Posts

Showing posts from September, 2015

Satu malam

Ada satu malam yang memenuhi ruang udara adalah kerinduan  Dan yang menjadi peneman adalah aliran sungai deras pada wajah. Sepi denganku bukan lagi sesuatu asing Perhubungan dijalin kian utuh Cuma saat ini sunyi ini terasa lain Ketika aku mengenangkan riuh yang lalu aku terus jatuh dan tersungkur Melihat insan sangat aku kenal menjadi Pernah aku kenali Mengingat insan yang ada menjadi pernah ada. Malam ini neon tidak lagi terang bahkan gelap ditutup rindu tak terungkap Buat teman saat aku memerlukan bahu yang ada cuma bahu aku tak apa mungkin aku bisa jadi segagah badang Cuma pesanku saat kau perlukan bahu dan yang ada cuma bahumu  Ingatlah bahu ku masih ada lagi satu untuk kamu bila bila.  Kerana aku tahu menopang bahu sendiri itu tidak enak ambil saja bahuku bila kau mahu.
Aku punya kepercayaan yang banyak. Kepercayaan itu membawa aku kepada apa yang aku mahu dan usahakan. Aku punya kepercayaan yang banyak dan aku percaya kepercayaan itu tidak sia-sia. Apa sahaja aku percaya, Tuhan tidak sebegitu kejam untuk menyakiti hambaNYA tanpa erti. Aku cuma percaya segalanya akan membawa aku ketemu. Kebahagiaan abadi. Aku dengan segala cela percaya aku akan mengatasi segalanya. Semuanya.