Posts

Showing posts from November, 2015
Aku sudah hanyut jauh Sama rindu  Pada hal mudah  Pada hal lalu.

Introvert

Introvert. Makin lama aku rasa trait ni makin jelas. Antara semulajadi atau aku yang rancangkan aku pun tak tahu. Kurang pasti. Mungkin kerana sudah terbiasa jadi aku selesa. Ramai buat aku letih, gelisah serabai. Sampai kadang kadang segala yang aku rasa dihurai sekitar fikiran lalu terpendam terus tanpa aku reti ceritakan semula. Susun atur bicara aku juga celaru. Sampai kadang kadang aku ketuk kepala sendiri sambil ketawa. Walau sendiri adalah ketenangan dan keselesaanku. Itu tak bermakna aku menjauhi semua yang bergelar manusia. Aku masih perlukan kawan. Janggal aku cuma pada manusia asing atau sesiapa yang tidak berkaitan terus dengan hidup aku. Semakin hari. Makin kita mendewasa mengejar masa berlari mengejar apa yang dihadapan semakin banyak yang kita lepaskan tinggalkan terhilangkan. Kadangkala benar aku rasa rindu. Rindu pada bicara bicara ringan luah luah rasa. Aku rindu mendengar kisah teman teman. Dulu pernah aku jadi orang yang ditelefon jam 2 pagi untuk tangis sama
Hai november. Bulan kenangan. Bye november Selamat tinggal kenangan.