Posts

Showing posts from August, 2014

#NotaH18

Isu sosial dan pendidikan adalah saling berkait. Rencamnya organisasi sosial adalah disebabkan pincangnya institusi pendidikan. Aku memandang tinggi pada pendidikan di Indonesia. Walaupun mereka keterbelakang dari pendidikan rendah tetapi pendidikan peringkat tinggi mereka berjaya melahirkan ilmuan dan golongan intelektual. Kedudukan Indonesia dalam penilaian oleh TIMSS dan PISA ada sekitar tempat 60 daripada 73 buah negara. Tetapi diperingkat tinggi mereka mampu melahirkan ilmuan yang menghasilkan pelbagai jenis buku. Jika nak dibandingkan buku ilmiah yang dikeluarkan oleh Malaysia dan Indonesia sangat jauh bezanya. Sumber-sumber tulisan di Internet juga jelas menunjukkan bahawa penulisan mereka lebih banyak sumbernya. (Aku akan cuba cari statistik untuk dua isu ini) Lebih hebat lagi sekitar tahun 80-an, Indonesia berjaya menerbangkan kapal terbang ringannya sendiri, hasil usaha B,J Habibie yang juga merupakan bekas Presiden Indonesia. Apa yang mahu aku ketengahkan di sini adal

#NotaH17

Proses menghabiskan bacaan dua buah buku sekali gus. Risiko yang diambil untuk membenarkan pertembungan idealisme dari dua buah buku dengan latar yang berbeza. Minda Tertawan vs La Tahzan, Terasing. Sebagai orang yang meletakkan buku sebagai kekasih dan teman tidur aku akan bersikap obses pabila melakukan perkongsian perbincangan tentangnya. Membaca dua buah buku ini memerlukan masa yang lebih lama kerana pembacaan aku selalu terganggu dengan isu-isu yang diutarakan, perlu diulang baca dan dinilai sekali dua. Dalam tempoh seminggu dua ini juga sebuah lagi buku berjaya dihabiskan walau pembacaannya lebih lewat. Mungkin kerana bukunya, tipis dan isunya tidak terlalu payah. (Bukan Dari Jibril) Sejarah pembacaan aku lebih lewat daripada mereka yang aku kagumi. Oleh kerana ini, maklumat yang aku ada teramat sedikit dan cetek. Mula dengan bacaan buku cerita ketika usia 5 tahun, kemudian majalah hiburan seawal sekolah rendah secara sembunyi daripada pengetahuan ayah. Beralih kepada majala

#NotaH16

Insomnia, Aku mahu tidur. Kusut, Aku mahu lapang. Perasaan, Aku mahu tenang.

#NotaH15

Encouragement Mendorong supaya terdorong. Dihujung pengajian dorongan adalah yang paling diperlukan. Dan dorongan bukanlah atas nilai eksplisit Atas dasar dorongan dan tanggungjawab aku lepaskan kepentingan. Ini keputusan muktamad. Aku sudah tak gentar pada kata-kata manusia. Aku perlu lebih profesional Dalam organisasi yang aku gagal menyumbang aku sedia undur diri.

#NotaH14

Dah tiba masanya diam dengan makna sebenarnya diam. Bulan september akan jadi bulan yang getir Tambah tolak 3 bulan lagi. Kerja kuat lupakan. Kerja kuat lepaskan. Yang tak sepatutnya. Kuatlah.

#NotaH13

Berpuasa dapat mendidik nafsu dan tingkah laku. Jadi aku perlu puasa dari fb, twitter, dan ig. Kewarasan akal sudah gagal mengawal kemahuan. Ini gila. Gila. Lebih parah dari hal 2 tahun lalu. Tak apa lah sikit demi sikit. Biar sikit tapi istiqamah lalu hilang kan? ------------------------------------------------------ Semalam, Insomnia lagi Siang, tidurnya sudah tidak selesa. Tubuh keliru sama kehendak hati juga akal. Berebut-rebut saling mahu menjuarai. Bahaya lebih dari marijuana. mendebarkan dan khayal. Ah, aku gagal lagi kali ini dengan kegagalan yang lebih dasyat. Mendongak ke langit mengira bintang harap mampu pejam malam ini Malang, langit gelap bintang sembunyi. gagal lagi. --------------------------------------------------- Mungkin aku perlu lari, tapi masih terus menjadi diri sendiri. Terlalu mencuba juga sebenarnya payah. Aku gembira dengan bagaimana sekarang cuma, jauh dari sudut paling dalam tercuit sedikit harap yang salah. Haih.

#NotaH12

Shit! Aku buat apa yang aku kata kita tak patut buat. Pfttt. Duh. Duh. Duh. Stop talking. Stop.. stop STHOPP. Entah apa Hiatusnya kalau macam gini. Masih tak lepaskan. Masih. Masih dan Masih lagi. Aku betul-betul perlu sibukkan diri Viva dah dekat. Tesis masih huru hara. Asaimen bertingkat Move.. move.. Blerghhh.. blerghhh... kecewa dengan diri sendiri. Rapuh gila. Ughhhhhhh.. Sekarang. Mula sekarang. Ya sekarang.

#NotaH11

Aku sedang membaca buku 'La Tahzan terasing' demi menyahut cabaran 2 jam membaca sehari. Aku cuba. Aku sedang membaca dan aku tak boleh terus membaca aku perlu 12 minit lagi untuk mencukupkan sejam yang pertama. Tapi aku tak boleh teruskan bacaan kerana mengalami gangguan bicara balas dari bahan yang aku baca. Sedang di bahagian tajuk SPIDER berbisa. Aku masih meneruskan pembacaan di bahagian S iaitu Sport, kemudian P iaitu politik tapi aku tak mampu untuk teruskan bila berada di I iaitu ideology. Penulis mempertikai tentang aspek aspek ini yang dikatakan sebagai ancaman oleh Yahudi dan Nasrani . Dipanggil senjata untuk melemahkan umat manusia Islam khususnya. Aku dalam dilema. Apa sebanrnya kita ini diancam atau kita sebenarnya terancam. Hujah dan dalil dinyatakan oleh penulis cetek pada pandangan aku. Beliau menyalahkan definisi Ideologi yang dinyatakan oleh pendefinisi pendefinisi barat yang menyatakan ideologi tanpa perlu asas. Jika itu yang menjadi hal mengapa tidak diny

#NotaH10

Tiba-tiba sudah sampai ke bahagian 10? Tak adalah tiba-tiba, ini kesinambungan bahagian-bahagian lain di laman mukabuku. Aku suka menulis kerana tulisan adalah satu terapi yang paling mudah dan murah. Aku tak mampu tolong diri aku sendiri bila aksara-aksara berselirat di kepala menanti dimuntahkan. Sememangnya aku gagal bab ini. Bagai lahar gunung berapi yang tak mampu untuk dihalang dari mengalir keluar, meletup dan panas. Cuma, atas sebab tertentu yang tak perlu kau atau kau tahu aku tak boleh lagi bergantung di sana. Mungkin ruang ini lebih baik. Paling baik. Kurang pelawat dan lebih kuran ekspetasi. Bukan ekspetasi kamu tapi ekspetasi punya aku. Aku sendiri. Segagah mana pun aku cuba untuk jadi 'lelaki' dari sudut hati keras besi tetap sahaja aku gagal tentang hal yang satu itu. Perasaan. Ya, perasaan yang sering menggagalkan aku. Menggagalkan aku untuk menjadi lebih utuh berdiri sendiri. Perasaan yang membawa kepada pengharapan dan pengharapan sering menjadi penggalak

Hiatus 1

Mengambil keputusan untuk hiatus. Bukan mudah. Aku sendiri tak tahu kenapa dan bagaimana seterusnya. Cuma pasti kepingin hiatus dan tidak menyesal. Lebih tenang untuk berada dalam keadaan begini. Menjauh dari mereka yang terpaling selesa bahunya. Aku mahu mencari sesuatu yang aku sendiri tak tahu apa. Jika kau atau sesiapa jumpa/tahu. Maklumkan aku. Aku tak mahu hilang lama bimbang terus hanyut tanpa jumpa. Aku katakan aku mahu pergi jauh seketika. Tapi aku sendiri tak tahu ke mana. Cuma yakin aku ada yang tak kena sama keselesaan ini. Mengharapkan bulan di riba sedang aku jauh di tanah tandus, Berharapan bersama kebarangkalian ; membunuh aku diam diam. Ada kekosongan perlu diisi. Cuma Tuhanku yang aku mahu disitu. Maaf teman. Aku terpaksa diam. Aku tak mahu hanyut lagi. Aku tak mahu manusia di hati dan minda ku. Kerana manusia kuasanya mengecewakan. Aku perlu susun kembali kondisi hati. Maaf. Aku tak kuat. Kecewa adalahan kelemahan utama.