#NotaH25

Aku rindu untuk meletakkan 100% tumpuan aku pada suatu perkara dalam satu masa.
Aku rindu saat merenung dinding bisu dan kemudian menulis aksara di dada kertas kosong atau menari di atas papan kekunci.
Aku rindu untuk bacakan satu buku sehingga malam nerlabuh menemu pagi
Merindukan rasa bercerita dengan segala arah cerita bersama senyum yang tak mahu mati.
Aku rindu itu.

Masa telah menelan keghairahan-keghairahanku.
Sekarang aku perlu bergerak bersama kaki, tangan, hati dan minda pada satu masa untuk hal yang berbeda.
Sehingga aku seringkali putus asa dan letih.
Mendorong diri sendiri tidak semudah memujuk tentang inzal kesempurnaan yang mampu diselesaikan.
Sudah tidak mampu menabrak resah dan gelisah.

Aku buat keputusan untuk berhenti dan mencari.
Dan yang aku jumpa persoalan demi persoalan yang tak terjawabkan.
Aku sudah tidak sekuat dulu.
Aku cuba untuk menayang-nayang tanpa resah yang memelukku.
Tapi tetap gelisah yang ruah terpancar.

Aku hanya perlu kuat untuk mendorong diriku lagi.
Satu satu hal yang aku sudah lupa bagaimana.

Aku sangka menjadi pelbagai mampu buat aku melupakan
Bahkan ia melemahkan.
Aku sendiri sudah lupa atau barangkali sememangnya tidak tahu limitasiku di mana

Aku rindu menulis
Aku rindu menari lagukan puisi
Aku rindu untuk bercanda sama teman teman tentang perihal yang entah apa mula akhirnya.
Aku rindu meletakkan jiwaku pada setiap yang aku sandang dibahuku.
Kerana mungkin keterpaksaan yang dulunya aku kaburkan sudah timbul kembali menemplak aku atas egois yang aku dukung.

Aku mungkin tidak gusar untuk sendiri kerana ini pilihan aku untuk berlimitasi.
Cuma bimbangku pada gagal aku menjumpa diri sendiri.
Diri yang gilakan kerja dan mudah hanyut bersama kegilaannya.

Kehilangan ini jelas saat tiap kali ini aku berantam sama diriku tentang lari dan menghadapi.

Aku malam ini menulis lagi untuk nanti aku baca sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya