notepad stickies conteng
weeehoooo....
tercabar aku nengok aniq up entry aku tak up...
kah3..
tak ada amenda aku nak tulis
buku nota conteng2 dah berada di tangan ekekeke.. thanx fadli.. nanti aku up entry khas nota contengconteng and family. dan kegunaanya kepada aku seperti yang di arahkan encik contengconteng hahah 'diarahkan' tu tak boleh belah.
macam bese tindakan pembelian aku mendapat tentang hebat teman-teman seperjuangan.. kah3.. ye ye tau.. lepas ni aku tak beli buku dah.. bukan janji tapi pasti aku kena saving sampai hujung sem ni.. kena tahan ikat perut. salah-salah kena tahan ikat nafsu.. ikat mata dan ikat hati pada buku.. ouh kejamnya dunia ini.. ah drama!. nak bayar macam-macam haila. pheewww kesat pelu sambil merenjiskan ke tingkap.. orang bawah yang kena titisan masin itu semoga merindui aku. hahaha
sebelum ini aku boleh lagi ngelat borong buku tapi kini tidak lagi.. sebab aku dah tak niaga dah rest.. sekejap. sebab aku still tengah cari suplier.. aku nak barang kualiti dan mampu milik and aku nak cari benda yang berbeza... sekarang kat facebook dah berlambak orang meniaga makin banyak persaingan so untuk menghadapi persaingan tu kena lagi tawarkan barang-barang rare yang boleh menarik minat para pelanggan sekian.
arakian natijah nya apa kata kiranya aku turut perlu berjimat oleh yang disebabkan aku dengan rakus merempat ipod touch 4 tanpa fikir panjang apatah lagi jauh kehadapan situasi poket adalah kiranya kini sangat mensadiskan... nak ipad ayah kata lambat sikit.. tapi dah janji dengan diri sendiri nak hadiahkan diri sendiri dengan sesuatu maka kiranya aku merembatlah juga. nantikan kemunculannya di ruang entry page ini.. aku pun tak ketemu lagi dengannya.. dihantarkan pula terus ke office akak bagi mengelakkan ke kantoian.. ketersangat rasa bersalah tersemat di dada... ampunkan daku ayahanda.. tapi saya tak lawan cakap saya tak beli ipad saya beli ipod je... T.T adalah kiranya aku kena ikat perbelanjaan kawal sampai nazak kah3.. agak2 dah teruk sila lah menepek belas kasihan dari akak hahah itu gunanya adik beradik.. ekekkeke...
kesimpulannya sekarang buku nota contengconteng dan stickies contengconteng dengan aku tak dapat dipisahkan kerana aku lah GADIS NOTA PELEKAT yang mencintai notepad... bertukar!!!!!!!!! henshin .. aishe kamen ... go.. go power rangers... adios... aku nak take a nap sat... pukul 3 ada kelas.. sentap hati mak nak.. tak? pedulikan..
p/s: bila baca entry lama-lama .. yakkk wat the hek yang aku tulis.. dengan shortform segala.. once dah tulis guna long form walau pun ada la dua tiga yang tershort form.. saya tekankan sekali lagi TER..short form.. kau akan lagi puas dan seronok menulis.... percayalah..... ini bukan p/s dah ni ni dah macam nota kaki campur tangan nak jadik satu perenggan esei SPM.. ah.. abaikan.. adios amigos... malas aku tepek gambar malas nak cari dah pukul 1.05 kang tak sempat aku nak take a NAP kang..
Comments