Posts

Showing posts from October, 2013

hadiah buat gelandangan

Image
facebook page Institut Memali apa perasaan bila kau tengok orang gelandangan eh? apa mereka berdoa kepada Tuhan supaya jadikan mereka gelandangan? Tak kan? masa praktikum dulu macam macam budak dengan latar belakang aku jumpa. budak budak sekolah aku bukan semuanya dalam kalangan orang senang kebanyakkannnya keluarga yang mengusahakan kerja kerja kampung masa first praktikum tu lagi lah sekolah orang asli. setiap kali nak pergi dan balik sekolah mesti lalu kawasan rumah diaorang. macam mana agaknya bila berada di tempat mereka. sekarang ni pun sehari tak makan nasi rasa lembik semacam itu tak masuk marah membabi buta lagi tu. melihat anak anak ni kadang kadang terfikir apa akan jadi pada mereka bila dah dewasa nanti dengan sistem pendidikan yang sedang pincang apa mereka mampu untuk bersaing?  masih ramai rakyat kita yang susah merata sedang pendatang pendatang asing sedang membina blok blok banglo mewah. ironi. menjadi pendatang di tanah sendiri.  melihat warga tua anak

random

dah tak ada apa lagi tentang semalam yang boleh aku ceritakan dan tak berguna pun kalau aku terus cerita lagi dan lagi aku hidup demi hari ini terus mengait satu satu biar puas 'kita hidup bukan sematanya untuk senang lenang' Gadoh. . selamat berexam diri sendiri dan rakan rakan moga dipermudahkan Tuhan buat diri sendiri dan rakan rakan p/s : tetap tiap kalinya hadir satu bisikan menyata aku rindu

Sapiosexual

Image
source :  http://wiki.answers.com/Q/What_is_sapiosexual#slide2 Beb tanya how about sapiosexual? ha ah mungkin kot. aku rasa orang yang bijak ni unik. tak cerdik pada aku bukan orang yang ada degree master phd semua. cerdik pada aku seseorang yang bijak dalam hidup dia. orang yang berfikir. tak semua orang educated tu berfikir. ramainya menghafal. aku suka orang cerdik sebab aku tak cerdik maka aku nak jadi cerdik. gitu! kesimpulan: lelaki idaman. yang cerdik dan tak cari orang yang cerdik. kakaka p/s: sebenarnya aku nak buat post konon-konon update pasal mission 481 hari hari .. tapi macam malas je kakaka.. aku akan update random je nanti. i love being random. as common dont fixed me. =) oh ya cerita pasal sexual. otak tak yah kuning sangat ini bukan kamasutra okeh. kakaka. choi!

ubah.

Image
'secara diam diam ubah diri kita' - fynn jamal

Tongkat

Image
"kadang-kadang sama ada kita sedar atau tidak, ada masanya Allah sampaikan teguran untuk kita melalui cerita atau pengalaman orang lain." faien Tuhan menjadikan sesuatu perkara itu bukan atas tujuan sia-sia kan? Dia berikan aku satu tongkat yang selama empat tahun ini menjadi teman penguat menarik aku bangun menahan aku dari jatuh dan pada aku adalah segala-galanya. atas segala rasa dugaan ditabur-tabur pada jalan hidup aku terus rasa dikuat dengan adanya dia sehingga aku hanyut. aku lupa pada anggota-anggota tubuh yang sememangnya ada bersama aku sejak ditiup ruh pada satu jasad ini. sehingga usianya dua puluh dua tahun. sehingga terlalu jauh aku kira aku melupa DIA dan mereka. saat itu aku rasa bahagia itu milik aku dan inilah yang diberi Tuhan hadiah buat aku. malangnya si pendosa ini buta. tuli juga. hadiah Tuhan itu adalah sebenarnya peperiksaan kehidupan yang dengan jayanya aku gagal. maka, mungkin telah tiba masanya Dia mengambil kembali semua yang Dia b

#Day2

Image
I just want to know everything Errr..... something? Anything not a thing. Misi 481 hari selesai insyallah. Aku nak nyanyi "Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu ku susah sekarang alhamdulillah dulu.. dulu .. ku menderita sekarang aku bahagia .. cita cita ku menjadi dot dot dot." We'll see apa Allah nak bagi atas usaha sedikit atas dosa yang banyak. DIA MAHA ADIL kan? Inallah ma'ana . Ganbatteuntuk kali ini bukan kali yang lain. Nekad. 18/10/13 day 2 Ada lompang here and there. But at least there's a move. Sikit pun kalau bergerak sampai jugak kan? Saya nak bergerak ni jangan awak nak tarik pulak tangan saya suh benti, saya terajang awak kejak lagi. #oh kenapa terus #Day2. Semalam #Day1 busy tak sempat nak update kakaka.. dengan falsafah sekarang let yesterday be yesterday. (Jadah apa punya speaking kah3.) Maka kita biar je semalam. Aku ada update offline. Lantakan. #aoh what the hell this mission is?. Oh what the hell nak cerita satu2 tak effect

buka mata.

mood : serius. tadi dalam kelas ada diskusi pasal ekonomi. ringgit malaysia dijangka jatuh dalam tempoh 10 tahun lagi menjadi rm3 kepada $1 singapore. dan mereka sedang berseronok dalam keadaan ini kerana dapat mengambil peluang shopping kat malaysia. great! pelabur asing dinasihat tidak melabur ke Malaysia kerana bimbing mengalami kerugian kerana kejatuhan nilai aset. dan kita... sedang masih bersoronok caci maki sana sini tentang fahaman mana betul fahaman mana salah perjuangan tentang tlgb yang dah memang tak payah pertikai lagi salah dia. masih lagi bangga menjadi keyboard warior dan ultras matyo. si macai macai politik saling memacai antara satu sama lain pergi layan kpop oppa gangnam style dan mengecam aeril dan wawa zainal nikah dua kali. kepala bana! golongan bijak pandai masih sibuk dengan penjilidan pangkat profesor dato' tan sri. anak-anak muda di luar negara sibuk bergambar dengan baju sejuk berbulu di samping orang salji dan mafla merah. melompat jerit dala

Perempuan perempuan kesayangan

Image
Perempuan perempuan kesayangan Untuk dapat memeluk kamu kamu Merebah sujud kedukaan sejak sekian lama terpikulkan. Tuhan, terima kasih. Atas hadiah terindah. 3 tahun lagi. Oversea! Insyallah.

di mana aku bisa lebih jujur

Image

487 hari

Image
487 Tambah satu Tambah satu Tambah satu Dan satu untuk setiap harinya. Aku ini tak akan pernah rasa puas Untuk menunggu dan menanti Walau sungguh aku tahu Dihati kamu itu bukan dipunya aku. Aku ini sayang, Sedia tetap nantikan kamu Moga Tuhan  dengar bisik ini dan Kamu adalah magis aku. Tiap kalinya aku berjaya mengikis Satu persatu cerita cerita kita Saat itu juga kau akan datang Mendamping. Atas perhatian yang secebis Cukup bisa menerbang awankan aku Aku tahu Sesungguhnya cukup tahu Aku dan kamu itu adalah mustahil Namun tetap kali aku cuba menerima Tetap aku ditendang kecundang. Semakin aku cuna menjauh semakin mendekat Menduganya engkau. Takdir di luh mahfuz aku bukan kamu kan sayang? Aku tak tahu bagaimana nanti Saat engkau hebahkan tentang hari bahagiamu Dan perempuan itu bukan aku. Sayang engkau terlalu indah untuk aku hapuskan terus Berkali kali aku cuba lagi Biar aku mampu hidup sendiri dan setahun ini. Sejak kecundamg segalanya Sejak terhancu

penguin

Image

RIP manusia.

berada dalam institusi pendidikan yang melahirkan pendidik setiap kalinya aku tertanya mana sudut ilmu diraikan. tidak, aku bukan cuba untuk tunjuk bagus bajet pandai segala jadah apa. sebab aku ini juga bodoh dan naif maka aku pertikaikan. kalau aku ini cerdik pandai sudah tak perlu aku bersengkang mata untuk buat semua kerja yang perlu. apa melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi adalah bertujuan untuk dijadikan tiket mendapatkan pekerjaan serta kelansungan hidup seterusnya? apa kita ini lahir ke muka bumi untuk menjadi hamba kapitalis? untuk terus menjadi zombie? ah gila lah! kerja kerja dibuat biar dinampak mata mata semua alam. apa ditugas janji siap boleh dihantar boleh dibentang janji ada. disalin sebiji sebulat dari mana mana tak kisah tak peduli lantak biar. jika begitu hendaknya lebih baik aku duduk dirumah layari internet pergi baca dekat wiki pergi cari dekat google. datang semula amik exam. lebih mudah kan? tak letih. tak sakit hati. tak sakit mata. pergi mampos sapa

tentang mereka mereka dan kita kita

Image
teluk ketapang 5/10/13  ada mereka mereka yang sedang menangis ada mereka mereka yang sedang ketawa dan ada mereka mereka sedang bertanya dunia siapakah engkau ada juga mereka mereka yang bertanya Tuhan, aku ini siapa? disebalik semua persoalan itu ditutup mereka mereka dengan cerita penuh nista tentang dunia ini perlu diraikan penuh ghairah yang gembira. adakala aku mahu keluar dari sebalik dinding itu dan menjerit pada dunia "hey semua telinga dipunya manusia! sini dengar aku. apa telinga kamu itu buat kisah gembira suka semata? apa jelik kisah jijik hodoh celaka aku ini? hey semua! mana telinga kamu saat aku perlu didengar. ahh sudah tidak mahu dipinjam telinga aku juga tidak kau pulang. berikan aku semula. mari ke mari. aku sendiri sudah pekak sama suara hati aku. mari pulangkan segala!" apa aku ini manusia cukup bagus untuk demikian? tidak. aku sudah terlalu narsis. aku perlu lebih bisu. aku perlu bina lebih jeriji besi. biar tiada siapa telus. tiada

Denial

Mana mungkin kau mampu menghenti aku Menulis, Kerana jiwa kami sebati serupa. Ibarat lagu dan irama Jika berpisah maka pincang Sejak waktu menelan sebuah perhubungan itu Aku tidak lagi sama. Kau tahu? Payah. Sejak semua yang aku pikul itu dibawa seorang Sejak segala rasa itu milik aku sendiri Tiada ruang untuk disebar supaya separuh darinya hilang Seperti biasa. Kau tahu? Tak kau tak tahu. Ya, Katakan apa sahaja Masa dah bawa semua itu jauh. Asing. Maafkan aku. Aku perlu terus menembok hati ini Kerana dia terlalu mudah pecah merebah. Tawa tawa aku kadang sumbang dibuat buat Senyum aku tawar tanpa rasa Jika perlu aku tuliskan semula Tentang rasa bertuah diteman Pasti kajang kajang kertas tidak  akan cukup Tak kan mampu aku habiskan. Cukup untuk diteman saat jatuh bangun penuh celaka. Jauh aku cuba lari untuk melupa Dan setiap kalinya aku kecundang Dihantui semalam Menyinggah memberi salam Masih terbayang di ruang memori aku malam itu Saat semua terurai

Jemput mampos

Aku dah move on la Aku dah ke depan Semua semua semalam aku dah tinggalkan Aku campak kat belakang. Tu.. kat sana tu. Biar dia mampos.
Berontakan. Yang mahu kau tuju tuju Pemberontak Atau apa yang diberontak. Kau tak akan dapat diam bisukan pemberontak jika berontakan dia tidak kau tahu Seperti masalah. Bukan untuk disenarai tapi buat dipeduli. Maka pilih.

Destinasi

Aku dalam perjalanan ke satu destinasi. Yang aku tahu satu hari nanti aku akan berhenti Sambil ditemani musik hinggar seperti selalu Juga buku buku gila yang buat aku inzal. Seperti hidup yang sebenarnya Kebiasaanya Aku melihat bibir itu mengukir senyum ketawa Aku lihat wajah wajah itu ceria bahagia. Aku lihat mereka gembira Tapi telinga aku terlalu bising dengan bicara entah apa yang aku cari sendiri. Apa rasa mereka Mengapa begitu dan bagaimana? Hidup ini tentang aku aku kamu kamu Atau masih wujud kita? Kadang kadang aku sering bertanya tanpa mahu tahu jawapan.