Posts

Showing posts from December, 2013

masih.

2013, masih mencari Ali, Gibran dan Pacai. 2014, mahu menghidupkan hari.  suruh Ali, Gibran dan Pacai terus hidup dalam ilusi. aku tak suka komitmen. cepat letih.

#2 Fikir

Image
Dalam institusi pendidikan seharusnya yang menjadi matlamat adalah pemerolehan ilmu dan penerapan pengetahuan. malangnya hari ini kita lihat, institusi pendidikan menjadi tempat untuk membentuk jurang kasta masyarakat. kita berlumba-lumba untuk mencapai kecemerlangan bertujuan untuk dipertanding sama yang lain dan meletakkan diri kita di tempat tertinggi. sememangnya dalam pembangunan modal insan pendidikan dijadikan wahana untuk mewujudkan mobiliti sosial namun, yang menjadi persoalan sekarang ialah tentang ruang dan hak yang tidak sama rata yang diberikan kepada setiap lapisan masyarakat. perlumbaan yang berlaku antara pelajar adalah berbentuk materialis semata-mata. hari ini kita jadi gembira apabila ada dikalangan kelompok kita yang ketinggalan terus ke belakang. persaingan gred, markah, tanpa disedari telah melenyapkan terus fungsi pendidikan untuk melahirkan golongan yang berilmu. kita tak pernah mahu belajar dari kesilapan dan kita tak pernah mahu mengambil iktibar dari ke

#1 stigma.

Menghapus prejudis. Rasa prejudis yang paling buruk ialah prejudis pada diri sendiri. Stigma yang paling susah nak buang adalah tidak percaya pada diri. Sayangnya tanpa peduli tentang diri sendiri kita menampal tempel prejudis pada sekeliling. Ini bukan kisah kamu. Ini tentang aku. Sengaja mahu mengingati diri sendiri. Jika kamu peduli juga tak salah Apakah gelandangan akan terus jadi gelandangan jika dia punya ruang untuk bersaing dalam keramaian dunia? Apakah penagih akan terus menagih jika dia mampu keluar dari kancah hitam itu? Apa gadis yang dirogol tanpa rela itu tetap sama tarafnya sama mereka yang menjual bebas dirinya untuk sesuap nasi? Apa dia yang menjual diri untuk sesuap nasi itu lebih hina daripada kekasih yang menyerahkan dirinya percuma? Apa pasangan kekasih itu lebih mulia daripada mereka yang jatuh sayang pada jantina yang serupa? Apa dunia ini hanya punya kehidupan buat yang bernasib baik semata? Siapa kita untuk memandang serong pada mereka? Tiada siapa mahukan ja

cita-cita. kerana prejudis dan sinis.

#np Ichibu to Zenbu -B'z dulu masa orientasi form 1 setiap orang kena pergi depan kenalkan diri. masa tu aku kena duduk dengan orang aku tak kenal. ada dua orang kawan sekolah rendah aku. tapi diorang lain kelas. masa tu kitorang kena duduk dengan budak kelas dalam dewan. lepas sorang-sorang kena panggil pergi depan kenalkan diri. bila tiba masa aku, aku disuruh kenalkan nama, tempat tinggal, cita-cita aku cakap nama aku. diorang gelak. eh. sebelum aku kenalkan nama pun dah kena gelak bermula masa aku keluar ke depan. aku tahan je masa tu. gila nak tak tunjuk kebolehan terajang kerusi meja minggu first masuk sekolah? lepas tu bila disuruh bagitahu cita-cita pulak dengan yakin aku jawab nak jadi penulis novel. dan sekali lagi bergema dewan dengan gelak tawa. masa tu aku pun tak tahu kenapa aku cakap aku nak jadi penulis novel yang aku tahu aku memang tak suka sama dengan orang. memula aku nak cakap aku nak jadi pakar IT tapi dah ada orang cakap. so aku cakap l

Dewasa

Detik demi detik Kita kian mendewasa Itu menjadikan kita lebih tidak faham Tentang apa-apa yang bakal, telah, sedang terjadi. ---------------------------------------------- Sehingga saat ini Aku hanya ingin bebas. Bebas... Dari segala pandangan Dari segala prasangka Dari segala prejudis Dari segala ragu ragu Dari segala keputusan yang disediakan Aku mahu bebas Aku mahu pilihan

harap.

aku teringin jadi seseorang. paling kurang buat seseorang. menjadi seorang yang boleh inspire orang lain. tapi aku ni banyak sangat cela nya. bersepah-sepah. aku harap sangat tak kira la walau secebis pun apa yang aku buat dapat bagi manfaat kat orang lain. banyak benda lagi yang aku kena kerjakan. sedikit.. sedikit.. tepuk bahu sendiri.

kenapa?

Image
kenapa jalan ni? terpaksa. kenapa ikut jalan ni? terpaksa. betul? betul. terpaksa. selak balik hari hari lepas. belajar kat sana tak sedap. entah apa-apa. stress. tiap sem kena nangis. entah apa belajar tak tahu. entah apa dapat tak tahu. sistem merepek. tensyen. tinjau masa depan. anak-anak itu sedang menanti huluran yang menarik mereka keluar dari segala rasa yang lebih jahanam pernah aku fikirkan. tunggu. bagi sikit masa lagi. nanti aku sampai. jika DIA izinkan.

DIA.

dia tu entah sesiapa. jumpa pun tidak. tapi tahu wujudnya dia. dapat tahu tentang siapa dia semalam dan siapa dia hari ini. aku hanya tengok dari luar. sayang betul. entah kenapa rasa sakit hati pulak tengok. Astaghfirullah kenapa aku ni? niat aku dah lain. okeh itu cubaan kedua dan yang terakhir hidayah tu milik Allah. aku pun terkontang kanting. tapi sayang. sayang jika orang macam dia disia-siakan. tapi aku ini entah sesiapa daripada ceruk mana yang melihat sekadar rupa dia saja. ini semua pengaruh si durjana. jauhkanlah mempergunakan agama. Allah... semoga dia mendapat petunjuk dan semoga aku serta yang lain juga dapat menapak mendekatiMu. perasaan apa entah ni. aku tak layak untuk lakukan apa-apa aku bukan sesiapa. aku keliru sendiri sebenarnya. tak apalah. duniawi semuanya. aku serba kekurangan ini harus menutup rabik rabik sendiri dahulu. Allah... jadikan aku insan yang lagi baik dari semalam. dan kau sentuhlah hati kami dia aku mereka sesiapa

ini kisah aku.

masa kecik dulu family aku susah. ayah tak ada kereta kalau kitorang balik kampung kitorang akan naik bas or keretapi. dan mungkin sebab dah biasa naik transport awam sampai sekarang aku tak ada la aku mabuk ke apa bila pergi mana-mana yang jalannya huru hara macam jalan lipis-jerantut,  lipis-cameron. bukan nak bangga diri, tapi kind of la jugak haha. kampung belah ibu kat rompin belah ayah kat melaka. untuk balik rompin  kitorang kena naik 4 kali bas. mentakab-temerloh, temerloh-kuantan, kuantan-pekan, pekan-rompin. dengan bag yang banyak tu. memang letih tapi. seronok. sebab tu dulu kitorang kalau balik kampung pun setahun sekali je hujung tahun atau masa raya. nak harap berjalan saja-saja memang tak la. kalau balik melaka pulak selalu naik ketapi. sebab ayah kerja ketapi so tiket boleh dapat murah. ketapi mana ada siang. kitorang naik pukul satu dua pagi. sampai tampin dalam pukul 6 pagi. lepas tu kitorang pun jalan kaki dalam 10 minit gitu naik bas pergi alor gajah. dari stesy

Lama

Dah lama tak tulis blog.