Posts

Showing posts from December, 2015

Apa kau buat.

Apa yang buat kau rasa ingin menulis? Mungkin idea berselirat di balik benak fikiran kau yang saling berlumba luma untuk menerjah keluar kerana otak kau tang sudah tepu ruang. Apa yang buat kau terus berjalan kehadapan tanpa sedikit pun kau jeling belakang mahupun berhenti di tepi melepas lelah? Mungkin kau sedang dikejar sesuatu yang menakutkan sehingga kau lari tanpa mampu henti. Adrenalin mengalir laju memenuhi setiap ruang tubuh. Apa yang buat kau baca tulisan aku? Mungkin kau sedang mahu bantu carikan doktor untuk dijadikan teman hidupky? Kah3 Apa jua kau lakukan, biar kau tahu apa tujuannya. Jangan kau berani untuk terus pegang pada falsafah follow the flow. Kau bukan ikan yang mati. Kau bukan ikan. Kau perlu tahu lubuk mana habitat kau. Dan saat ada yang datang mencampak umpan kau perlu tahu untuk melarikan diri. Jangan jadi kayu. 

Fasa

Mungkin aku perlu berhenti bercerita tentang hal terpaling duka mahupun terpaling gembira. Mungkin ini masa untuk aku kembali bercerita tentang setiap sesuatu yang berada di antaranya.  Mungkin? Menelusuri sebuah kehidupan baru dalam dua angka yang berbeza boleh jadi sesuatu yang terlalu laju atau tersangat perlahan. Dari remaja menginjak dewasa. Masih tetap seorang belia. *ketawa*. Dari belasan tahun ke puluhan. Kadang kadang saat berhenti seketika dan menoleh kebelakang melihat kebodohan yang lalu mahu sahaja hentak kepala ke dinding sambil menyorok bawah katil. Tadi indirectly way ayah sebut pasal kahwin for the first time ever. Ayah suruh tabung duit sikit sikit untuk topup apa yang patut while ayah ada saving for my sister and i. Aku cuma angguk dan cakap next year aku nak sambung study. Bicara pasal kahwin dengan aku tak pernah jumpa hala tuju yang serius. Well i am a realist. i do dreaming a lot but im having my feet on the ground. . Entah.  Betul orang kata dont give too much i

I lost my word

Aku hilang kata-kata. Secara lisan mahupun tulisan. Boleh jadi kali ini aku akan hilang lebih lama lagi. Terlalu banyak kebodohan yang telah aku pikul sehingga aku sendiri yang tenggelam dan lemas. Beberapa waktu panjang hanya mampu aku lihat dengan bisu. Kosong seolah langsung tak ada apa-apa. Sungguh aku sedang berperang dengan entah apa. Q: Kau tak nangis? A: Aku dah puas. Hal paling bodoh adalah melilit tali kenangan dengan rela langsung tersimpul mati, lalu merengek mahu melepaskan diri sambil berdiri di sudut yang sama..