Posts

Showing posts from January, 2014

Galau

Izinkan aku memeluk erat tubuh kamu membisikan kata rindu dilepaskan garis waktu. Mungkin perihal suka bukan lagi agenda utama yang aku mahu perlu saat ini cuma terima galau hatiku sudah parah mikirin kamu berlari aku ke daerah yang beda mencari lagi galur sayang yang tertinggal oleh kamu buat aku setelah kamu pergi dan tak ingin kembali.

Adventure

Image
Setiap hari bangun pagi, dengan pisat berkira-kira untuk menarik selimut kembali membaluti tubuh, perlu ada satu tolakan dari dalam yang membuat aku bangkit. Sikit lagi.. ya, sikit je lagi. Melihat lembar-lembar semalam yang telah aku lalui. Mengesat peluh di dahi dan pipi yang basah dengan air mata sambil tersenyum. Susah payah semalam semalam yang mematangkan. Hari ini tiap kali bangkit dan pejam kembali , luka-luka sudah tinggal parut. Resah sudah berlalu. Aku sudah mengatur hari baru.

Aib Terjaja.

"aku menulis kerana tidak jumpa telinga yang mahu mendengar" Kita tak  mampu puaskan hati sesiapa. Sedang kita sendiri tidak puas sama kita punya diri. Kelemahan aku yang di canang-canang itu buat aku sedar yang aku perlu berubah. Berubah menjadi lebih baik. Yeah! Cuma itulah tak usah kau pura-pura depan aku kerana aku sudah tak mampu untuk bersangka baik. Maaf. Sudah terlalu banyak dan terlalu lama. Hidup ini ibarat roda. Dan roda itu sedang berpusing. Bukalah seluas mana aib manusia lain, maka akan tercela selak semuanya milik kau juga. Sudah lah manusia. Aku tak rugi dibenci. Aku punya hidup aku. Aku punya keseronokan membawa inzal sendiri. Sehingga saat ini celaka aku masih mampu aku tegak sendiri. Tanpa perlu menayang kisah-kisah sedih aku mampu ketawa =)) Kehidupan aku lewat ini cukup indah buat aku. =) Ibu ayah akak, keluarga dan rakan-rakan yang dari mana Tuhan datangkan memberi aku satu keseronokan tiada bandingan. =) Salah aku, akan aku perbaiki. Insyaallah ak

Kerangka hidup

Aku memandang 2014 sebagai satu tahun yang hebat. Setiap kerangka kerangka yang aku pacak-pacak diharap mampu dibiar tegak. Proses mencari, kenalpasti dan faham. Seronok dunia untuk seeronok mati. Cuma satunya aku perlu lebih banyak kenal diri dan menjauh dari rasa yang tidak wajar. Jangan pernah bersaing itu kelihatan hebat dengan orang lain cukuplah bersaing untuk menjadi hebat sendirian. Mencabar kemampuan sebenar. Disiplin.

2014

Image
entri pertama setelah empat hari di dua ribu empat belas.  tahun baru selalu dikaitkan dengan azam baru, mahu yang baru semuanya. daripada menanam azam yang baru lebih baik kita membentuk diri yang baru. azam kadang-kadang boleh jadi kata-kata manis untuk terus membiarkan diri dengan rasa selesa. tak guna ada azam tapi tak ada tingkah lakunya.  alhamdullilah 2014 menemukan aku satu permulaan yang dah lama aku cari. permulaan untuk menjadi lebih serius tentang hidup dan diri. berkenalan dengan ramai orang dalam tempoh baru empat hari. buat aku percaya untuk berubah tidak perlu tunggu masa atau tunggu rasa berubah itu datang. untuk berubah perlukan langkah pertama. terima kasih buat semua yang kuatkan aku. setiap orang yang hadir dalam hidup kita jika tidak kekal mereka akan meninggalkan kesan. baik mahupun buruk. terlalu awal untuk menyatakan 2014 menyeronokkan. kerana ramai yang kecundang ditengah jalan. tetapi mereka kata, jangan putus asa tetap terus usaha. 201