selesa aku adalah ruang dalam dinding konkrit. Lima tahun ini cukup mengubah aku untuk menjadi Siapa yang semua tidak mahu Bertemu dengan mereka yang pernah dikenal Tak seperti mereka yang baru dikenal Janggal Setiap kali berdepan dengan mereka satu yang aku rasa adalah janggal Apa yang boleh aku ucap apa yang perlu aku tutur. Janggal. Aku pilih untuk diam saja sambil tersenyum Katakan saja aku angkuh Aku cuma berhati hati Bimbang sama mereka yang darjatnya tinggi. Sampai bila. Entah Aku suka begini. Tapi tiap kalinya suka aku dipagut saat secara terpaksanya Aku perlu untuk berhadapan sama mereka. Kerna terpaksa.

misteri

Image
aku tak faham benda ni apa. aku tak faham kenapa aku tak faham kita macam mana aku tak faham apa kita. tapi aku tahu kau bukan biasa. kawan aku tak faham. tapi kau buat aku menangis. dengan kuat. aku terlalu jauh untuk percaya kau tak apa apa dan aku terlalu mahu percaya kau tak apa apa aku tak tahu macam mana kau untuk aku rasa selesa yang engkau tak apa apa tangis kau meragut aku kawan. terlalu sekejap untuk aku kita bersua muka terlalu cepat masa dan terlalu lalai aku. aku bersalah. aku bersalah kerana tak pernah peka dan endah. dan kita dengan tiba tiba mampu untuk menangis atas sebab yang tidak jelas. sama kita tak faham tapi kita tahu. kau mohon kuat dan bertahan dan tetap juangkan tunggu aku. aku tak kan maafkan kau kalau kau tak bertahan. tak kuat. kau tahu kata kata kau tadi merengut aku. kau tak akan apa apalah! Tuhan sediakan kau bahagia sama dia. sama sesiapa. sama aku. aku tak kira aku nak kita jumpa walau macam mana pun. hello k

Kecundang

Kali ini aku kecundang lagi. Entah atas sebab apa entah kenapa kenapa Pipi ini basah lagi Dada ini semakin sesak disogok sama realiti memijak mijak Aku mahu pergi ke wilayah sunyi yang sepi Di mana wujud di situ cuma aku sama mimpi mimpi Sama memori yang dibawa untuk aku buang jauh jauh Seringkali aku mahu dijadikan kukuh tetap utuh sama pegangan Melupa memaaf menerima membiar Namun seringkali itu juga aku Kecundang Entah apa lagi mahu aku tari tarikan supaya Keluar hilang semua lapang. Ketenangan yang pergi sama satu rasa yang entah apa dan bagaimana. Kali ini hari ini sesak lagi.