Aib Terjaja.

"aku menulis kerana tidak jumpa telinga yang mahu mendengar"

Kita tak  mampu puaskan hati sesiapa. Sedang kita sendiri tidak puas sama kita punya diri. Kelemahan aku yang di canang-canang itu buat aku sedar yang aku perlu berubah. Berubah menjadi lebih baik. Yeah! Cuma itulah tak usah kau pura-pura depan aku kerana aku sudah tak mampu untuk bersangka baik. Maaf. Sudah terlalu banyak dan terlalu lama. Hidup ini ibarat roda. Dan roda itu sedang berpusing. Bukalah seluas mana aib manusia lain, maka akan tercela selak semuanya milik kau juga.

Sudah lah manusia. Aku tak rugi dibenci. Aku punya hidup aku. Aku punya keseronokan membawa inzal sendiri. Sehingga saat ini celaka aku masih mampu aku tegak sendiri. Tanpa perlu menayang kisah-kisah sedih aku mampu ketawa =)) Kehidupan aku lewat ini cukup indah buat aku. =) Ibu ayah akak, keluarga dan rakan-rakan yang dari mana Tuhan datangkan memberi aku satu keseronokan tiada bandingan. =)

Salah aku, akan aku perbaiki. Insyaallah aku sedar aku juga tidak sempurna. Cuma kau tahu apa rasa bila dijadi bahan jaja-an? Kau sedar aku aib dan maruah? *Senyum sinis* Tak tahu? Tak apalah. Terima kasih beri semua ini kepada aku. Aku terhibur. Aku mendewasa. Aku mahu terus ketawa. Bersama semua gila-gila ini. Dan kamu atau sesiapa sahaja. Katalah... sebarkanlah apa saja. Sekelumit tidak merugikan. Kerana aku sudah jumpa bagaimana di mahu aku pada kehidupan.

Aku ada mereka, mereka, mereka. Yang ramai entah dari mana-mana. Aku bahagia.

Ingat. Roda berputar. Kadang-kadang pancit. Boleh jadi meletup. ^_~

Saya sudah tak peduli =)


 

Comments

Popular posts from this blog

minimalis

notepad, nota pelekat cinta kau 3

change