aku.
manusia yang selalu di kejar masa hadapan
kejar dengan penuh rasa ragu
paranoia.

sumbat telingat dengan earphone
volume paling tinggi
lagu sama ulang-ulang
hanya bunyi bising
sumbat.
escapism

aku memang suka lari
selalu sampai satu titik aku hanya ingin duduk tanpa lakukan apa-apa
saat itu aku terlalu dikejar
dan aku letih untuk berlari

buku dan baca yang juga dulu teman aku
saat aku mahu lari
juga seolah dah bosan
menyampah dengan karenah aku
tak mahu mendekat
dan dah tak mahu bawa aku pergi.

terfikirkan tentang apa aku
dan.. siapa aku.
pada  jalan ini.
entah la.

dah puas merungut
menghentak
aku ini manusia apa tanpa syukur
satu rasa kepuasan
kedapatan tentang sesuatu.

entah la..
otak aku ditosok macam macam
merejam
terkumpul satu
menyatu
masam pendam
keras jadi batu.

aku cari jalan yang aku mampu nampak depan itu destinasi memanggil aku
bentuk aku jadi aku.
aku mahu aku

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya