Posts

Showing posts from September, 2014

#NotaH35

Dua minggu berperang dengan diri sendiri berdepan dengan kerja-kerja yang menguji. Walau ralat kerana usahanya tidak optimum. Tapi yang penting im done! Viva dah settle! One step closer Dalam lebih kurang sebulan lagi. Prosiding. Penjilidan. Temu duga dan Exam Tuhan berikan kekuatan. Untuk berjuangan yang tertinggal. Doakan!

#NotaH34

Aku cukup suka bila tengok orang kerja dengan passion dan enthuasiasm yang tinggi. Dan selalu bila aku rasa down lost atau rasa keperluan untuk mencari inspirasi aku selalu cari muzik dan orang yang into muzik. Sebab aku amazed dengan cara kerja diorang. Diorang tahu apa yang diorang nak. Macam mana nak capai dan When you do something you love, it makes you do nothing. Lets working and enjoy! Sekarang aku sangat perlukan kegilaan yang begini ayuh!

#NotaH33

Hari ni aku rasa nak marah betul. Marah yang meluap-luap. Ayah ibu pesan kita orang susah kerja biar betul. Setiap hari bila mesej ibu ayah kata aku nak pergi kelas. Ibu akan balas "Belajar rajin-rajin, biar berjaya." Ayah akan balas. "Belajar elok-elok, sembahyang jangan tinggal." Maaf, aku hidup bukan nak menyusahkan orang dan tindak aku bukan untuk sesiapa Melainkan ibu ayah akak. Aku berkerja sehabis baik kerana pesan-pesan ibu ayah. Aku bertahan dan terus berdiri kerana ibu dan ayah. Aku tidak di sini untuk nanti aku bekerja punya wang dan boleh dibuat tabungan kahwin. Aku bukan disini untuk nanti bekerja dan punya wang untuk bercuti dan berjoli. Aku bukan disini untuk senang hati sesiapa melainkan ibu ayah akak aku. Apa mungkin kau ke sini di atas pesan pergilah belajar semoga nanti habis kau ketemu jodoh dan kawen? Itu aku tak mahu masuk campur. Dan aku disini bukan untuk keluar dan perolehi sekadar segulung ijazah. Kerana segulung ija

#NotaH33

Adakalanya keterasingan menjadi hal biasa sebagai teman hari-hari berlalu. Adakalanya aku mahu bertanya pada mereka tentang, Bagaimana mereka untuk berada di tempat aku. Apa mungkin mereka betah untuk menunjal-tunjal yang lainnya lagi. Lantaran ini aku menyoal mohon kau punya jawapan. Dihujani serangan bertubi-tubi disudut kiri dan kananku tanpa henti atas dosa aku tidak melakukan apa yang mereka lakukan. Aku direjam kerana kerja-kerja aku. Aku direjam kerana usaha keras aku. Aku direjam kerana ketelitianku. Itulah antara dosa-dosa yang aku lakukan tidak padan pada pandangan mereka. Tambah tolak sebulan lagi untuk bertahan. Moga aku kuat untuk keluar dari kesulitan ini.

#NotaH29

Sekejap.. sekejap.. ada benda aku nak tulis, dari semalam. hari ni lagi la ada benda aku nak tulis Kejap  aku nak buat kerja yang banya kejap. 

#NotaH27

Aku dah kena berhenti cerita tentang hati dan perasaan. Aku sepatutnya kena fokus pada apa yang diperlukan untuk aku terus fokus. Seharusnya aku hiatus dan perlu hiatus. Aku perlu berikan perhatian kepada apa yang perlu aku perhatikan. Perubahan yang aku harapkan dan merungkai segala keserabutan untuk hidup yang punya makna lebih. Aku perlu berhenti menjadi pungguk yang rindukan bulan kerana bulan tak akan jatuh ke riba. Aku perlukan perubahan yang betul merubah dan berubah.  Aku perlu bebas dan kekal dalam perancangan asal menuju tingkat-tingkat cita yang aku harapkan merencana sebaiknya. Aku perlu berhenti bicara tentang hati dan perasaan kerana sudah 23 tahun dia masih belum betul. dan tak perlu dibetulkan lagi. Aku hanya mahu habiskan perjuangan ini sebaiknya dan kemudian teruskan perjuangan yang lainnya. Sungguh, hal hati dan perasaan ini menyucuk seksa aku dulu, kini dan tiap kalinya. Berpijak dibumi nyata aku sudah perlu henti berperasaan pada ya

#NotaH26

Si dara jatuh lagi. Kali ini jatuhnya lebih tinggi. Sakitnya Aduh. Pedih. Retak roboh dinding si dara bina sejak jatuh yang dahulu Si dara jatuh Dan jatuhnya  salah. Uda sempurna tanpa cela Si dara salah langkah, rentak kaki hilang nada Lalu terjelepuk terus jatuh,

#NotaH25

Aku rindu untuk meletakkan 100% tumpuan aku pada suatu perkara dalam satu masa. Aku rindu saat merenung dinding bisu dan kemudian menulis aksara di dada kertas kosong atau menari di atas papan kekunci. Aku rindu untuk bacakan satu buku sehingga malam nerlabuh menemu pagi Merindukan rasa bercerita dengan segala arah cerita bersama senyum yang tak mahu mati. Aku rindu itu. Masa telah menelan keghairahan-keghairahanku. Sekarang aku perlu bergerak bersama kaki, tangan, hati dan minda pada satu masa untuk hal yang berbeda. Sehingga aku seringkali putus asa dan letih. Mendorong diri sendiri tidak semudah memujuk tentang inzal kesempurnaan yang mampu diselesaikan. Sudah tidak mampu menabrak resah dan gelisah. Aku buat keputusan untuk berhenti dan mencari. Dan yang aku jumpa persoalan demi persoalan yang tak terjawabkan. Aku sudah tidak sekuat dulu. Aku cuba untuk menayang-nayang tanpa resah yang memelukku. Tapi tetap gelisah yang ruah terpancar. Aku hanya perlu kuat untuk mendo

#NotaH24

Mungkin, hari ini sekarang. Aku sedang terkurung dalam sebuah bilik kotak batu empat segi. Sambil dari jauh menonton keseronokkan mereka yang bernasib baik mampu terbang ke awan, ke lautan, Mencium harum bau tanah milik orang. Bersama kegembiraan tanpa ada apa yang perlu dihirau dirisau. Mungkin hari ini aku seorang manusia biasa yang lemah  dan dihurungi cemburu cemburu, mahu juga aku kecap bahagia seperti mereka. sambil jemari aku menari-nari diatas kekunci huruf dalam bilik kotak batu empat segi. Mungkin hari ini aku hanya mampu untuk bercerita melalui apa yang aku baca melalui apa yang aku lihat dari jauh. sambil sekeliling aku adalah helaian kertas bersepah dan tingkat-tingkat buku ilmiah serta soalan-soalan yang perlu aku selesaikan. Mungkin hari ini belum tiba lagi masa untuk aku bercerita apa yang aku rasa belum tiba lagi masa untuk aku ke mana-mana hanya mampu bermimpi dan melakar rancang-rancang yang entah mampu  entahkan tidak

#NotaH23

Biar lambat asal selamat. Dalam usia begini mungkin aku banyak ketinggalan dalam aspek kehidupan berbanding rakan yang lain. Tapi perjalanan kita tak sama kan? Cara aku menikmati kehidupan dengan cara kau tak serupa. Saat rakan aku sudah menjejak ke pelusuk dunia aku masih lagi terkurung dalam sebuah bilik kotak empat segi. Nanti saat di awal kerjaya mereka menikmatinya, aku pula menyusun langkahku satu persatu berhati hati. Kau perlu tahu aku tak suka kepada persaingan sebab aku tak suka kebarangkalian untuk kalah seperti itu juga dalam hidup aku tak suka pada kebarangkalian gagal atas salah aturan. Aku bukan seorang yang berani dengan risiko dan aku bukan pemain yang bagus dalam apa-apa pertempuran sekalipun. Aku seorang pengembara, mengembara ke lekuk liku jalan kehidupan yang aku tahu setiap langkah aku pasti ada ujian yang perlu aku tempuh jadi aku perlukan persediaan. Seperti mana aku tak percaya kepada kebetulan begitu jugak aku mempertanggungjawabkan diri aku terhadap peranc