#935

Kita selalu nak orang faham apa kita rasa.
Kita selalu kecewa bila expectation kita terhadap orang atau orang terhadap kita tersasar jauh.
Kita dan orang.
Buka ke kita adalah tentang saya, aku, ana, watashi, na, me?
Gelar yang banyak menunjukkan satu.
Sedar tak sedar dah masuk tahun ke empat aku hidup sendiri.
Sendiri yang dua kali seminggu baru pulang ke rumah ibu ayah untuk dua hari. Kadang mahu sampai tiga minggu. Begitu ulang alik. Yang selalunya sendiri. Tidak bercakap dua tiga hari. Itu normal
Sendiri yang jatuh bangun, sendiri.
Dan
Terpaling penting adalah tentang bagaimana menjadi aku, saya, ana, watashi, na, me tanpa memikirkan engkau mereka dia atau sesiapa.
Ternyata... ternyata hidup ini bukan hal yang mudah.
Tanya pada bantal basah apa rasanya untuk lecun setiap hari.
Tanya pada dinding buta apa wajah pudarnya waktu.
Tanya pada malam gelap apa riuhnya esak bisu.
Kerana itu...
Yang selalu kita itu,
Hampir saja menyerah segalanya.
Melepas tubuh pada lautan dan bagai buih yang dibiarnya hanyut ombak atau pecah satu persatu menghempas persisir pantai.
Hampir tersangat hampir.
Benda putih dipacak menyerah dan membiar segala, seolahnya Tuhan, lakukan apa sahaja tidak daya lagi untuk meminta atau menyelamatkan diri. Hentikan semuanya. Aku kalah.
Tetapi itulah... hidup tidak gemar yang mudah. Apatah lagi kalah dan menyerah.
Ditunjalkan juga, ditolak tarik lagi.
Berdiri juga, berjalan juga walau diseret kasar, walau merangkak. Walau parah bagaimana.
Dan lama-lama engkau, mereka, dia dan sesiapa kian pudar.
Yang ada saya, aku, ana, watashi, na, me.
Mereka kata itu bahaya.
Katanya membunuh. Bilang lagi manusia tidak begitu normalnya. Perlu riuh ramai bagai damaj yang dihuni camar di tepi pesisir.
Mereka berkata lagi dan lagi.
Sedang sudah tiada lagi engkau, mereka, dia dan sesiapa
Yang tinggal cuma saya, aku, ana, watashi, na, me.
Maka, pergi juga kata mengekori dan percaya bukan lagi yang mudah. Oleh sesiapa;
Selainnya

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya