Posts

Showing posts from November, 2012

pesanan penaja

hari tu kat facebook aku ada tengok printscreen pasal budak doakan bapak dia meninggal dan mencarut kat bapak dia sebab bapak dia tak bagi keluar.. so what the heck. dik aku ni umur 21 kawan aku ada yang kahwin beranak pinak pun tapi aku still lagi bawah kawalan ibu ayah aku.. sedangkan aku nak pergi keluar sendiri pun tak lepas. nak ikut kawan aku bersuka ria kat kl pun payah.. tak jadi masalah pun.  dik,  kau tahu dalam dunia ni kau boleh dapat semua benda untuk kali kedua atau keberapa banyak sekalipun. kecuali ibu ayah. kau tak akn ada ibu ayah untuk kali kedua. bapak kau tak bagi kau keluar bukan sebab dia macam yang kau carutkan. tapi sebab dia sayang kau. kalau dia tak sayang kau lama dah dia bunuh kau. dik,  cinta lelaki bila bila kau boleh dapat tapi ibu ayah kau tu anugerah paling berharga. kau tahu redha Allah pada redha mak bapak kau? kau jangan nak sombong sangat. takut menyesal tak sudah kau lepas mati nanti.

Arashi kun

Image
aku jugak budak perempuan biasa yang minat boy group kah3.. ini lejen kau tahu? kau tak rasa depa hensem? tapi youtube kejam. banyak mv dyorang dah kena remove. dan jpop tak sepopular kpop kat malaysia ni. even jpop ni lagi dah berkurun dah pemes. susah nak dapat update dyorang. tapi aku duk layan jugak game show depa walaupun aku tak paham sepatah habuk. haha when will they get old? agaknya depa ni makan sushi banyak tu muka muda je. Ohno dah 32 kot muka gaya budak sekolah. jun 29 masih kacak haha. apa motif aku merepek segala bagai ni? ouh.. aku tak boleh tidur dan sekarang pukul 5 pagi. morning malaysia! morning arashi!

chasing dream, late night

Image
Ibu dah bersuara sebab aku selalu tidur lambat. tapi aku tak boleh bagitahu kenapa aku tidur lambat. im not wasting my time chatting or sharing something with someone. im working. hope i can earn something. mission of dream. tetiba rindu everything happen for a year before. ha3 biar kan... biasa lah tu nak manja-manja. Allah akan sedang dan telah bagi pengganti. Gibran, Pacai. Apod and Shark. shark im waiting for you

UPSR 5A syndrome

Image
tadi dah letih tidur aku pergi selak-selak surat khabar cerita pasal budak upsr. tahniah lah bebudak sebab banyak kutip A tapi ada satu berita tu yang agak menarik. aku tak tahu lah nak ketawa ke sedih ke simpati ke. cerita pasal sorang budak ni menyorok 2 jam semata-mata sebab cikgu tak senaraikan dia dapat 5A punya lah kecoh terkejut jugak mak dengan pihak sekolah bila budak tu hilang pergi cari-cari sekali jumpa dekat dewan tengah menangis. bila tanya sebab apa dia kata dia kecewa sebab tak tersenarai sebagai calon yang dapat 5A. apa tah lagi dia cakap aku tak ingat tapi dia rasa kecewa sebab dia gagal something like that la. sebenarnya budak tu dapat je 5A tapi nama dia cikgu tercicir. cikgu pun kalau nak tercicir pergi la tercicir nama orang lain. dik, kau baru upsr dah pandai nak menyorok tak sanggup tengok mak pak kau kecewa katanya. sok spm kau dapat 8a 1b kau nak terjun bangunan? oh come on. bila benda ni berlaku aku harap banyak pihak sedar diri. A tu bukan penent

fun,

Image
sumber : google ouh kenyataan di atas ni dulu je boleh pakai sekarang tak dah. i'm glad even you are just my friend.. =) aku rasa macam dah oke kot. sebab dah letak titik yang betul-betul titik pakai marker yang tak leh padam apa pun jadi kita perlukan penyelesaian dan rumusan serta kesimpulan kan? dan aku rasa aku dah dapat semua tu. yihaa! tak salah untuk jatuh cinta atau jatuh suka kat kawan sendiri. tapi yang salah adalah untuk bersedia bercinta sebelum bersedia dengan kehidupan nyata. haaa.... apa-apa pun kita set minda kita.. kita rancang hidup kita dulu.. lepaskan diri kita dulu had fun dan happy! hari tu mungkin aku terlalu takut. terlalu takut untuk kehilangan. sampai tak sedar yang semua ada kat dunia ni pinjaman je. Allah kan tahu apa yang terbaik kan? usaha dan tawakal! senyum panjang. doakan aku dipermudahkan urusan oke? sekarang tengah perah idea untuk projek cuti sekolah ni. suka suka... walaupun adalah seorang penipu aku ni kalau aku tak r

kopi

Image
kopi. aku tak minum kopi sebab dalam hidup aku tak suka benda pahit. aku tak suka jugak gula sebab gula boleh bikin kau sakit walau manis tak semua manis itu mengembirakan kan? sekadar cukup rasa semua perisa. semua rasa... aku hanya ketagih pada benda yang menagihkan. dia mungkin? entah.

complain

Image
hari ni nak complain boleh? mungkin aku kena berhenti membaca sebab makin lama cerita yang keluar makin sama aku bosan. aku baca novel sebab aku lagi suka baca dari menonton. aku membaca sebab aku nak tengok dunia luar sebab aku rasa ruang lingkup hidup aku ni macam kecik sangat. macam klise sangat. tak bersyukur. dah malas nak cerita pasal tu. aku tengok trend novel sekarang dah jadi satu hala je sama klise bosan. aku baca sebab aku nak seronok. sebab aku nak gembira aku baca sebab aku memang suka baca. aku tak baca untuk kepala aku pusing atau pening. tak yah la buat cite payah-payah. tapi salah aku jugak.. beli buku ikut nafsu suka hati main rembat. ha.. salah aku jugak. aku bosan tengok movie sebab cerita tu tak cerdik lebih dari biasa. kalau cerita ada perempuan pakai tudung mesti perempuan tu naif gila pakai tudung serabai senget2 apa ingat orang pakai tudung ni serabai ke? pastu kalau cerita target orang kaya kena cinta dengan orang miskin. itu je lah yan

mari mula yang baru!

Image
CUTI DAH MULAAAAA.... YIHAAAAAAA!!!!!!!!!!!! mari kite berparty...bhahaha cuti dan rancangan berkuat kuasa hari ini mari susun semuanya.. agar cuti ni lebih bermakna. sekejap je kan masa berlalu..  tahun depan dah start praktikal. ketaq weh... aku tak reti ngajar.. ahhh cane ni.. baru aku terasa payah.. baru rasa bahang.. haih... macam aku selalu cakap belajar lagi mudah dari mengajar.. sigh sigh sigh.. ahhh persyaitankan semua itu.. itu kita pikir balik taun depan. taun ni kita pikir bagai mana ingin berjimba ke peringkat tertinggi. jadual satu memperkemaskan buku-buku yang sudah melimpah ruah ke ladang gandum ini nasib baik nafsu terhadap buku-buku tersebut telah aku kawal sebaiknya.. kalau tak mahu melimpah ruah ke sungai pahang nun.. nak rak buku baruuuuuuuuuuuuu....... jadual dua. mari berjimba ke kelantan. walau dah berkali pi sana tapi still asal berjalan aku mampu perjuangkannya. jadual tiga. menghab

1.27 pagi

Image

cinta

ibu, ayah saya memang sweet. selalu buat saya menangis sebab terharu. ibu ayah tahu bila saya perlukan mereka ibu ayah selalu tahu saya tak kuat untuk sendiri. Allah berikan ibu ayah untuk rasa tenang selesa... dan segalanya.. ibu ayah terima kasih.. terharu bila dapat phone call dari ayah time tengah huru hara. dengar ayah pun dah cukup.. dengar suara ibu pun dah berbaloi. ibu ayah.. maaf sebab mengecewakan. dan terima kasih sebab selalu ada. untuk apa saja... demi ibu ayah.. insyallah... aku bersyukur sebab Allah berikan mereka dalam hidup aku.. aku tak perlu lebih.. Ya Allah izinkan aku berikan kejayaan dan kesenangan untuk mereka. amin.... ibu ayah cinta saya sampai mati. dan dia walau jauh walau sememangnya jauh.. tapi ada ketika dia datang. terima kasih.

never

Image
hope so

cerita aku

dulu masa sekolah rendah aku tak ramai sangat kawan masa darjah satu sampai tiga lah terutamanya. orang tak suka kawan dengan aku. ada seorang budak tu.. dia kira comel la kat kelas aku. dia tak pernah tegur aku.. dia macam tak suka aku. mungkin sebab aku tak comel and cantik macam dia. lepas tu selalu aku akan duduk belakang selalu dekat hujung belakang. tempat yang cikgu tak sedar aku ada. kenapa entah tak ada jawapan. dulu aku tak ada la bulat sangat macam sekarang cuma kalau dibanding dengan budak sebaya dengan aku.. kira kind of besar jugak .. sebab aku tinggi dari deorang so since tu lah orang duk ejek aku.. gemuk. and aku dah letak mind set aku yang aku gemuk. even bila aku tengok balik gambar-gambar lama tak ada la tahap obese bulat-bulat. kalau tengok gambar aku dulu2 memang aku pun tak kenal diri aku sendiri hue hue hue.. disebabkan aku duduk belakang dan terpinggir selalu aku tak jadi point of attention cikgu. entah apa aku belajar pun aku tak tahu. y