#1095
Hari ini yang kau tahu adalah hari untuk aku mula yang baru.
Yang bagaimana entah.
Bermula hampir tiga tahun yang lepas segalanya rencam.
Lembaran baru suku ketiga fasa hidup.
Gelincir yang langsung menerosok.
Hampir tidak kenal siapa yang aku lihat pada cermin hari-hari.
Kian hilang, jatuh dan menjauh.
Antara sendiri yang menyenangkan atau merusakkan.
Aku ditengah-tengah bergentayangan.
Kerana terlalu menanti, mengharap dan bergantungan.
Terlalu lama membiarkan jantung hilang detak,
Hidup entah bagaimana dan apa.
Seolah ada yang lain antara jasad dan ruh ini.
Tapinya atas soalan sampai bila,
Susah susah ini untuk yang manis-manis nanti bukan?
Ada-ada ini akan hilang juga nanti bukan?
Aku buka semula halaman ini. Biar ini yang baru.
Yang aku cuba untuk infinity kalinya.
Tidak menyerah.
Tidak akan.
Satu yang lebih jelas.
Aku tak inginkan selesa hari ini untuk tiada apa-apa esoknya.
Aku sedar gerih akan sirna akhirnya
Tiga tahun lagi, nanti moga akan aku ceritakan kembali tapak mula ini membuah hasilnya.
Dan aku lepaskan semua, semua yang tiada namun tetap mengekori.
Untuk bangkit kerana esok bukan seharusnya milik kita.
Jumpa lagi nanti.
Biar cukup tahu aku ada di sini.
Selagi ada izinya DIA.
Comments