Posts

Showing posts from October, 2015
Selamat tinggal yang untuk ke berapa kali Aku kata aku terima untuk yang ke berapa kali. Tetap kau datang dan pergi. Sebagai teman. Tetapi semalam yang telah berlalu terlalu banyak untuk aku lepaskan semuanya tanpa punya rasa apa-apa. Jujurnya. Aku sendiri keliru adakah itu kerana kau atau kerana memori yang terlalu banyak mungkin juga hari ini yang sudah terlalu asing beza. Mungkin aku rindu pada moment bukan pada ahlinya. Entah. Kadangkala ia datang mengetuk ngetuk minda, menyata ingatan dan kesedihan. Tiada apa selain. Terus mencuba dan mencuba. Melepaskan dan berbahagia dengan jalan yang ditebarkan. Semakin dekat tarikh itu, semakin jelas yang lalu. Yang lalu tetap berlalu. Secara jelas dan nyata sudah tiada tempat untuk itu. Terlalu pantas. Sedang aku sudah tahu akhirnya lama dahulu. Segalanya yang tiba-tiba masih belum jujur. Selamat. Moga bahagia. Tahniah. Selamat tinggal

Mempunyai 'sesuatu' untuk menjadi 'seseorang'

Setiap dari kita akan melalui fasa jatuh tak mampu berdiri. Fasa terlalu sakit. Hilang dan hilang. Sehingga rasa sendiri tiada.  Dan setiap fasa yang datang akan pergi meninggalkan kita. Sendiri. Tak perlu bimbang makanya. Terus berjuang! Aku bercerita tentang perjuangan walau aku seorang yang kalah. Kalah pada rasa kecewa jatuh dan ditinggalkan. Aku tidak menghadirkan manusia baru yang banyak kerana kecewa kecewa yang dulu melemahkan.  Cita-cita adalah satu satu hal yang sering aku angan dan fikirkan. Kerana aku sudah berhenti untuk menyertai penaruhan hati dan perasaan. Sudah tidak punya hati.  Sekarang tiba fasa untuk menyusun hari dan kehidupan. Seriously susah dan payah. Tapi demi dunia dan keinginan yang aku cita-citakan sekali tidak boleh aku untuk membiarkan jatuh itu hal yang mengganggu. Aku gemar begini. Bekerja dengan fikirkan aku aktif memikirkan strategi menyusun perancangan seterusnya. Aku suka. Idola aku adalah wanita sofistikated. Mempunyai kela