Posts

Showing posts from April, 2018

#921

Sebanyak mana pada gusar hilang. Sebanyak yang sama pada percaya. Yang sedikit itu, limitasi yang tidak terlalu berat bukan? Setenang mana juga yang dilihat pada riak. Tidak setenang dasarnya jiwa. Kita percaya lalu kecewa. Kita percaya lalu tiada. Kita menanti lalu pergi. Kita menanti lalu sendiri. Masa, waktu, saat beri momen momen yang ada tikanya esok hari adalah yang paling menakutkan. Wasangka meraja, getar tak terasa sekejap detiknya. Manusia, dan alami sifatnya tidak abadi. Dan akhirnya dari awal sedari tadi, untuk apa mulanya, sedangnya hingga akhir. Untuk bagaimana? Ketahuilah dengan paling jelas. Besi ini bisa lebur. dinding ini rapuh. Cuma buih dibawak ombak besar nyata terus hilang bertemu pantai. Lalu lenyap kembali yang abadi.

#935

Kita selalu nak orang faham apa kita rasa. Kita selalu kecewa bila expectation kita terhadap orang atau orang terhadap kita tersasar jauh. Kita dan orang. Buka ke kita adalah tentang saya, aku, ana, watashi, na, me? Gelar yang banyak menunjukkan satu. Sedar tak sedar dah masuk tahun ke empat aku hidup sendiri. Sendiri yang dua kali seminggu baru pulang ke rumah ibu ayah untuk dua hari. Kadang mahu sampai tiga minggu. Begitu ulang alik. Yang selalunya sendiri. Tidak bercakap dua tiga hari. Itu normal Sendiri yang jatuh bangun, sendiri. Dan Terpaling penting adalah tentang bagaimana menjadi aku, saya, ana, watashi, na, me tanpa memikirkan engkau mereka dia atau sesiapa. Ternyata... ternyata hidup ini bukan hal yang mudah. Tanya pada bantal basah apa rasanya untuk lecun setiap hari. Tanya pada dinding buta apa wajah pudarnya waktu. Tanya pada malam gelap apa riuhnya esak bisu. Kerana itu... Yang selalu kita itu, Hampir saja menyerah segalanya. Melepas tubuh pada lautan da

#932

... yang tinggal lembaran kosong.