First

Minggu ni last cuti. Ah sentap.
Tak apa satu lagi tinggal.
Teruskan perjuangan.
Tadi encik pengajar hantar mesej
Dan terus senyum terlakar dibibirku haha
Aku dah tak fikirkan semester lepas
Sasaran aku adalah yang terakhir nanti
Hadiah yang aku usahakan sejak lima tahun yang lalu
Semoga Allah permudahkan.
Tiada apa yang lebih indah dari kegembiraan buat mereka.
Sasaran untuk menjadi yang terbaik hanya buat mereka bangga.
Supaya tidak lagi nanti mereka dipandang enteng manusia manusia durjana
Biar nanti lelah mereka terubat.
Biar penat mereka terbayar. Walau yang aku usahakan ini hanya sekelumit cuma.
Aku mahu namaku bergema sebagai anakanda mereka kerana aku bangga. Bangga menjadi insan dilahirkan mereka.

Aku cuma kain putih kosong yang mereka corakkan dan apa yang ada pada kain kosong ini semuanya adalah kerana corakkan mereka.

Untuk ibu ayah akak saya. Doakan saya berjaya ke penghujung. Sedikit masa lagi saya mahu kain kosong dicorakkan ini mampu memberikan hasil penat lelah lari larik corak dilukis diwarna.
Terima kasih.

Segalanya masih kemungkinan. Hanya dengan doa mereka dan redha yang Esa mampu menentukannya.

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya