#NotaH10
Tiba-tiba sudah sampai ke bahagian 10? Tak adalah tiba-tiba, ini kesinambungan bahagian-bahagian lain di laman mukabuku.
Aku suka menulis kerana tulisan adalah satu terapi yang paling mudah dan murah. Aku tak mampu tolong diri aku sendiri bila aksara-aksara berselirat di kepala menanti dimuntahkan. Sememangnya aku gagal bab ini. Bagai lahar gunung berapi yang tak mampu untuk dihalang dari mengalir keluar, meletup dan panas. Cuma, atas sebab tertentu yang tak perlu kau atau kau tahu aku tak boleh lagi bergantung di sana. Mungkin ruang ini lebih baik. Paling baik. Kurang pelawat dan lebih kuran ekspetasi. Bukan ekspetasi kamu tapi ekspetasi punya aku. Aku sendiri.
Segagah mana pun aku cuba untuk jadi 'lelaki' dari sudut hati keras besi tetap sahaja aku gagal tentang hal yang satu itu. Perasaan. Ya, perasaan yang sering menggagalkan aku. Menggagalkan aku untuk menjadi lebih utuh berdiri sendiri. Perasaan yang membawa kepada pengharapan dan pengharapan sering menjadi penggalak kekecewaan. Sudah terlalu banyak pengharapan yang aku letakkan pada manusia. Sehingga satu tahap aku jatuh dan terjelepuk. Hilang arah saat ditinggalkan. Sedang aku tahu yang manusia bukanlah tempat terbaik kebergantungan. Hanya Tuhan. Hanya Tuhan yang ada selamanya.
Hidup adalah sebuah perjalanan yang akhirat menjadi destinasi akhirnya. Aku mahu menuju ke sana bertemuNYA dan aku tak mahukan usaha itu terencat kerana cinta pada dunia dan penghuninya. Aku tak mahu tertinggal di sini sendiri. Sungguhnya perasaan terhadap dunia yang tidak kekal dan tak lama ini lebih kepada menyerah diri untuk terbakar sendiri.
Aku tak mahu disakiti, tetapi perasaan sakit itu datang sendiri kerana torehan yang sengaja aku biarkan. Aku tak boleh terusan begini aku tak mampu. Impian dan pengharapan saling bercampur-campur mengganggu-gugat ketenteraman perasaan. Ada hal di dunia yang tak mungkin kau dapatkan walau sekuat mana kemahuan kau padanya. Sebelum ia menjadi parah lagi baik aku hentikan. Lebih baik aku diam dan hapuskan.
Setelah ini, sudah jangan bicara lagi hal itu. Setelah ini sudah jangan adalagi pengharapan begitu. Perasaan ini salah terlalu salah. Tak mungkin manusia yang merangkak bisa mencapai indah pelangi. Kerana pelangi itu tetap di atas dan akan kekal diatas. Kaki ini masih dibumi dan tetap di bumi hingga akhir nanti. Aku meninggalkan keselesaan bukanlah hal yang mudah tapi hal yang perlu dilakukan kerana hidup ini adalah tentang sebuah perjalanan dan sebuah perjalanan perlu diteruskan.
Mungkin kau tak faham bahkan kau tak perlu faham kerana aku sendiri tak mengerti. Tapi aku sudah terjebak ke dalam satu lubang yang hidup aku adalah tidak keruan. Aku perlu keluar secepat yang mungkin. aku sedang usaha seusaha mungkin supaya aku tidak kekal di sini dan lemas sendiri.
Hidup adalah sebuah perjalanan dan aku tak mahu jadi pengembara yang sesat di hutan dan karam dilautan perasaan. Sungguhnya hati adalah anggota yang sering gagal mengikut akal.
Doakan.

Comments