Posts

Showing posts from January, 2012

notepad stickies conteng

weeehoooo.... tercabar aku nengok aniq up entry aku tak up... kah3.. tak ada amenda aku nak tulis  buku nota conteng2 dah berada di tangan ekekeke.. thanx fadli.. nanti aku up entry khas nota contengconteng and family. dan kegunaanya kepada aku seperti yang di arahkan encik contengconteng hahah 'diarahkan' tu tak boleh belah. macam bese tindakan pembelian aku mendapat tentang hebat teman-teman seperjuangan.. kah3.. ye ye tau.. lepas ni aku tak beli buku dah.. bukan janji tapi pasti aku kena saving sampai hujung sem ni.. kena tahan ikat perut. salah-salah kena tahan ikat nafsu.. ikat mata dan ikat hati pada buku.. ouh kejamnya dunia ini.. ah drama!. nak bayar macam-macam haila. pheewww kesat pelu sambil merenjiskan ke tingkap.. orang bawah yang kena titisan masin itu semoga merindui aku. hahaha sebelum ini aku boleh lagi ngelat borong buku tapi kini tidak lagi.. sebab aku dah tak niaga dah rest.. sekejap. sebab aku still tengah cari suplier.. aku nak barang kua

saya pemalas

Image
saya pemalas saya malas cari barang yang saya cari bila tak jumpa barang yang saya cari tu saya malas tutup laptop kalau saya rasa mengantuk nak tidur masa saya tengah on laptop saya malas ikut orang shopping barang yang mereka tak nak shopping saya malas tunduk ambik barang yang saya langgar lalu terjatuh saya malas nak angkat baju kat luar bila saya baru jemur dan hujan turun saya malas tunggu orang yang suruh saya tunggu dia saya malas nak offline bila saya tengah online saya malas update blog saya bila saya tak ada benda nak tulis sampai saya naik marah saya malas bila saya disuruh untuk tidak malas. saya malas untuk jadi diri saya bila saya sedang malas.. saya malas up entry baru sebab saya malas cari gambar kat google untuk entry saya sebab saya tak pandai amik gambar cantik-cantik sebab saya benci tengok link within tu keluar signature je. p/s: saya malas bila saya cuba tipu seketul daging yang gagal ditipu untuk hentikan diri dari terus menipu.. sigh!

angguk kepala aku

Image
tutup telinga guna headphone hadiah aku bagi tahun lepas. volume maximum angguk kepala youtube mainkan lagu ini

perkataan kurang rabu

Image
i cant write.

tengah pagi

morning! pukul 4 pagi ini betul betul perkara rare aku bukan baru nak tidur tapi aku baru bangun tidur ini semua gara-gara tidur awal elektrik tak ada semalam! up entry untuk kasik tahu aku dah bangun itu saje.. sekian.. yeah 10 pagi girl's day out dah lama tak berjimba ni... i like i like.. ye la aku kawan dengan orang besar-besar nak jumpa kena buat appointment amboi.. tak menahan.. target utama tahan diri dari dihabiskan untuk membeli.. buku misalnya.. ouh mungkin perlu satu. aku dah naik gila tengok web jemari seni, fixi, lejenpress, kerya seni, kaki novel and general book, itu tak termasuk yang kat facebook tu.. ah! oke perlu habiskan yang lama.. oke satu je.. aku beli satu je nanti.. please? dah la nak pergi layan vanilla coklat semalam ayah layan kiah pekasam tak dapat aku nengok vanilla coklat. boleh tahan hensem jugak aiman tu... hahaha gatai!

saya ada kawan

Image
saya ada kawan yang betul-betul saya anggap kawan yang tahu apa yang saya suka yang sokong apa yang saya minat yang tak pernah kutuk apa yang saya buat saya ada kawan yang buat saya ketawa tiba-tiba bila teringatkan dia yang sebenarnya jurus skema dan kadang-kadang comel yang kadang-kadang buat saya terharu saya ada kawan yang gila sanggup dengar  cerita saya ingat cerita saya layan kepala saya. buat saya senyum saya ada kawan yang buat saya rasa saya kawan dia yang buat saya takut hilang dia yang penting pada saya yang saya tunjuk siapa saya yang saya jadi saya saya ada kawan yang saya harap akan tetap ada dengan dia selamanya, saya ada kawan yang buat saya rasa saya tak seorang dan saya rasa saya ada kawan.. kawan saya terima kasih nyte! p/s:

fenomena

tadi pergi shopping barang sekolah hueh hueh hueh sekolah lah sangat. pergi beli benda2 yang perlu. ye lah paling kurang tak ada aku rasa bersalah nak menjoli duit tu nanti. at least ada jugak aku guna pada jalan kebenaran. hajat hati nak pergi usha buku anatomi dengan etnik dah beli barang apa patut dengan yakin melangkah ke popular aku tak suka orang ikut aku pergi kedai buku. sebab aku tak boleh lepak lama-lama nanti pastu banyak la pulak sale buku worth knowing everything dari rm30++ jual rm9.90 je.. aku ragut terus pastu pusing punya pusing punya pusing buku reference untuk yang tinggi dari sekolah tak ada dengan aircond tak ada... dengan orang berlapis-lapis.. sampai trafic jam. terus gi kaunter sekali tengok orang beratur sampai keluar give up aku letak buku tu balik walau berat hati sob3.. ape kejadah nya aku cerita semua ini kejadahnya adalah kerana. keadaan ini adalah sesuatu yang luar biasa dapat kita lihat dalam kedai buku selalu kalau aku pergi siap

kau

orang yang benar mencintai anda akan pergi bila anda tidak mempedulikannya dan akan datang saat anda memerlukan... jika ada insan ini dalam hidup anda... jangan lepaskan dia.. p/s:  dari semalam otak aku pusing. pikir tentang sesuatu... tak tau apa. cuma serabut ...... haih... YA ALLAH berikan aku kelapangan... pape pun aku dah sampai umah... elaun dah ada... perlu cari sesuatu...

habit minit akhir

Image
aku ni memang manusia minit akhir. pada aku setiap masa waktu ketika itu berharga jadi sebelum tiba masa sesuai maka aku tak akan buat benda tu sebab? aku kena buat perkara lain. kira mudah kalau benda kena hantar or setle hari jumaat minggu depan.. jadi kenapa perlu berpusu isnin minggu ini.. mari tengok movie online.. atau aktiviti riadah yang lain.. ingat... riadah itu aktiviti berfaedah tidak membuang masa contoh: aku perlu balik hari jumaat dengan menghantar buku kuning keluar maktab oleh yang demikian buku itu perlu dicop jadi.,. disebabkan aku perlu balik hari jumaat. maka buku kuning masih boleh dicop pada hari khamis... malah sebelum balik. namun begitu aku manusia mudah lupa lantas esok perlu balik dan hari ini hari khamis seterusnya aku masih tidak menghantar buku kuning.. jadi adalah mengakibatkan esok huru hara.. ahhh dem gile! sedap sangat makan keropok dengan air bandung.. marah nie! namun begitu walau apa jua yang kita lakukan kita perlu tenang... contoh lag

post title

Image
sedang rancak .... (dah aku tak ingat apa aku nak tulis tadi, merayap merata sampai lupa nak tulis apa, haih tak suka betul.. aku rindu nak tulis tapi idea dah terbang lari. tengok lah kalau esok datang balik. jadi apa topik hari ini.. urmm aaa..uuu eee... tengok je lah gambar ni. kawan aku ada cakap lelaki lagi pentingkan kawan dari kekasih perempuan pulak lebih pentingkan kekasih daripada kawan tak kisah lah macam mana pun jangan pentingkan kekasih lebih daripada ibu ayah dan yang penting maha pencipta seluruh alam.. cinta agung ALLAH S.W.T selamat malam semua..

gigi...

Image
muka tahan sakit yang amat.. ^0^ patut demam gigi belakang baru nak keluar... menarik sampai ke kepala dia punya sakit rasa kembung sebelah pipi nak bukak  mulut makan pun tak boleh. tapi sedap jugak la pekena abc tadi.. perghh... demam datang balik kepala berat balik tekak kesat balik ohok ohok tak pe sabar jumaat ni kita balik ok dah tak tahan tido dulu! jumpa nanti insyallah nyte .. p/s: nama berderet amboi manis sungguh...   sometimes we need to stop waiting coz things that come unexpectedly will make the day more exciting.. cute sgt alalalala

awak.

Image
awak... berangan-angan bermimpi dan bercita-cita itu lain.. angan-angan dalam mimpi jadikan cita-cita awak.. saya serius ni.. awak bagi saya masa saya buktikan. awak.. saya angan angan banyak kalau tak dapat semuanya saya harap masih ada saya mampu punya awak...saya tak mimpi sampai bintang tapi saya bercita-cita menjadi seperti bintang kelip-kelip cantik tak jatuh walau ribut tak hilang walau orang tak nampak masih di situ. awak.. doakan saya. awak si blog saya tomey-tomey peneman saya.. awak terima kasih!! =)) awak saya akan berubah bertukar henshin!!!!!!!!!! awak percaya saya?

cita-cita dalam kotak batu

Image
cakap pasal mimpi cakap pasal impian cakap pasal cita-cita mimpi aku impian aku cita-cita aku melalui hari yang berbeza setiap hari esok menanti penuh debaran esok yang datang. melakukan banyak supaya aku hari ini adalah lebih baik dari aku yang semalam. tapi.. hakikatnya.. aku masih dalam kotak batu empat segi. aku masih dalam kawasan luas dengan sistem yang rigid dan aku akan kekal dalam kawasan dengan sistem yang rigid. aku.. aku nak menjadi seseorang yang mempunyai sesuatu aku nak menjadi seorang yang di kenal dan di ingati kerana sesuatu dan aku nak menjadi diri aku dan menghargai hidup aku kerana punya sesuatu usia makin melewat. aku ingin belajar semuanya mahu lakukan sebanyaknya. aku mahu pergi ke seluruhnya. tapi dalam masa kian bergerak pantas aku masih dalam kotak batu melakukan sesuatu yang sama tanpa aku letakan jiwa tanpa aku mampu berikan cinta. aku mahu kenal dunia aku mahu kenal hidup aku mahu untuk tidak kekal dalam sistem aku

teh nipis

Image
teh nipis. air masak menggelegak teh uncang gula tuang ikut suka amik satu uncang tuang air menggelegak sekadar tukar warna coklat-coklat kuarkan uncang gula tuang ikut firasat. kacau-kacau tuang dalam cawan minum rasa dia perghhhhhhhh teh nipis panas.. terasa berjalan dalam kerongkong dah kemudian hilang. dekat rumah tak merasa teh dengan gula just nice katanya menjaga kesihatan. aku pentingkan kepuasan! ah bukan selalu. mari lakukan kerja semalam tak tidur dek penangan takuya kimura hamboi .. hamboi.. hamboi.. teh dah sejuk... pemanas air aku nak teh panas semula!

penipuan dengan niat

3 tahun berlalu tukang tanya : kenapa kamu pilih untuk menyertai bidang ini tidak menjadi doktor atau engineer sedangkan kamu sudah berada di jalan tersebut? tukang jawab: kerana kalau saya menjadi seorang doktor hidup saya sekadar menjadi doktor tetapi kalau saya pilih bidang ini saya boleh jadi kesemuanya apabila saya mampu melahirkan insan yang menjadi kesemuanya. kalau semua ingin menjadi doktor atau engineer jadi siapa yang akan menjadi insan membentuk doktor dan engineer. tukang tanya: saya dah pernah dengar jawapan ni sesi tahun lepas. tukang jawab: err terpulang orang yang menjawab itu orang lain. saya tetap dengan jawapan saya. mungkin fikiran kami sama. tukang tanya: betul kamu ingin berada dalam bidang ini? tukang jawab: *penuh yakin* ya! tukang tanya: kamu tak akan menyesal untuk berada dalam bidang ini? tukang jawab: ya! saya memang ingin berada dalam bidang ini. tukang tanya: baiklah kamu boleh keluar. kalau tukang jawab dapat jumpa balik tukang tanya,

sakit

Image
sakit.. demam + batuk + kepala pusing = semoga banyak dosa-dosa gugur bersama ujian ini.. nyte.. rehat...... p/s: 12.1.2012 happy birthday tuan puteri.. 8 tahun 12.1.2012 al-fatihah 6 tahun nenek aku pergi selamanya..

gerak2

Image
.batuk.. uhuk uhuk uhuk rasa nak jolok tekak garu guna berus sabut gatal.. ehem.. ehem.. dah malas nak cakap jiwang-jiwang ehek? makin malas nak cakap makin nak cakap ah sudah! lupakan. sekarang ni sedang merancang diet seimbang ah aku semakin di pam pam. along ratu arsenal gila musuh ketat dulu bestie hari ini yang sedang bergayut dengan b di katil rumate aku tu kenalkan aku dengan susu sejat. mulai hari ini ya aku nekad! bukan untuk dia atau sesiapa tapi untuk aku insyallah doakan kejayaan aku ya dalam hidup tiada yang mustahil dengan izin DIA insyallah amin ibu dah bising aku asyik tidur petang. haih nak tido pagi ada kelas macam mana? malam online. macam mana? oke my bad wekk wekk.. p/s: malam ni harus ke dewan wajib! tapi tak bergerak pulak kaki ni. ah kepala aku pusing! jusoh turbo, hero dan kontrol histeria dah ada sebelah bantal hamboi-hamboi... riang rasa!

sem..PUT

Image
entah bila buku thanks for the memories dengan amerika aku nak habis. amboi bukan main encik-encik pengajar tak bagi peluang bermadubulan awal sem ni kenapa aku rasa sem ni effektif, inovatif proaktif, sangat kena baca our common future panjang melebar tak hingat tulisan kecik ya ampun bagus la kan nota bi belajar dwibahasa exam bm. terbeliak mata sem lepas nak exam baru aku selak proforma tengok apa yang aku dah belajar sekarang terbalik tiap masuk kelas dah kena selak kalau tak macam bangang. ah ye mungkin ini rasa belajar sebenarnya. ya ya.. baik.. kerja sekolah pun melimpah ruah dah ni eh cepatlah raya cina nak balik rumah terima kasih orang astro tepon ayah sampai ayah tergoda amik semua channel astro tu. tivi satu chanel bukan main banyak biarkan.. tapi aku percaya balik rumah nanti ayah akan tetap tengok p.ramlee hari isnin tivi dua. haih.. haih. eh lusa birthday tuan puteri intan payung. siap la insan bergaji kena pau ekeke dah la aku tak tahu merep

oksigen

Image
dengar... bernafas!

poliTIKUS

judgemental manusia terutama bangsa aku memang suka untuk membuat penilaian yang entah-entah pada orang lain. suka mengkaji menggunakan logik tanpa disokong nilai saintifik selalu memberi pandangan berdasarkan emosi dan pengaruh dalaman. suka kan benda 'in trend' supaya nampak gah supaya nampak setaraf memberontak menyuarakan suara-suara supaya kelihatan hebat dan berani menjadi outspoken tapi apa yang kita boleh lihat apa yang mereka lakukan ini bergantung pada ikut-ikutan jika ada yang bersuara maka semuanya bersuara. tapi berapa ramai yang bersuara itu memahami apa yang disuarakan. ramai yang membantah korupsi tapi berapa ramai yang mengkaji perkara yang dikorupsikan jika ya mengetahui apa yang dikorupsikan berapa ramai yang mendapat isi-isi yang tepat boleh dipercayai. dalam keadaan sekarang bukan sistem sahaja ada korupsi malah penyampaian maklumat juga telah dikorupsikan dan berapa ramai sedar itu? dalam melihat sesuatu situasi atau isu ramai ant

so what next?

Image
no one in this world walking for nothing. so do i wanna be something. p/s: cerita korea gagal tarik perhatian aku oh please ....in front of you talking to my self so what next?

laporan rekod bacaan NILAM 2011

Image
ini pertambahan  widget kalau ikut aku nak letak almari buku terus dekat sini tapi tak boleh pulak...  kalau ikut aku nak tulis post ni tahun lepas. means sehari sebelum tahun ni. tapi dek kerana halangan memfacebook terlebih dan merepek tak sudah tak terbuat.. maka akhirnya saat ketika ini bersantai apa kata kiranya aku merealisasikan azam tahun lepas aku tersebut. ah jadah ayat skema gini hoih! 2011 BOOK's PURCHASE Suka Saya Ya Suka Saya Tidak - Manjlara Versus - Hlovate 5 Tahun 5 Bulan - Hlovate Rooftop Rant - Hlovate Contengan Jalanan -Hlovate Quartet - Saidatul saffa 3 Campur 1 = Satu - Ana Farhana Untuk Awak Teja Aulia - Syud Memoir Anak Setinggan - M.S Anuar Mahmod Negeri 5 Menara - A.Fuadi Ranah 3 Warna - A. Fuadi Denyut Kasih Medik - Dr. Irfan Hadi M.A.I.D - Sury Ryana Doktor Cinta - Dyadila Cinta Kontrak - NurulAin Syuhada Bila Hati Kata Sayang - Marissa Tuesday With Morrie - Mitch Albom For One More Day - Mitch Albom P.S I Love You - Ce

lenka

Image
maybe... aku tak maksudkan apa-apa maybe.. aku maksudkan apa-apa maybe... aku sendiri tak ada idea tentang apa-apa maybe.. aku sebenarnya tak apa-apa.. layankan aja..

tiada input

Image
bebas terbang  percik bandar hilir 31.12.2011 12.55 a.m aku lapar gila neyh hoih! jadual makan aku dah tunggang terbalik sekian. aku update sekadar nak cakap aku lapar. boleh? ada siapa nak marah? ada? ada? ada sapa nak cakap blog aku ni tak ada input?? ada? memang pun tak ada input? sejak bila aku cakap aku blogging sebab nak bagi kau orang input. pergi cari kat google tu banyak. tak yah di layan sangat tips-tips blogger-blogger gah setiap blogger harus menulis sesuatu yang berguna dan mempunyai input untuk santapan pembaca. ah lantak suka hati kau lah nak tulis pasal apa pun.  kalau orang nak baca dia baca jugak. tak yah la semua blog nak sepesen. ok nyte! p/s: semester ni ada subjek anatomi dan fisiologi. aku suka dan aku risau. suka sebab aku suka risau sebab aku bimbang.. kah3... semester ni sistem study malam sebelum exam sudah tidak boleh dipraktikkan.. kerana lubang-lubang kegagalan kian terpancar. p/s: aku tinggalk

suka

Image
"bila aku suka tak semestinya kau juga perlu suka sebab hati aku DIA yang pegang bila aku suka dan kau tidak... mungkin DIA sedang menguji aku" dan... tipu jika aku kata aku tidak rasa apa-apa jika aku tidak mengharapkan apa-apa.. tapi paling kurang berikan jugak aku petunjuk supaya aku lebih pasti... ah biasalah tempoh mencari dalam usia begini tak apa aku akan lebih kuat nanti.

rojak campur

aku dah balik rutin lama kembali kitaran sama tapi kali ni kitaran mungkin lebih panjang naik ke atas sebelah awan haih setiap yang bersalah akan menerima hukuman haha aku tak rasa apa pun. masih belum jenayah serius  bukan melanggar batas agama sedang mencongak mencari memikirkan memerhati memilih hadiah hadiah untuk diri sendiri nak hadiahkan diri sendiri  untuk semua yang telah diri sendiri lalui untuk semua yang telah diri sendiri capai untuk semua untuk segalanya. tak perlu harap pada orang lain. untuk sakit untuk gembira untuk penat  untuk lelah untuk duka untuk suka untuk selama dua tahun setengah untuk semua rasa setelah apa yang aku lakukan dan lalui aku perlu untuk hadiahkan sesuatu mencari kepuasan terlalu lama memuaskan orang lain tiba masa untuk diri sendiri walau sekadar cebisan. diri sendiri sabar sikit saja lagi.. =)) esok bermula kembali persekolahan. baiklah selamat malam walau ini buk

pejam

dalam ruang kotak empat segi dinding batu kanan dan kiri pintu kayu tingkap usang kipas berdesit bunyi bising pecah sunyi diam. dalam ruang kotak empat segi air mata mencurah hati terguris telinga terngiang terdengar kata-kata pedih hanya sebaris kata sebaris kata menyentap terus senyuman pergi dalam ruang kotak empat segi mengakui diri tidak sekuat lagakan tabah. baring diam memerhati dinding putih tiap kali kata-kata mendesup fikiran air mata itu mengalir lagi hati ini sayup mata ini pedih kepala ini berat berat bagai hampir pecah diam. bawak aku jauh dari realiti pejam.
tutup sebelah mata. aku bukan nak menidakkan kenyataan. tapi.. migrain datang menyerang ah biasalah ni sindrom cuti habis. tapi sejak dua menjak ni mood aku memang swing. bukan sikit tapi banyak! entah. kejap oke kejap k.o macam-macam.
Alhamdullilah rezki gaji tusyen dah dapat walau tak seberapa tapi paling kurang boleh jugak hadiahkan diri dengan buku baru. senyum. tapi dah tak berapa nak senyum esok kena balik sana dengar citer banyak barang dirampas dem!