Posts

Showing posts from November, 2014

#HiatusRabak15

Image
Aku kena kerja keras. Banyak benda ganggu fikiran. I really need a fullstop for this kind of feeling.

#HiatusRabak15

Tenang, Tenang hatimu sayang  Pujuklah rasa benci pada diri sendiri  Terbang, Terbang tinggi melayang  Melayang menjauh saban hari.  Alhamdullilah semua selamat. 5 tahun 5 bulan selesai. Aku malas cerita panjang. Sudah letih. Cuma terima kasih Tuhan. Terima kasih Ayah ibu akak dan sahabat. 5 tahun selesai untuk sebuah permulaan sebuah kehidupan baru. Aku masih mencari dan aku masih keliru. Masih belum sedia. Saat ini aku sedang meresapi perubahan-perubahan mendatang. Semoga Tuhan permudahkan. Aku mahu persiapkan diri. Ada terlalu banyak yang perlu aku usahakan. Terlalu banyak. Ada ketika-ketikanya. Aku mengharap pada sebuah perasaan yang ternyata salah dan perlu aku bunuh. Sekarang secara laju. Semua ini salah dan aku perlu ke hadapan bersama mimpi-mimpi dan impian. Aku tersuka pada satu susuk tubuh yang jauh lebih sempurna dan aku perlu bunuh suka itu. Aku perlu fokus pada kerja-kerja aku. banyak yang perlu aku usahakan. Doakan aku

#HiatusRabak14

Haters gonne hate. Fakers gonna fake. I never miss a beat I'm lightning on my feet And that's what they don't see I'm dancing on my own I make the moves up as I go And that's what they don't know

#HiatusRabak13

Image
Tiga hari lagi untuk officially done. 5 tahun 6 bulan. Ada satu saat aku jatuh dalam lopak lumpur dan tersangkut selut tebal. Sampai aku rasa tak mampu dan bangun dan terusan mahu duduk di situ.

#HiatusRabak12

Image
Kadang kdang bercakap sendiri lagi enak. Lagi mudah faham. Lagi nak dengar. Kita perlukan peringatan. Selalu

#HiatusRabak11

Image

#HiatusRabak10

Image
Aku. mahu menimbun duit di tabungan. Kemudian mahu aku gali semuanya keluar dan... Aku mahu lari. pergi ke daerah sepi yang mampu penuhkan kosong ku. Aku dan kegagalan-kegagalan lalu yang menggelamkan aku dalam lena yang asyik. Aku mahu henti bencikan diri sendiri kerana cinta yang jatuhnya salah. Segalanya salah dan tidak benar. Aku mahu cinta punya aku. Aku mahu rindu bertamu tika sedih memeluk aku hampa pada pengharapan-pengharapan kosong. mencintai diri sendiri dalam pandnagan paling jelas dengan keinginan yang mendalam. Narsisis mungkin di label label nanti. Cuma mungkin ini terbaik buat melapis luka-luka hiris atas dasar ingin yang tidak tentu. Diam. kata-kata di atas entah apa ceritanya tentang apa siapa dan bagaimana In denial, Inferior. Atau apa sahaja kenapa Aku cuma memujuk kecewa tidak lagi mencium ubun-ubun hari dan meninggal aku lagi saat bulan di dada langit malap kelam tanpa bintnag yang jatuh satu satu. Entah. Suka, cinta, mahu. itu satu dera.

#HiatusRabak9

Image
Credit Define your world by your own. Pada aku penerimaan itu penting jika ada yang mahu terima dan jika tidak itu juga bukan masalah. Jangan biar sekeliling membentuk dunia yang perlu kau diami. Diamilah dunia yang kau bentuk. Kebelakangan ni aku terlalu ingin menulis tapi tulisan aku canggung. Aku ada cerita. Tetapi kisahnya tak sampai. Nangis T_T.

#HiatusRabak8

1 kertas lagi. 1 minggu lagi. Sudah dekat. Perasaan. Entah. 5 tahun setengah yang dilalui. Payah. Mungkin mereka cuba mengimbau tentang manis-manis di sini dan seringkali bilang aku bakal rindui. Aku cuma diam dan mendengar. Kerana manis-manis kau adalah pahit-pahit aku. Dipulau untuk tempoh beberapa tahun. Dinista segala. Aku ingat. Aku ingat satu-satu. Saat bagaimana bantal aku basah tiap malamnya. Bagaimana akak sudah berhenti peduli. Saat ibu sudah putus asa. Saat segalanya aku sembunyikan dari ayah. Saat bicara aku semuanya dipekakkan. Saat tingkah aku dimanipulasi dan diterjemah ikut sendiri. Saat hukuman dijatuh tanpa perbicaraan. Aku ingat. Dicaci dicerca tanpa dengar tapi aku tahu. seolah aku ini patung bisu yang tidak punya suara dan tak mampu mempertahankan diri. Saat aku ditinggal sendirian. Memendam. Menyimpan. Terlalu banyak. Sehingga aku menjadi tuli. Lupa diri punya hati. Semuanya. Semuanya bermakna. Terima kasih aku jadi lebih kuat. Mengasah sayap dan terb

#HiatusRabak6

Image
Bersyukur. Kadang kadang nikmat yang diberikan pada kita terlalu banyak sampai kita sudah bisa mengkastakan nikmat suka dan tidak. Henti. Negativiti mengeliling seringkali bicara tentang suka itu ada sempurna lurus seperti yang diausun rencana. Perfect! Aku mahu Tuhan berikan aku rupa cantik kurus mulus putih dan bila Tuhan beri rupa kurus cantik putih dan mulus . Itu makna Tuhan tidak baik. Apa yang diberi tidak baik. Tuhan  perlu beri aku rupa cantik kurus mulus putih. Itu baik. Sebentar. Siapa tuan siapa hamba sebenarnya?

#HiatusRabak5

Image
Oh mungkin aku perlu keluarkan sebahagian otak yang menyimpan kandungan memori manis dan pengharapan juga impian akan datang untuk terus aku fokus pada realiti yang sukar. Dem.. Perasaan salah ini menggila lagi. Ah perlu tidur. Esok exam zzz...
Image
Naskah yang membawa aku merata rata. Secara. Laju. Tiba-tiba. Bermakna. Terima kasih semuanya.

#HiatusRabak4

Alhamdullilah. Satu persatu selesai. Terima kasih terima kasih dan terima kasih. empat belas hari lagi. Moga dipermudahkan. Amin amin amin. Sedikit perkongsian rumus dari apa yang aku telah lalui sepanjang tempoh ini. Mungkin boleh diambil ikhtibar bersama. Allah tu nak menyentuh hati hambaNYA memanggil pulang mengharap pada dia dengan pelbagai cara. Dan antaranya adalah dengan buat kita rasa hilang dan kemudiaan keseorangan. Kerana kita sering kali lupa dan alpa bila diberi kesenangan Alhamdullilah DIA panggil hati aku kembali sebelum jasad aku yang pergi. Masih bertatih namun nikmat dia berikan terlalu banyak. bertatih sedikit demi sedikit dan tenangnya hanya DIA tahu limpah ruah banyak. Resipi bahagia. Dendam. Aku seringkali merasakan dendam dan membalasnya mampu memberi kepuasan. Malangnya ia cuma mengukir petualang dalam hari hari aku sepatutnya indah. Bekerja kuat untuk menjadi lebih kerana dendam. Ah, tak ke mana. Maaf. Ini indah. Sangat maaf dan lupakan. Biar