Tongkat

"kadang-kadang sama ada kita sedar atau tidak, ada masanya Allah sampaikan teguran untuk kita melalui cerita atau pengalaman orang lain." faien



Tuhan menjadikan sesuatu perkara itu bukan atas tujuan sia-sia kan?
Dia berikan aku satu tongkat yang selama empat tahun ini menjadi teman penguat menarik aku bangun menahan aku dari jatuh dan pada aku adalah segala-galanya.
atas segala rasa dugaan ditabur-tabur pada jalan hidup aku terus rasa dikuat dengan adanya dia sehingga aku hanyut.
aku lupa pada anggota-anggota tubuh yang sememangnya ada bersama aku sejak ditiup ruh pada satu jasad ini. sehingga usianya dua puluh dua tahun.
sehingga terlalu jauh aku kira aku melupa DIA dan mereka.
saat itu aku rasa bahagia itu milik aku dan inilah yang diberi Tuhan hadiah buat aku.
malangnya si pendosa ini buta. tuli juga. hadiah Tuhan itu adalah sebenarnya peperiksaan kehidupan yang dengan jayanya aku gagal.

maka, mungkin telah tiba masanya Dia mengambil kembali
semua yang Dia berikan kerana aku sudah terlalu lupa. terlalu jauh melupa
dalam lipat keseronokan dunia yang aku bina bersama tongkat itu aku cacakan dinding-dinding konkrit
mengasing sama mereka-mereka yang lain.

dan saat tongkat itu dirampas kembali.
celaka!
betapa aku merasa terperosok dalam
cukup jahanam setahun ini untuk aku bersepah tersepai

namun, perlahan-lahan
Tuhan berikan aku, satu.. satu..
tongkat baru.
bukan satu
tapi satu demi satu demi satu demi satu.
Tuhan, kuasaMU maha hebat.

setelah lebih setahun hari ini.
beberapa hari ini.
tongkat-tongkat baru yang selama setahun itu kabur
kian jelas
kian menampak
sudah tidak sekadar ilusi

tongkat lama masih kadang-kadang
Tuhan hadirkan mungkin,
buat menyedar hadir dia kini
sudah bukan apa-apa.
tiada lagi rasa teruja.
ya, senyum itu masih ketawanya tidak.

bersama tongkat-tongkat baru
Tuhan hadirkan lembar-lembar hidup
bersih untuk aku tulis dan lukis semula
jalan untuk menghampir peluk Redha Dia.

untuk rasa tenang dan selamat
bersama tongkat-tongkat baru
mengajar tentang sesuatu sesuatu dan
tentang semuanya.
Terima Kasih Tuhan.

Terima Kasih kerana mengambil kembali tongkat satu
supaya boleh aku tidak takut tanpa tongkat supaya aku mampu berdiri sendiri.
dan supaya aku sedar tongkat yang satu itu bukan apa-apa tidak sesiapa
supaya aku jumpa tongkat-tongkat yang sudah tidak ilusi yang sebenarnya ada.

dan terima kasih buat tongkat-tongkat illusi sudah jelas yang dihadiah mu Tuhan.
kerana mereka aku sedar. aku punya anggota untuk berdiri sendiri dan hadir mereka itu sekadar meneman.

Tongkat Satu. kau masih tetap memori terindah yang tak akan aku patah-patah buang. biar duduk di sudut semalam. kerana hakmu bukan aku. terima kasih.

moga tidak kecundang lagi.

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya