#HiatusRabak8
1 kertas lagi. 1 minggu lagi. Sudah dekat.
Perasaan. Entah.
5 tahun setengah yang dilalui. Payah.
Mungkin mereka cuba mengimbau tentang manis-manis di sini dan seringkali bilang aku bakal rindui. Aku cuma diam dan mendengar. Kerana manis-manis kau adalah pahit-pahit aku.
Dipulau untuk tempoh beberapa tahun. Dinista segala. Aku ingat. Aku ingat satu-satu. Saat bagaimana bantal aku basah tiap malamnya. Bagaimana akak sudah berhenti peduli. Saat ibu sudah putus asa. Saat segalanya aku sembunyikan dari ayah.
Saat bicara aku semuanya dipekakkan. Saat tingkah aku dimanipulasi dan diterjemah ikut sendiri. Saat hukuman dijatuh tanpa perbicaraan. Aku ingat. Dicaci dicerca tanpa dengar tapi aku tahu. seolah aku ini patung bisu yang tidak punya suara dan tak mampu mempertahankan diri.
Saat aku ditinggal sendirian. Memendam. Menyimpan. Terlalu banyak. Sehingga aku menjadi tuli. Lupa diri punya hati.
Semuanya. Semuanya bermakna. Terima kasih aku jadi lebih kuat. Mengasah sayap dan terbang.
Jika diberi pilihan. Aku tak mahu kenang dan aku tak mahu kembali.
Maaf sudah tawar.
_______________________________________________________________________
Allah Maha Agung setiap sakit jatuh yang aku rasa diganti dengan nikmat yang melimpah ruah. Untuk setakat ini tiada apa yang mampu mengganti nikmat bahagia membahagiakan ayah ibu akak.
Nikmatnya terlalu banyak Alhamdullilah.
Sakit ini aku mahu terus tinggalkan di sini. Aku mahu langkah ke puncak. Aku mahu terbang tinggi.
Aku maafkan. Dan aku tak mungkin lupakan.
Comments