Apa kau buat.
Apa yang buat kau rasa ingin menulis?
Mungkin idea berselirat di balik benak fikiran kau yang saling berlumba luma untuk menerjah keluar kerana otak kau tang sudah tepu ruang.
Apa yang buat kau terus berjalan kehadapan tanpa sedikit pun kau jeling belakang mahupun berhenti di tepi melepas lelah?
Mungkin kau sedang dikejar sesuatu yang menakutkan sehingga kau lari tanpa mampu henti. Adrenalin mengalir laju memenuhi setiap ruang tubuh.
Apa yang buat kau baca tulisan aku?
Mungkin kau sedang mahu bantu carikan doktor untuk dijadikan teman hidupky? Kah3
Apa jua kau lakukan, biar kau tahu apa tujuannya. Jangan kau berani untuk terus pegang pada falsafah follow the flow. Kau bukan ikan yang mati. Kau bukan ikan. Kau perlu tahu lubuk mana habitat kau. Dan saat ada yang datang mencampak umpan kau perlu tahu untuk melarikan diri. Jangan jadi kayu.
Comments