Posts

Showing posts from March, 2013

empat tahun. dah empat tahun

Main truth and dare dengan kawan kawan aku Aku pilih truth sebab aku belum cukup berani untuk dare ha ha ha Fel tanya inspirasi aku untuk menulis siapa. Jawab aku dia. Bukan fel tapi dia haha. Dan saat aku duduk sejenak siapa inspirasi aku untuk menulis Sebenarnya itu dia si hidup aku. Jalan cerita empat tahun ini inspirasi aku. Sebaru cuba tiga hari sudah ada berantakan Maka kenang kan aku ini empat tahun yang lalu. Hamparan jalanan ini yang aku lalu. Bagaimana berantakan hancur lagi ranap aku Betapa aku hilang apa makna hidup Betapa aku hilang definisi sebenarnya. Dan kini tiba waktu berantakan aku sudah ruah Sudah melimpah. Aku pohon beri aku ruang untuk aku cari. Dikit sahaja Bukan tidak aku bersyukur. Dah lunyai aku mendengar tekanan syukur itu. Yang kerana syukur itu aku disini Syukur bukan titik untuk aku dungu tanpa lakukan apa apa Tak perlu resahkan apa apa Tak perlu bicara apa apa Aku susah terbiasa Ni yang dicerita aku dulu Terlebih dahulu merasa
aku. manusia yang selalu di kejar masa hadapan kejar dengan penuh rasa ragu paranoia. sumbat telingat dengan earphone volume paling tinggi lagu sama ulang-ulang hanya bunyi bising sumbat. escapism aku memang suka lari selalu sampai satu titik aku hanya ingin duduk tanpa lakukan apa-apa saat itu aku terlalu dikejar dan aku letih untuk berlari buku dan baca yang juga dulu teman aku saat aku mahu lari juga seolah dah bosan menyampah dengan karenah aku tak mahu mendekat dan dah tak mahu bawa aku pergi. terfikirkan tentang apa aku dan.. siapa aku. pada  jalan ini. entah la. dah puas merungut menghentak aku ini manusia apa tanpa syukur satu rasa kepuasan kedapatan tentang sesuatu. entah la.. otak aku ditosok macam macam merejam terkumpul satu menyatu masam pendam keras jadi batu. aku cari jalan yang aku mampu nampak depan itu destinasi memanggil aku bentuk aku jadi aku. aku mahu aku
pertama! happy birthday diri sendiri pada 123 hari tu kedua! betapa birthday itu hanya sehari yang punya siang dan kemudian malam yang sama seperti sebelumnya. tak mengharap apa-apa tapi tertunggu jugak sesuatu berbeza. aha! si perasan semuanya sama. ketiga muka makin hitam. legam, telap legap pheww... empat masa berjalan berkejaran terlalu pantas dengan kerja melimpah ruah yang tak terkejar saat macam ni mula aku rindu kita yang dulu dan Alhamdullilah Allah itu Maha tahu. DIA hantarkan senyuman buat aku. dalam keadaan tanpa stabil ini DIA ada sentiasa. walau seketika, walau sekadar pinjam tapi cukup. cukup cukup. sudahlah  aku sengaja je tulis ni sebab nak rest kejap. oke nak pergi sambung buat kerja balik..

itu, tetap yang satu

hanya dengan sebaris ayat walau lewatnya bagai sudah tiada apa makna walau hanya sekadar kata biasa walau enteng dipandang tetap itu yang aku tunggu tetap. aku nantikan kembali masa dulu. aku tahu kau tak akan datang. aku panggil pandangan ini untuk ke arah lain ke sudut beza yang ramai. tapi tetap tetap aku nanti kan itu  satu. atas satu baris  yang meruntun yang tahu. yang faham.  berilah seberapa banyak ganti tak pernah ada serupa dan sesungguhnya aku rindu masa lalu bila saat ini sangat aku perlu hanya kata satu kata di dengar yang di aku cerita dari itu yang tetap itu satu.  aku tahu tak mungkin  aku tahu tak mampu

berani dua

ehem! makin lama makin kontot post aku haha persetankan sebab bicara yang lebar bukan kayu ukur pada bernas bicara yang penting apa yang kau nak cakap dan apa yang orang interprate. duk cakap lebat bahasa gramatis bagai tapi  yang mendengar tahap budak akai tak panjang tak guna jugak. aku rasa macam nak sambung cerita lebat pasal hari tu .. post berani. hang pi cari sendiri ah. aku malas nak letak link. semenjak menjak masuk tahun ni semangat untuk perjuangkan mentaliti aku menjadi jadi haa.. cakap pasal mentaliti. sampai ke sudah tak boleh nak habis aku terlalu impikan aku dan mereka sekeliling punya mentaliti  bebas bebas dari prejudis syak wasangka rasis dan judgemental mentaliti masyarakat dunia yang menggunakan otak untuk alat berfikir bukan sekadar alat yang dipunya sekadar sebagai perbandingan bersama binatang supaya nampak hebat daripada binatang sayang. mencari yang salah terusan dan menTuhankan manusia tanpa tersedarkan. bila lagi kita mahu terima yang p
Saya tahu saya mampu Selagi tak diuji mana mungkin boleh saya buktikan Atas apa saya lakukan Hanya Tuhan berhak jurikan

nota

sedikit. nota ringkas kesalahan yang banyak kali di ulang lagi dan lagi sampai malam tadi berhenti. bergerak ke lain destinasi. lain punya hati.

asa

putus asa. ya ada sedikit sekelumit. rasa putus tak tertanggung tak mampu berat menghenyak menghempap. aku rasa mahu lari jauh. aku rasa mahu tarik diri. tak sanggup tak kuat.

Jatuh cinta

Sedang jatuh cinta Mata yang tak pernah tertacap Bibir tak pernah bicara Hanya maya buat kita kenal kita Bicara tentang cerita cerita kita jiwa kita Cerita yang tak sama tapi serupa Senada Cari. Tapi cuma aku hanya mampu lihat dari jauh..

Berani

Berani Saya dahulukan dengan ketawa Ketawa dengan diri kita. Petik kata kata marina mahathir Democracy means being respectful of diversity and dissent, not "let's make sure only we get in and nobody else has a chance" Untuk menjadi sama kesemuanya lebih baik kita menjadi robot yang diprogramme untuk tugas yang dikehendakkan. Tapi ingatkan robot juga sampai tahap akan rosak akan berhenti punya fungsi. Sila pergi dengan idealisme yes boss saya yang menurut perintah Kau punya otak untuk fikir yes punya apa. Jangan tak usah berhenti. Jangan tak usah berhenti saya sarankan diaplikasi oleh mereka yang perjuangkan bangsa dan suara Saya mohon mereka jangan, tak usah dan sila berhenti. Selagi mana kita ini. Diri kita ini tidak berani berdiri untuk kita punya diri. Selagi itu juga kita ini perlu berhenti untuk berani pada orang lain. Sila jemput persilakan mati. Apa guna jadi pencacai pengecut perjuang dari dalam. Sedang diri kita tak mampu kita puaskan apa lagi ora