Posts

Showing posts from June, 2014

Kuatlah.

Aku kena kerja kuat Aku kena bertahan Aku kena kerja kuat. Untuk ayah ibu akak. Baru telefon ayah, ayah cakap kaki ayah sakit, kena operate Aku kena kuat. Aku kena belajar betul-betul. Kena kerja cepat-cepat. Aku kena tolong ibu ayah Aku tak boleh bergantung pada sesiapa. Aku kena berdiri sendiri Aku kena kuat. Aku kena lawan Aku kena balas jasa ibu ayah. Aku kena kuat. Aku kena kuat AKu kena bertahan Jangan tunjuk lemah. Jangan jadi lemah. Aku kena jaga ibu ayah akak Aku kena senangkan ibu ayah akak Aku kena usaha lebih. Aku kena jadi kuat kena tunjuk kuat kena nampak kuat. Aku nak ibu ayah akak senyum Aku nak ibu ayah akak gembira sebab aku. Aku dah tak boleh rehat

Focus

Selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga kita menjadi lebih baik dalam bulan mulia ini. Okey cut all the crap. Wake up dude. Hang pi clear kepala hotak hang. Kalau hang tetap macam ni sampai mampoih pun hang tak lega tak settle apa. Focus dude. First class master oversea. Firs class in this 6 month master in two years oversea in 5 years. or maybe more than just being a teacher. You are the best among the best. Kau budak cikai yang tak pernah seumur hidup dapat straight a kau kat sekolah kaki ponteng muka selalu failed pemalas nak mampos kau bukan best student macam kawan kawan kau. Kau datang sini bukan dengan pilihan kau kau budak yang pandai cakap tak reti buat kau pandai bermimpi tapi tak sedar diri. Oke now on. pergi tampar pipi kau kiri kanan. bagi sedar sikit. senang tak akan jatuh bergolek. Demi ibu ayah akak Pergi bunuh kepala bana yang tak guna. Focus dude focus atau kau dengan senang hati boleh pergi jahanam.
Di satu sudut si gadis bertemankan mimpi-mimpinya menengadah langit menghirup bau-bau bingit manusia yang mengetepikan dia. Kepercayaan lapuk dia tentang memberi tentang memperjuangkan itu semua menghimpit dia dalam gelap yang menyensong. Melihat pada bintang-bintang yang ramai dan bulan yang terang buat dia tahu mengharap adalah celaka.

Nikmat menjadi bodoh.

Dulu aku selalu percaya yang kejayaan seseorang itu adalah disebabkan dia dilahirkan untuk berjaya. Aku rasakan yang kejayaan adalah sesuatu yang telah ditakdirkan. Sejak dari sekolah rendah aku cuma seorang pelajar biasa yang pencapaiannya tahap sederhana. Selalu aku rasakan yang aku tak mampu untuk jadi sehebat kawan kawan aku yang lain kerana aku tak ditakdirkan untuk bijak seperti mereka. I've to struggle to understand every single things that ive learn in class. Masa darjah empat aku pernah gagal paper bahasa inggeris Aku pernah turun kelas masa darjah 5 Aku tak faham konsep bahagi masa aku darjah tiga dan sampai darjah 6 aku still failed bab sifir. Masuk sekolah menengah banyak je matapelajaran yang aku dapat c dan d. Masa form 4 aku dapat c math mode yang pada orang lain senang macam kacang goreng. Masa form 4 juga semua subjek sains stream aku selalu failed dan markah add math pernah tak lebih dari 10.  Subjek booth aku failed nahu saraf masa form 5

Kerja

Hari ini aku rasa, perkara yang mengkhayalkan dan menyeronokkan adalah kerja kerja dan kerja dan kerja.

First

Minggu ni last cuti. Ah sentap. Tak apa satu lagi tinggal. Teruskan perjuangan. Tadi encik pengajar hantar mesej Dan terus senyum terlakar dibibirku haha Aku dah tak fikirkan semester lepas Sasaran aku adalah yang terakhir nanti Hadiah yang aku usahakan sejak lima tahun yang lalu Semoga Allah permudahkan. Tiada apa yang lebih indah dari kegembiraan buat mereka. Sasaran untuk menjadi yang terbaik hanya buat mereka bangga. Supaya tidak lagi nanti mereka dipandang enteng manusia manusia durjana Biar nanti lelah mereka terubat. Biar penat mereka terbayar. Walau yang aku usahakan ini hanya sekelumit cuma. Aku mahu namaku bergema sebagai anakanda mereka kerana aku bangga. Bangga menjadi insan dilahirkan mereka. Aku cuma kain putih kosong yang mereka corakkan dan apa yang ada pada kain kosong ini semuanya adalah kerana corakkan mereka. Untuk ibu ayah akak saya. Doakan saya berjaya ke penghujung. Sedikit masa lagi saya mahu kain kosong dicorakkan ini mampu memberikan hasil pena

Sayang

Sayang, Aku punya cela terlarik-larik pada    pipiku    jemariku    jiwaku. Sayang, Aku sedang menantikan kau datang dan memeluk aku dalam depang dadamu. Tutupkan telingaku sayang bingit ini mengganggu aku untuk terus menyeru namamu Sayang, Dengari aku bulan sudah makin jauh untuk teman aku lagi bintang juga sudah gugur bersama hujan di pipiku. merindukan mu ini sakit benar sayang. Sayang, kau ada dimana? Kembalilah pada aku.

Malam

Buat yang teristimewa Hadirkan benci aku pada kamu Dan aku akan tetap merindu Dalam senyap yang gelap tanpa bulan Di sudut ruang batu empat segi kaku Yang sama sejak kau datang dan mencuri hatiku.

Satu nama

Ada satu nama tu yang banyak kali aku padam delete clorox masa lagi di situ Jadi aku rasa biarkan lah dia selama mana dia mahu Walaupun aku tahu yang menentu itu adalah aku Aku yang berhak untuk simpan atau jahanamkan. Tapi tetap nama itu di situ. Sehingga satu masa nanti Dia jumpa bidadarinya dan aku akan melepaskan. Untuk waktu itu izinkan dulu aku bermanja sama harapan-harapan palsu yang aku bina sendiri juga perhatian-perhatian yang dia lemparkan dan ketawa ketawa yang dihamburkan aku cukup bahagia dan merasakan cukup dengan perihal yang semudah itu datang dan perginya hilangnya sering kali aku harap berkekalan namun sayangnya tidak. maka sejuta kali pun kau mahu pergilah datanglah selagi mana kau mahu aku merelakan sehingga nanti kau jumpa bidadarimu kau pergilah aku merelakan kerana sejak mula lagi aku sedar kau dan aku bukanlah satu.

We talk

We talk about Music Film Politics Scene Artist Dream Imagination Stars We talk about Future Ambition Photo Graph Y Sports Football Liverpool Man u Chelsea We talk about Frenchlist Calm Calm Water Smile Study Exam Work Suffer We talk about Smile Laugh Cry Sad Happy Annoyed Cool Scare Worries We talk about Everything Nothing More Than Loving And Waiting. We talk about Everything We Can So I Just Need We That We Talk About Not A Thing We Can't

Dia

Dia yang mengetuk malamku menjadi bintang yang terang pada dada langit gelap Dia datang saat aku ragu ragu Dia datang saat sekitar  paksa untuk aku melupa Dia datang tika aku sedia ketiadaan dia. Dia dan senyuman semanis gula Buat aku khayal tiap kalinya. Dia. Dia itu yang tiap harinya aku tunggu Dia yang aku jadi kan dinding buat menjauh yang lainnya Dia dia dia Dialah ketawa ketawa Penghapus air mata Yang mampu buat dada aku bergetar Jantung ku berdegup degap rancak Dia. Dia adalah insan yang dibenci aku gagal Dibiar aku sesal Dirindu aku sebal. Dia yang membuat aku senyum dengan mata cahaya Saat bercerita dan terkenang dia. Dia. Dia dan mimpi mimpinya Dia dan cerita cerita ku Dia dan bicara bicaranya Dia dan angan angan ku Dia dan ingatan ingatannya Dia dan rungut rungutku Dia dan hari harinya Dia dan impian impianku Dia. Dia yang aku panggil dia Buat aku lupa tentang semua Tangis tangis dan air mata Sakit sakit dan kecewa. Dia. Dia yang aku panggi