Posts

Showing posts from May, 2014

Nama

Ada satu nama yang sedari semalam Dicuba aku padam lalu tidak mahu hilang Nama pada dinding kekal Diukir kemas kenangan tertusuk dalam Ada satu nama yang sedari semalam Tergiang ngiang berlagu di cuping hariku Berdesing memecah gegendang harap Pada kepulangan memecah suram. Ada satu nama yang sedari semalam Dibibirku tersenyum Dimindaku terngiang Dihatiku tertanam Ada satu nama yang sedari semalam Milik kamu menghantuiku.
Tulis. padam tulis padam. tulis. padaammmmmm

cita-cita

Sebelum habis belajar. aku ada satu cita-cita backpacking. seorang. kl-arau-kl. may Allah ease. Tolong ingatkan aku kalau aku lupa. Aku sangat perlukan masa untuk aku dan aku.

Monolog aku

Celaka adalah apabila kau tak mampu untuk sapu air mata pada pipi ibu ayah kau. Celaka sungguh. Melihat sekeliling aku jadi benci sama mereka Aku benci sama manusia-manusia yang saudara mereka adalah bila senang dan kenyang. Amarah aku jadi menggila melihat sama perilaku-perilaku celaka semuanya. Biar kedana asal bergaya. Kepala bana kau jahanam semua! Aku menjual itu. Aku ambil upah sana sini Buat itu buat ini Untuk kehendak aku. Bukan keperluan yang aku perlu. Kerana tak mahu aku membeban ayah ibu. Tak bukan mahu aku canang baik aku ini untuk mendabik dada mata kamu Cuma mahu kamu tahu yang senang itu tak senang tak cukup sekadar cerita cerita. Dan kau sedang bersenang lenang sama kehendak kau dengan wajah kasihan. Sakit aku bila diceritakan tentang jerit perih ibu ayah untuk senang aku dan akak. Sakit bila aku rasa aku tak mampu untuk kembalikan jerit perih mereka. dan Sakit aku lagi bila diguna-gunakan mereka oleh mereka mereka. Sakit kau tahu sakit? Jerit

bulan

"Jika merindukan kamu adalah satu dosa. Maka hadirnya kamu juga satu dosa. Mana mungkin aku berdosa rindukan kamu jika kamu tidak pernah berdosa hadir dalam hidup aku lalu membuat aku rindu." Malam ini, bulan masih lagi sendiri. Entah bila mahu berteman.

Kepada Lelaki Manis.

Merindukan sesuatu yang entah ada entah tidak Kadangkalanya kau datang mengucup ubun-ubun hari ku kemudian kau tinggalkan sopak luka di dada ku. Kadangkalanya kau datang mengelus rambut malamku saat dinihari sepi kau tinggal biar aku sendiri. Kadangkalanya kau menepuk bahu menahan aku dari terus berlari dan saat aku menoleh kau sudah berpaling meninggalkan aku lagi. Dan Kadangkalanya kau mengetuk mimpi malamku dan membiarkan aku terjaga sendiri. Di setiap hadir kamu yang entah ada entah tidak aku masih tetap menunggu menanti sehingga saat aku mahu pergi kau menahan aku lagi dan meninggalkan aku setelah lama aku sambung berjalan mahu menjauh dan kau datang menahan aku pergi Lantas bagaimana lelaki manisku? mahu aku ini jauh dari kamu dan saat serupanya kau tetap menghantu malam-malam ku mahu aku lupa pada kamu dan setiap saatnya kau mengetuk-ngetuk lagi hati aku. Lelaki manisku. Engkau terindah yang manis pernah aku ketemu. Dan lelakiku nanti bukan lagi kamu

Ambitious

Haloha Seminggu lagi exam. Yeah sepatutnya time ni gua chillout lepak goyang kaki. Atau balik rumah. Everyone keep asking me how on earth gua stay. Damn you Damn me. Esok hari ibu kot. Ibu..... sobs3. Telefon akak tadi tanya aku patut balik atau tak. Dan akak bagi keputusan muktamad iaitu of course tak. Redha dan pasrah. Well memang patut pun. Kali ni exam bukan macam sebelum ni. Well even sebelum ni aku selalu cakap benda yang sama. Tapi yang ni real punya. Kau tahu.. markah asaimen aku rendah. So, aku kecewa tahap gaban yang redha se redha redha nya. Nak study ni pun macam nak tak nak je. Stress. Markah rendah dan hopeless. Dengan praktikum hari tu yang macam entah apa-apa. Aku agak down. Impian untuk first class aku lebur dah la agaknya. Nangis. T_T I'm sorry ibu and ayah. I couldnt make it. Sekeliling aku duk cerita pasal kawen. Roomate coming soon, bestfriend aku pun dan beberapa orang batchmate yang bakal dan sedang menghampiri fasa baru itu. Tahniah! Sem 7 nak ke Se

Baik

Baik itu subjektif kan? Macam masa belajar subjek nilai etika sem lepas. Baik itu didefinisikan sebagai suatu benda yang kita suka. Well mana ada orang suka benda jahat kan? Terpulang pada kita nak menilai macam mana. Tetapi nak dibandingkan saya dan awak. Saya tidak baik. Tak cukup baik untuk mengimpikan sesuatu yang terbaik. Atas khilaf dan segala kekurangan Saya hanya mampu simpan dan biarkan. Tolak ke tepi perihal itu dan memandang terus keutamaan visi. Masa depan dan cita-cita. Saya hanya mampu cerita untuk ketawa Kerana ... ada perkara kita perlu terima dia mustahil untuk kita. Berpijaklah pada bumi, Nyata.

Back

Praktikum dah settle. Macam tak percaya pun ada. Tapi peduli apa sama percaya yang penting aku dah settle Praktikum. Bak kata orang putih " Yang berlalu dibiarkan berlalu." Dengan itu disini tidak lah aku berniat untuk cerita pasal perihal yang lalu. Aku belajar untuk jadi manusia yang terus ke hadapan kah3. Lately banyak jugak kad undangan yang aku dapat Tahniah semua tahniah! Aku? Rileks la berader kan gua dah cakap gua nak pi gig dulu. Gua nak travel. Yang penting gua nak kaya! Hahaha. K.lah gua nak chiow kepala sudah spinning gasing. Burrr