Posts

Showing posts from December, 2011

2011

Image
2011 esok kalendar bertukar dan aku harapkan kehidupan aku juga bertukar 2011 berlalu pantas  sampai aku sendiri tak pasti apa aku beri pada 2011 dan apa yang aku dapat 2011 apa yang aku buat 2011 tak banyak yang mampu aku tulis tak banyak yang mampu aku ingat jalan cerita mendatar dan buat aku bosan  cuba mencari suntikan menggerak adrenalin. yang nyata paling kuat aku dapat 2011 beri aku teman. bagi aku belajar mempercayai adalah payah. sangat payah yang amat nyata aku rasa ialah sakit.  bernanah habis rabak luka kopak! tapi setiap kepayahan itu akan diberi kesenangan. kemudahan kebahgiaan keceriaan kegembiraan terima kasih anda yang buat aku menangis ketawa  jatuh  bangun terima kasih ajar aku kuat! syukur. Alhamdullilah.. atas kejayaan  atas segalanya. end 2011 as single still can smile and happy! lebih dari sebelumnya. FRIENDS. teman terima kasih! dan untuk ibu ayah akak terima kasi

ombak rindu.

ombak rindu baru habis baru je dalam beberapa minit yang lepas mungkin ada antara anda yang dah tonton lebih dari satu atau dua kali tapi aku tak peduli status-status kat facebook buat aku rasa perlu mencuba untuk tengok. aku sebenarnya tak suka tengok filem adaptasi dari novel sebab nanti rosak imaginasi dan bayangan aku tapi dah akak download layan jugak. yang menarik tempat-tempat dalam cerita tu rumah kayu tepi laut macam cantik. cuma aku tak berapa berkenan cara dia swap cerita dari satu babak ke satu babak aku tak nampak perkaitan dia. perubahan dari babak pertama tu lambat dan tiba-tiba keluar babak seterusnya. oke aku bukan orang filem jadi aku tak berapa faham seni bila orang kata cerita ni boleh tangkap leleh ramai menangis aku cuba uji daya tahan jiwa sensitip aku tapi ternyata tak ada setitik pun. aku suka jalan cerita dia sebab aku pernah baca novel dia maka aku rasa novel dia lebih terbaik ye lah bila dijadikan movie banyak adegan yang t

berus gigi colgate atau darlie

Image
sedap lagu ni hahah boleh ketawa guling-guling. chekgu aniq peminat no satu lagu ni wakakakaka. sakit perut aku ketawa sampai senak. ini schedule post.. nak post sekali harung banyak kang orang menyampah pulak tak pe la aku bagi sikit2 dengar la dijamin puas hati. aku kat melaka melancong sebelum dilencong ke maktab itu cis.. eh aku tak siap kemas barang lagi mampos... kena sembur ni kang... aiyaiyai.

hidup

kasih sayang bahagia hari ni tak boleh pastikan  kau ketawa  esok atau akan datang hidup bukan drama tv walau kita tak tahu jalan cerita minit seterusnya tapi paling kurang kita mampu agak mungkin si jahat akan mati tertembak dan hero akan selamatkan heroin dari cengkaman orang kaya tamak. itu drama itu fiksyen bukan realiti. melihat kenyataan tu buat aku sedar betapa pentingnya jiwa ini utuh betapa pentingnya bersedia betapa pentingnya sandarkan jiwa pada DIA. doa aku semoga kau teman kuat. doa aku semoga aku kuat doa aku anda semua kuat. dilindungi DIA. kawan aku.. kau dah lalui semua ujian yang MAHA hebat dari MAHA ESA. semoga kau jadi lagi kuat keluarga kau hidup kau. semoga tabah.. aku tak pernah sangka ini jalan kau lalui dan aku bersyukur dengan apa yang  ada. walau susah aku rasa kau lagi seksa. kenal dunia aku seiring dengan kau semoga bangun. menjadi mangsa pada keadaan adalah antara kesa

katak kota metropolitan

Image
katak pun dah maju sekarang... mana boleh katak main android aku pakai polyponic punya phone je woi sponsor!

psikogila

Image
tetiba aku rasa seram tengok gambar ni hok3 psiko vs gila aku ada cakap kan dulu cita-cita aku nak jadi dr. psikatrik. kau tau tak psikatrik tu apa? bahasa mudah doktor sakit jiwa. ni aku nak jadi dr. psikatrik tak bertauliah tanpa ilmu saintifik aku hanya guna ilmu sosiologi dan kemasyarakatan. apa beza psiko dengan gila? orang gila ni kita boleh nampak dia gila dia tak buat benda yang orang yang normal buat orang ada masalah psiko pulak dia nampak normal tapi di buat apa yang orang gila buat lagi haru lagi payah. memang payah lah kalau nak berdepan dengan orang psiko kita tak boleh nak jangka apa yang dia buat pffftt... tarik nafas separa.  lelaki kat dunia ni ada ramai walaupun ramai jugak yang berpaling tadah  dengan mengahwini kaum sejenis tapi ada lagi ramai lagi.. jadik tak perlu stick pada yang satu eh dont get wrong aku tak suh kau curang maksud aku bila satu pergi kau pergi cari yang kedua ketiga sehingga yang terakhir. tak perlu la nak tungg

beware!

Image
kalau mencari pasal dengan aku akibatnya memang mendapat pasal lah ape jadah nya pagi buta ni pergi mesej aku benda-benda tak ada kena mengena dengan aku cakap tak mau kalah bongkak. aku kenal pun tidak entah bila berkenalan tahu tiba-tiba je main redah suka hati. orang bercinta kau nak bercinta tapi ape pun tak tahu ba wau dal wau ha. aku tak bercinta pun tahu. waktu bahagia aku kau kenal pun tidak. dah putus nak drag aku sekali banyak cantik. manusia jenis amenda la ni. ciri-ciri lelaki tak boleh jadi laki 1. lelaki yang semudahnya menyentuh seorang perempuan yang tak halal baginya. tak ada maknanya romantik itu tanda dia tak sayang kau sebab dengan mudah dia ajak kau ke lembah jahanam 2. lelaki yang tak bertanggungjawab ada pulak salahkan perempuan dah kalau betul perempuan tu salah, kelakian kau mana untuk menidakkan perbuatan tu. pikir pakai otak. 3. lelaki tak matang buat keputusan terburu-buru main redah suka hati. 4. lelaki yang ego tak mahu mengaku salah dan

cinta monyet

Image
gambar milik cinta monyet. ah bijak juga monyet-monyet ini bukan main lagi menjadi kepala kepada cinta. kepala? nak tahu kenapa panggil cinta monyet? tak cinta beruk ke cinta beruang atau cinta panda? siapa wujudkan istilah cinta monyet ini sebenarnya dan apa definisi juga teori bagi ideologi cinta monyet? dan sepanjang tempoh manakah dipanggil cinta monyet?  adakah cinta monyet adalah cinta pada zaman budak-budak? atau cinta sewaktu belajar? jadi definisi budak itu pulak umurnya berapa? belajar itu pulak adakah jika bercinta ketika belajar peringkat sarjana juga dipanggil cinta monyet? apakah cinta monyet itu adalah cinta pada zaman sekolah saja? bagaimana jika seorang pelajar stpm umur 19 tahun bercinta apakah cinta mereka cinta monyet? sedangkan rakan mereka di institusi pengajian tinggi selain sekolah tidak? jadi bagitahu aku tokoh dalam bidang cinta monyet ini. pengasas istilah ini aku mahu jumpa. jika dia sudah tiada di dunia maka berikan aku buku tulisan beli

penggila buku

Image
awek chuck taylor. semalam baru habis baca aku dah beli berkurun lama. cuma tak berkesempatan nak habiskan. semalam malam pukul 12. 00 tengah malam waktu sepatutnya aku berjimba tapi keadaan tak mengizinkan tiga  hari terpaksa tahan diri jadi... teman yang ada berbicara dengan aku saat itu adalah buku .. ye.. itu cinta aku dah jadi habit mungkin aku tak boleh tidur selagi mata aku tak pedih dek cahaya terlampau sama ada komputer kaku atau lampu buku. haih. balik pada awek chuck taylor nanti aku buat review dekat blog bukan awek kedai buku insyallah. sedikit review. awek chuck taylor bukan kisah cinta lelaki kaya bersifat dingin memikat gadis biasa yang clumsy bukan jugak pasal halangan orang tua cinta dua darjat atau ayat romantis yang buat gadis-gadis tertipu dan melukis impian untuk mendapat bunga 3 kuntum tanda i love you atau kejutan daripada teman lelaki miskin yang berpura-pura miskin dan sebenarnya kaya untuk mendapatkan pasangan yang ikhlas which i

mimpi biar sampai ke bintang.

Image
masa zaman kanak-kanak ribena bila orang tanya pasal cita-cita mesti aku bagi jawapan klise dengan pekerjaan yang tau mau kalah tinggi popularitinya. macam doktor haiwan. kenapa haiwan? entah. lepastu bila dah besar sikit cita-cita aku pun semakin besar pemilihan cita-cita berdasarkan kehebatan cita-cita tu dan jugakan ke-rare-an nya. masa aku form1. waktu orientasi ustaz suh sorang-sorang pergi depan bagi tahu cita-cita. dan masa tu dengan yakin cita-cita aku nak jadi penulis novel. sebab? sebab masa tu aku dah pandai baca novel dan aku dapat tahu tulis novel dapat banyak duit dan aku tahu jugak yang tak ada seorang pun budak seramai-ramai tu nak jadi penulis novel. nampak tak btapa hebatnya aku? lepas tu bila dalam kelas cikgu bagi fail rekod pelajar kena tulis cita-cita. disebabkan tak nak dipandang sinis oleh ustazah aku so aku pun tulis lah pilihan pertama pensyarah, kedua programmer komputer. aku tulis programmer komputer sebab aku memang minat bab-bab komputer ni masa dalam

notwellnite

Image
dah lama tak keluar rumah tadi pergi beli barang sekolah.*erk.. sekolah?* hujan lebat jadi terkena tempiasnya. bukan sedikit tapi banyak sekarang kepala kian berat. hidung kurang berfungsi tekak makin kesat tahu dah itu tanda apa cari active fast ibu kata tak ada jalan pintas selamat malam awal hari ini esok aku ke kampung seperti biasa akan mengalami kegagalan untuk atas wayar (online) seperti biasa jugak jangan rindu aku nanti togel lagi bulu mata baiklah tak mampu  tahan dah ni haih... rasa semacam aku tidur dulu doakan aku aku kalau sakit jarang bawah tahap berjaga-jaga selalunya melepasi paras bahaya. cuti berbaki beberapa hari lagi mungkin itu sebab rasa semacam menjadi-jadi. haih.... eh ye doakan aku. doakan aku untuk tidak menjadi manusia kaku seperti post sebelum ni manusia kaku yang tak tahu komunikasi itu apa dan manusia kaku yang gagal menjadi biasa dalam situasi tidak biasa parah... readers... be happy =)

finding me

Image
haih... tolong aku.. entah makin lama aku rasa makin teruk jumpa manusia aku... aku jadi keras membatu . ah gila? aku tak nak orang panggil aku manusia hidung tinggi aku bukan seperti orang asing tengok. cuma aku beku. beku bila dengan orang yang aku tak tahu. entah aku tak tahu aku tak reti. salahkan diri aku. salah kan aku yang dah biasa sendiri. salahkan aku yang zaman budak-budak dia habis atas jalan sekolah dan rumah salahkan aku yang jumud salahkan aku yang kurang berteman. salahkan aku kerana interaksi aku selalu dengan objek kaku komputer, buku, haih garu-garu. bisu ... aku malu.

PMR berjaya atau tidak?

Image
pemilik gambar budak-budak amik result pmr ari ni tahniah aku ucapkan. syukur lah kau dapat rasa amik pmr. yang penting pengalaman tu. pengalaman tak boleh beli kat kedai 7eleven.  oke adik-adik... aaa. eh tak yah guna adik-adik nanti nampak aku ni tua sangat.  habeh guna.. kau aku baru nampak muda. ke lu gua? eh aku gadis guna lu gua karang terkedek-kedek pulak lari lelaki kpop.. kah3 jadah kpop...dah.dah straight to the titik. kau orang yang dapat result tak memberangsangkan tu tak yah lah kau orang down sangat. tak yah nak menangis hentak-hentak kaki rosak kulit kaki kau. kematu nanti. pertama sekali everything happen for a reason. first sekali kalau kau memang jenis hebat amik exam tanpa selak buku-buku yang patut tu tak payah kau nak menggedik frust sangat.  pastu kalau kau yang jenis study bagai nak rak malam sebelum exam tu pun tak payah nak sedih jugak. tak ada nya manusia ada kuasa magik yang boleh cover 3 tahun punya silibus satu malam. kalau kau je

cerita zaman dolu.

bosan jugak nengok post tak dop gambar nieh.. haih.. dah terlebih guna sampai gambar pun tak buleh upload oh sadis! ate tetiba teringat zaman kanak-kanak ribena sesuci embun pagi. dulu-dulu terlalu banyak unsur-unsur bedo'oh yang menghantui hidup budak-budak baru nak up terutamanya pompuan ah. contoh satu. bulu mata jatuh tanda ada orang rindu. mula dah menggatai usha kemungkinan siapa yang merindui kau kan. padahal tak tau kau gosok mata tu kuat sangat sampai dia jatuh. contoh dua garis-garis putih kat kuku tu tanda dia ada orang suka kat kita mula dah kembang setaman. eh tau idak garis putih tu amenda? ala korang nengok kat kuku tu kalau ada macam putih-putih kena toreh tapi dia macam kat dalam pastu di akan pergerak ke atas- ke atas. aa paham? tak paham oke fine! tak yah ar paham. contoh ketiga jerawat tu tanda ada orang suka jugak. ah ramai benar orang suka kat kau. sekarang ni kat dahi aku ada jerawat yang bapak sakit makna ada orang suka aku?? kat

al-fatihah.

kita kalau dah tiba masa bila-bila je akan dipanggil pulang. tak lambat tak cepat walau sesaat. dan saat itu semua apa yang kita kejarkan di dunia dah tak bawa apa-apa makna kecuali amal ibadat. ingatkan saat itu. btapa kita tidak bersedia. jadi tunggu sampai bila. astaghfirullah. pagi tadi adik nenek aku meninggal. meninggal dalam tidur.. al fatihah. mudah je dia pergi. kita tak tahu lagi.

randomness *ade ke pkataan ni?*

aku baru habis baca novel cinta kontrak yang baru sampai  sabtu ari tu. beli online jep jimat dah tak perlu pergi kedai. ha3 aku malas nak kuar. lama dah aku tak baca buku genre cinta leleh. so aku pun beli la buku tu.. erm pada aku novel tu oke jugak. jalan cerita dia memang kena dengan jiwa aku. dia ada conflict yang tak meleret. agak klise tapi dia macam straight to the point. aku suka cuma agak bosan sikit sebab ada scene yang macam its okey if tak ada dalam cerita. dan pada firasat aku penulis cerita ni adalah k-pop punya orang. maksud aku yang layan gila-gila korea2 ni macam akak. ha3.. sebab jalan cerita dia ada la jugak ala-ala ... tapi secara kesimpulannya untuk percubaan pertama seorang gadis berusia 18 tahun adalah sangat membanggakan. aku pun tak mampu hoih.. cerita aku duk terbengkalai jep. T.T yang pasti agak layan jugak lah berjiwang. ha3...  alin cakap "hati-hati dengan hati."  baiklah. =.=' p/s: aku tak berkenan sangat tengok lelaki duk puj

mana titik.

paham bahasa pun blog ni baru nak memakey-makey. nasib elok. facebook tu dah gaya ape aku malas amek kesah lantakkan. suka hati mark zingerburger tu lah dia nak buat ape pun dengan facebook tu dah dia yang punya! pfftt. urmmm aaa... aku pun dah tak berapa nak laju sangat adrenalin dan segala hormon bila online. bila bukak. dah letih menunggu agaknya mungkin ALLAH dah bagi aku petunjuk gamaknya. aku dah tawar dah rasa. entah baru aku perasan hari ni. aku dah tak berapa nak inn sangat. lama sangat aku tunggu kot. banyak sangat yang aku harap. banyak sangat yang aku takut.  mungkin aku tak cukup baik sebab aku tak kuat nak tunggu dah. dua tiga hari lepas ada jugak aku terfikir nak belasah je nak move. tapi... aku tak jumpa apa ada pada aku yang boleh buat aku ni berbeza dengan yang lain dan diterima. tak ada. dan aku takut kecewa tu lagi. aku takut hilang lagi. nak pergi biarlah bila aku dah rela. aku tak nak tiba-tiba. sebab aku dah letih. aku trauma aku takut. aku takut hilan

post tanpa hala tuju

Image
selamat malam! eh belajar tu lagi mudah dari mengajar. haih sabar je lah aku memang dah lama perhatikan masalah aku ni dah biasa duk sorang2 kot interpersonal skill aku hancus. haih.. haih... aku lebih bagus menulis dari bercakap tak reti aku nak approach orang ni haih lagi dah la aku nak layan movie. aku tak ada idea nak update ape walaupun isu anak melayu kawen same jenis tengah up boleh tambah nuffnang tapi takat copy paste details daripada blog orang lain baik tak yah. klise sangat. tak yah nak up sangat lah. cuma doa aku semoga insan itu dapat petunjuk. redha ALLAH pada redha kedua ibu bapa. senang dunia kejar buat ape. akhirat tu selamanya. peace yau.. maharaja lawak mega kurang menyengat hari ni wat letih aku je oh family aku, ibu ayah akak terima kasih untuk celebration itu. doakan aku tidak riak menjadi  sederhana dan menghasilkan sesuatu luar biasa, amin... ganbatte! Just because you can’t find a way, that doesn’t mean there is no way. Somet

silence

Image
silence is a girls loudest cry. tapi tak jugak ade je yang duk meraung mengkhinzir buta aku tak tau nak cakap ape dah. diam tengok lihat

aku balik berhenti rindu

Image
sumber rindu aku??? ye.. ye aku faham hahaha aku pulang sudah2 sila padam rindu tu bulu mata aku togel nanti tercabut semua oh ye... fainama al usri yusra ina ma'al usri yusra setiap kesusahan ada kesenangan alhamdullilah result dah dapat beberapa hari lepas tangan tak pernah gigil menggigil telinga tiba-tiba panas jantung berdegup tahap laju tak hingat. line macam siput. aku suruh bubu cek. alhamdullilah.... aku senyum! tapi tak puas lagi sebab aku takut tu salah dan macam-macam. aku teruskan usaha tangga kejayaan dan alhamdullilah../ alhamdullilah sangat.... walau turun sikit.. tapi melebihi apa yang aku sasarkan sejujurnya sem ni aku rasa macam ah nyah pergi semua impian2 palsu hidup tak terurus serabut sana sini merepek. main2 angau bergaduh berperang berhentak kecewa menangis tonggang langgang. tergolek tertonggeng ya banyak sangat dugaan.. macam-macam

BERAMBUS

kenapa tak pernah dengar apa aku nak cakap? memang mood aku tak berapa nak in sekarang ni. memang aku tengah swing. jangan nak tegur or cakap apa-apa aku dah bisukan telinga pekakkan mulut. berambus. jangan cari aku 2 3 minggu ni. kalau aku ada tu ada la. aku memang lahir untuk mengangguk saja serius aku geram nak marah nak mencarut ah diam! aku sensitif memang pun sebab aku tak tuli

aku tak bodoh cuma lari sebab malas

Image
satu situasi dua jalan yang aku tak ada pilihan dan bila aku dipersalahkan dengan apa yang aku tentukan maka aku perlu akur aku bukan bisu  tapi hanya rasa tak cukup kuat. aku tak suka bila melihat kekecewaan terpancar yang lain kerana aku. tapi aku manusia dengan jiwa berontak. rasa bersalah dan ya aku turutkan juga kerana aku rasa jahat dengan kekecewaan yang ditunjukkan. ah bodoh. bukan sebab aku tidak mampu untuk berfikir. aku bodoh sebab aku malas berfikir. aku lari daripada berfikir dan biarlah.aku turut kan segala ya segala. ah hati ini demm! alu lari dari gunakan otak bukan takut atau pengecut tapi aku malas. aku malas dengan segala pilihan dan soalan yang aku tak berhak pada jawapannya. blog. aku cuma luah apa aku rasa aku tak marah pada sesiapa tidak cuma aku meluah dan di akhirnya aku akur juga yang lari cuma otak.  cuma otak aku  yang pergi dari realiti. bagi aku episode baru imaginasi. aku mahu masuk 

malu

Image
aku aku sedang malu telinga aku rasa panas macam nak putus aku memang selalu buat ikut suka bila dah malu tak tentu arah menyesal gila. tu lah orang kata diam lebih baik dari berkata-kata tulah nak tunjuk sangat. jangan paksa diri makin dekat makin lari aku takut. eh sorry aku malu gile. =.='

beg on u

Image
u make me feel like this. ouh please. yes we are friends, we are just friends since we know each other for few years. since old school timer but friends is not how long you noe each other   its about how you really noe about each other. thats not fair when you are the one that know about me  and i'm not.  i am oke to say hi as a friends..  yeah truly im okey with it.  just.. no need  to say something for all the things. me just  uneasy with what u're doing others might get wrong. ive nothing to do with u. we just friends. thats all. the one that ive talk about there is not you.  the one always be there but u cant see. the one is the best one so im trying to be the best 2. ouh how to make this clearly.  T.T sometimes there's no need to be there all the times but there more than enough to come on the right time that the one always do. so please stop saying all d times there  towards all d things im saying. coz sometimes im

jealousy

Image
aku tunggu sebab aku takut ganggu kau. and kau yang lain maafkan aku. aku tunggu dia. tolong jangan buat kelihatan macam aku bukan tunggu dia. pffttt... dia banyak pilihan. aku tak aku dah hilangkn apa yang aku tulis tadi sebab bila diseru datang. alhamdullilah.. heh..

wordless saturday

Image
aku nak buat wordless saturday boleh? ha3. pedulik. its hard isn't it? jadi cintailah pada yang sudah pasti mencintai kau. dan itulah DIA yang satu. ya ALLAH tuhanku.. bimbinglah aku. aku yang lemah dan hina..... aku perlukan hidayah MU. amin. ..wiTh Love..

conteng-conteng

Image
hoyeah... hoyeah.. conteng-conteng dah sampai... aku suka sebab fadhli lukis gambar kat sticky notes.. well im nota pelekat.. bukan ke suweet itu ye dak? hahaha.. tadi dah habis baca kedua-dua edisi. eh tak amik pulak gambar dalam buku tu.. tak pe kau pergi dekat blog conteng2  lagi afdal kalau kau pergi beli sendiri. hahaha.. masa aku beli dapat free postage tu aku beli banyak-banyak. best buku ni macam komik gitu kisah pasal hidup fadhli dan kucing dan sesuatu yang dia perhatikan. disampaikan melalui lukisan. ye cantik lukisan dia. ibu aku pun baca kot. ibu kata awal-awal baca dah sengih. aku paling suka part 3x5 pasal budak baru belajar sembahyang. nak tahu gi beli sendiri la... layan jelah mukabuku conteng-conteng kat bawah ni. kenapa ada banyak?? meh koi terang kan ke wokme seme.. ini buku versi baru sampai pagi tadi. ayah bawak balik masa balik keje pukul 12 lebih tadi. hari-hari kot aku tunggu ayah balik kerja dengan bungkusan di tangan. posmen tempat aku ni pemal

tulis

Image
pemilik gmbr tulis. ya mari tulis.  tulis. dan tulis. sebab tak boleh cakap. maka tulis saja. esok nak pergi jumpa matahari dalam masa dekat dua minggu cuti baru sekali jumpa matahari. =.=' masa PLKN jurulatih aku cakap aku seorang yang hidup dengan kata-kata maksudnya kata-kata banyak mempengaruhi hidup aku. ya sangat! ..wiTh Love..