cita-cita. kerana prejudis dan sinis.

#np Ichibu to Zenbu -B'z

dulu masa orientasi form 1 setiap orang kena pergi depan kenalkan diri.
masa tu aku kena duduk dengan orang aku tak kenal.
ada dua orang kawan sekolah rendah aku. tapi diorang lain kelas.
masa tu kitorang kena duduk dengan budak kelas dalam dewan.
lepas sorang-sorang kena panggil pergi depan kenalkan diri.
bila tiba masa aku, aku disuruh kenalkan nama, tempat tinggal, cita-cita

aku cakap nama aku.
diorang gelak.
eh. sebelum aku kenalkan nama pun dah kena gelak
bermula masa aku keluar ke depan.
aku tahan je masa tu.
gila nak tak tunjuk kebolehan terajang kerusi meja minggu first masuk sekolah?

lepas tu bila disuruh bagitahu cita-cita pulak
dengan yakin aku jawab nak jadi penulis novel.
dan sekali lagi bergema dewan dengan gelak tawa.
masa tu aku pun tak tahu kenapa aku cakap aku nak jadi penulis novel
yang aku tahu aku memang tak suka sama dengan orang.
memula aku nak cakap aku nak jadi pakar IT
tapi dah ada orang cakap.
so aku cakap la aku nak jadi penulis novel.

tapi dulu-dulu aku ada cuba-cuba tulis cerita kanak-kanak
si ular dengan ayam.
cerita tu aku ada print tapi entah mana dah pergi.

bila dah habis orientasi
masuk je kelas ada ustaz tu panggil aku
ha siapa tu yang nak jadi penulis novel tu.. adibah noor. meh sini ke depan.
masa tu kelas pulak bergegar dengar orang gelak. lawak eh?
*dulu aku suci lagi nak sebut babi pun takut-takut. bodoh tu kira carut paling power la. maka aku maki dalam hati. dan ke depan*

dari sekolah rendah aku tak suka cikgu lelaki.
masuk sekolah menengah aku masih tak suka cikgu lelaki plus budak lelaki plus senior lelaki.

dulu cita-cita pada aku adalah kerja yang boleh bagi aku banyak duit.
tak perlu kisah kemampuan aku.
bila dah form 4
dah rasa pandai boleh masuk kelas sains cita-cita aku nak jadi doktor
specific psikatrik

tapi..
kelas selalu ponteng. untuk subjek sma f4 tak menghafal.
meniru orang.
subjek akademik lagi la kelaut.
dapat pun markah kesian.
math mode pun dapat c.
amacam power?

aku diajar untuk punya cita-cita
tapi aku tak tahu macam mana nak capai.

dulu spm pun hancur.
bayangkan untuk amali quran aku kena repeat sebab tak hafal yassin.
masa tu memang target kiok dah.

tapi cita-cita nak power lagi.
nak jadi doktor juga
pergi tusyen
tapi ponteng.
tusyen kimia terutama sekali.
aku tak faham satu apa pun.
aku dah la lembab.
lepas tu blurr
jadi aku rasa lost.

last-last aku drop kimia.
drop tusyen la.
exam amik jugak.

seronok jugak dulu
buat hal pun hidup jugak lagi
kelas bahasa arab selalu aku lepak bilik komputer.
aku tak faham lah.
nanti ustaz tanya nak jawab apa?
sekali dapat pangkat pane.

subjek yang aku suka pun sejarah, syariah dengan bm.
syariah tu aku suka sebab ustazah ingat nama aku. tu je lalala.

bi. cikgu tu best.
tapi aku tak pandai bi.
bila aku salah pronounce kena gelak
jadi aku tak suka.

sunnah boleh la cuma bab hafalan je aku blur.

masa amali bahasa arab aku kena gelak dengan ustaz sebab aku tak dapat beza antara tujuh belas dengan tujuh puluh.

add math jangan tanya. dapat markah pun aku dah kira berjaya dah.

fizik yang aku paling paham pun bab nuclear dengan wave2 tu.

kimia hancur bio setakat boleh la.

dulu kisah apa sangat. pergi sekolah balik sekolah. tusyen kelas tambahan.
last minute study pun tak nangis.

masa f4 nak exam sma. hadis satu buku malam sebelum exam baru nak hafal.
terus tenang lagi.

masa f5 subjek bouth aku lagi la hampeh
subjek nahu failed. sebab main-main dalam kelas.
paling suka pun subjek  balaghah tak banyak hafal.

lepas tu masuk matrik dengan result cukup2 makan.
masa kat matrik la baru reti belajar tu jadah apa.
tak ada sekali pun rasa malas pergi kelas.
baru aku tahu add math yang aku belajar dulu bapak senang kalau aku belajar.
kimia tak ada susah sangat cuma otak aku kena susun betul betul sikit.
dan bio adalah sangat menyeronokkan.

dan hidup macam roda mana boleh nak seronok sokmo maka setelah dua bulan.
aku ditarik keluar

untuk ke tempat sekarang.

dulu kat matrik masa orientasi pun rileks je. rileks maksud aku tak tension. first time merasa rentas desa tu seronok. sebab kat sana tak ada orang nak peduli kan kau sangat. semua orang boleh jadi kawan kecuali ada la beberapa orang yang aku panggil gegei dulu tapi itu setakat boleh diterima akal dan minda lagi. matrik kan mana ada senior. maka kita semua sama.

sehinggalah aku ke tempat sekarang.

sistem kasta senior-junior diaplikasi semula.
rasa macam balik zaman sekolah.
semua sama kecuali tak pakai baju sekolah dan dah tak boleh ponteng kelas.
jadi aku balik ke habit lama aku tak suka senior lelaki tak suka lec lelaki.
makin lama makin teruk.
dan aku rasa bilik aku adalah tempat paling selamat sekali.

belajar sudah tak ada rasa teruja seperti sebelumnya.
bersungguh-sungguh tak mampu berikan aku rasa senang seperti saat aku culas kelas dan ambil mudah semua.

dan kembali pandangan-pandangan sinis
kata-kata prejudis menendang gegendang telinga kembali
dan akhirnya aku tambah koleksi aku tak suka junior lelaki dan lelaki.
makin lama aku menjauhi semua.

kemudian balik tika ini aku tertanya
apa seterusnya perlu jadi cita-cita aku.
pendidik?
terlalu besar rasanya.
sedang diri aku sebagai pelajar saja belum lancar.
aku tidak cintakan ilmu
yang aku kejar gred semata
untuk aku tunjukkan pada semua
gemuk aku tak sia-sia.
itu cara terakhir untuk gegendang telinga aku tidak ditendang lagi.
tapi bukan mudah. kan?

ada saja satu persatu yang datang memecah tembok empangan tubir mata.
setiap kalinya ada.
letih juga rasanya.
dah lembik longlai malahnya.

jadi sekarang aku masih bertanya
apa yang harus dicita-cita.

masa-masa lalu aku buat aku rasa bimbang
nanti aku akan bertindak seperti mana yang dilakukan mereka mereka
sehingga aku jadi takut sama diri sendiri.
aku bimbang nanti jika aku jadi pendidik sekalipun
aku akan beri kesan yang menyakitkan pada anak anak itu
seperti yang dirasa aku sehingga sekarang.

dan gelaran gelaran gurauan mereka itu langsung tidak lucu
walau katanya gurau.
kerana gurau itu sudah basi untuk menepis reaksi negatif aku.


untuk semua untuk sesiapa sahaja.
diam diam ada yang sedang disakiti oleh kita
dan
masih tersakiti walau masanya sudah lama.

tak percaya?
tanyakan aku saja.

setelah semua-semuanya.
menulis membawa aku binakan satu dunia baru dengan kisah ketawa dan menangis itu cuma aku. cukup puas gembira.



Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

minimalis

change