Posts

Showing posts from October, 2017

#1086

Rasanya macam mana? Rasa dia adalah kau berada dalam keadaan bimbang selalu. Terdesak. Terdesak untuk ke beberapa saat akan datang sehingga kau jadi overwhelming. Kau doubt semua yang kau rasa dan kau buat. Your mind won't stop making noise. Kau cuma letih. Seolah kau berada dalam satu gelanggang yang perlukan kau berlari tanpa arah tujuan dan tak boleh nak berhenti. Lately I get triggered easier. Ada masa akan terus blank dan kosong. I've been questioning about so much thing.

#1087

The reason I stay in small circle and avoiding commitment is it hard for me to heal the hurt when someone left. Even they are someone who not know my existence. RIP KJH.

#1088

Tukar susun atur rumah. Masih bersepah. Tapi ada lah perubahan cari mood baru. Tempat lepak baru. Hari Jumaat keluar beli plastik sampah besar hari ni nak guna, hilang pulak. Esok sambung cari. Ketakutan? Mengabaikan apa yang ada. Sangat takut. Tapi seolah yang mengawal diri itu yang lainnya. Masih satu perjalanan yang panjang kan? Bertahan dan terus bertahan. Buat partner in crime. Terima kasih sebab buat aku yakin kau tetap ada. Ini saat-saat ini nanti aku tak lupa sampai bila-bila.

#1089

Tidak memikirkan yang lalu atau akan datang. Perihal paling sukar. Menikmati waktu tanpa sedar. Ada ketika lupa tentang bila dan di mana.  Ada ketika bagus juga sebab tak semua memori itu, ketawa.

#1091

Find the pace. Lari!

#1092

Pernah satu tahap aku rasakan yang setiap yang ada di dalam perlu disebar luah. Sehingga aku sedar yang aku tak ada semua aku sangka mendengar. Jadi kemudian, aku ambil keputusan semua yang ada di dalam perlu disimpan diam. Sehingga aku sedar yang tak mungkin yang aku ada cukup untuk disimpan. Maka itu aku berada ditengah-tengah, melengah-lengah. bertidak endah.

#1093

Setiap yang tersembunyi tak semestinya paling misteri. Boleh jadi kita tahu cuma sengaja untuk terus tidak melihat. Atau terlalu terang sehingga kita cuba untuk tidak nampak.

#1094

Out For Love : Seven (Adly's Arkib XFM) Tentang apa? Banyak. Satu-satu? Baik. .... Hari yang teruk. Lebih setahun yang lalu, Aku menjadi telinga mendengar mata mensaksi yang paling tidak mungkin aku lupa. Yang menjadi aku tidak aku lagi. Hari itu, baru aku faham yang dimaksud celaru itu bagaimana. Bagaimana hanya dengan terngiang saja buat aku menggeletar dan lena aku dalam jaga. Aku memandu jauh, perlahan. Butterfingers-Chrome volume tinggi. Meraung. Seorang. Segala kebarangkalian dalam pengiraan. Segala amarah mendendam. Aku tidak punya apa, tidak mahu apa selaian yang untuk mereka. Tiada satu dikerja untuk aku tuntas. Tiada. Tujuh tahun aku hanya menyerah, bergelumang dalam rencam. Aku hanya menurut. Aku hanya diam dan ikut. Aku hanya dengar patuh. Dan kerana hari yang teruk itu. Kerana yang satu itu, seolah yang ada ini cuma jasad, kosong. Berpaling pada jalan dilalu, jatuh. Saat itu, jatuh kemudian jatuh kemudian jatuh dan terus jatuh. Mula lar

#1095

Hari ini yang kau tahu adalah hari untuk aku mula yang baru. Yang bagaimana entah. Bermula hampir tiga tahun yang lepas segalanya rencam. Lembaran baru suku ketiga fasa hidup. Gelincir yang langsung menerosok. Hampir tidak kenal siapa yang aku lihat pada cermin hari-hari. Kian hilang, jatuh dan menjauh. Antara sendiri yang menyenangkan atau merusakkan. Aku ditengah-tengah bergentayangan.  Kerana terlalu menanti, mengharap dan bergantungan. Terlalu lama membiarkan jantung hilang detak,  Hidup entah bagaimana dan apa. Seolah ada yang lain antara jasad dan ruh ini. Tapinya atas soalan sampai bila, Susah susah ini untuk yang manis-manis nanti bukan? Ada-ada ini akan hilang juga nanti bukan? Aku buka semula halaman ini. Biar ini yang baru. Yang aku cuba untuk infinity kalinya. Tidak menyerah. Tidak akan. Satu yang lebih jelas. Aku tak inginkan selesa hari ini untuk tiada apa-apa esoknya. Aku sedar gerih akan sirna akhirnya Tiga tahun lagi, nanti

UJI

Setiap yang keras-keras berlaku dalam hidup membawa kepada satu kelembutan iaitu pengabdian. Bila saat yang ada pada kau hanyalah berserah. Ada ketika aku gusar pada yang akan akan datang. Tetapi ada ketika saat berhadapan dengannya aku terus hilang riak. Tuhan mempertemukan kita dengan pelbagai manusia dan gaya.  Untuk belajar disebaliknya, antara kita ini kebaikan untuk mereka. Atau mereka kebaikan untuk kita.  Belajar menyerah atau redha. Ada ketikanya kita ini manusia jalang. Tiada yang lebih tahu selain DIA. Tentang segala gejolak. Segala debar. Runsing dan gusar. Semalam hari ini kelmarin yang dulu. Aksara ini tidak cukup untuk melafazkan semua. Namun ingatan ku sedia untuk merakam sehingga satu hari nanti aku cukup kuat untuk mencerita. Sendirian ini yang mengajar tentang bukan perlu kasihan.

IMAGINARY

Kita tak tahu apa yang disimpan tersembunyi disebalik setiap satunya. Sehingga kita merasakan sesuatu itu dengan ruang lingkup yang sama walau mungkin darjah yang berbeza. Sejak hari kebelakangan ini, cubaan bangun kembali untuk kali yang tak terkira. Bedanya kali ini cuba terima yang tiada yang normal ditakdirkan. Maka wujudnya dunia imaginary, membawa lari seketika dan tidur lebih lena. Sudah tidak ambil pil putih atau merah jambu! =) Untuk tempoh terdekat. Namun waktu tidurnya masih belum selesa. Alang sudah tidak normal maka terus aku bangunkan segala yang tidak realiti. Untuk seketika sudah cukup puas. Walau masih dengan debar, masih dengan kerisauan, kesilapan dan kecuaian. Entah sampai bila, tetap perlu bertahan. Hari ini bawa mereka keluar mencuba nasib. Walau aku sendiri tidak pasti tapi jauh dari sudut hati mengharapkan mereka mampu membawa diri. Keluar. Jika sehingga nanti kerana alasan yang kecil ini mereka membesar. Segala malap dan kegelapan membawa pada cahaya b