Ambitious

Haloha
Seminggu lagi exam.
Yeah sepatutnya time ni gua chillout lepak goyang kaki. Atau balik rumah. Everyone keep asking me how on earth gua stay. Damn you Damn me. Esok hari ibu kot. Ibu..... sobs3.
Telefon akak tadi tanya aku patut balik atau tak. Dan akak bagi keputusan muktamad iaitu of course tak.
Redha dan pasrah.
Well memang patut pun. Kali ni exam bukan macam sebelum ni. Well even sebelum ni aku selalu cakap benda yang sama. Tapi yang ni real punya.

Kau tahu.. markah asaimen aku rendah. So, aku kecewa tahap gaban yang redha se redha redha nya. Nak study ni pun macam nak tak nak je. Stress. Markah rendah dan hopeless. Dengan praktikum hari tu yang macam entah apa-apa. Aku agak down. Impian untuk first class aku lebur dah la agaknya. Nangis. T_T I'm sorry ibu and ayah. I couldnt make it.

Sekeliling aku duk cerita pasal kawen. Roomate coming soon, bestfriend aku pun dan beberapa orang batchmate yang bakal dan sedang menghampiri fasa baru itu. Tahniah! Sem 7 nak ke Sem 8 ni memang musim lah reramai naik pelamin. Tahniah semua. Don't ask me. I've no answer

Aku sekarang duk tengah fikir untuk further study. Too ambitious? Wajib. Aku nak cari course untuk master yang boleh bawak aku keluar dari bidang di sekolah. Aku perlu profesion yang dapat menarik aku jauh ke peringkat lebih tinggi dengan target utama adalah untuk ibu ayah. Aku berharap sangat aku mampu untuk buat ibu ayah senang. Aku boleh bagi je semua yang ibu ayah nak. Dan untuk itu tiada sedikit pun kesilapan yang boleh aku buat. Lagi-lagi untuk sisa akhir ni. Jadi untuk perihal yang sedikit itu mudah sangat untuk aku rasa down bimbang dan takut.

Bila aku lihat sekeliling. Bila aku baca dan memerhati, sedih gila rasa bila aku tak jumpa dalam ruang tubuh aku yang berharga untuk aku jadikan aset ke hadapan. Inteleknya tidak, fizikalnya tidak emosinya apatah lagi. Aku jadi cemburu melihat mereka-mereka yang secara semulajadinya sebegitu dan sebegini. Mudahnya. Dan aku masih lagi terawang dan mencari.

Satu-satunya misi aku. Aku mahu berjaya untuk ibu dan ayah. Bagaimana? Bagitahu aku. Aku mahu tahu.

Comments

Popular posts from this blog

minimalis

notepad, nota pelekat cinta kau 3

change