Posts

Showing posts from July, 2012
aku bukan nak suruh orang sabarkan aku. kalau boleh sabar aku tak akan cakap apa-apa. aku cuma nak orang faham yang aku perlu sokongan untuk terus kan aku nak ada orang dengar bila aku merungut aku nak lepaskan geram. aku nak jerit aku malas nak fikir apa-apa tahu tak? aku ni memang menyusahkan? aku memang membebankan? aku ni memang menyerabutkan kan? aku selalu nak jaga hati orang aku selalu nak bahagiakan orang tapi apa aku dapat? orang tak suka aku sebab aku emo orang tak suka aku sebab aku kuat sentap. orang tak suka aku sebab aku suka mengeluh. tapi ada orang datang tolong aku? aku hidup terlalu bergantung pada orang agaknya. entah lah.. sudahlah.. PERNAH SIAPA TAHU YANG BILA BUAT BENDA KITA TAK SUKA TAK SEDAP LANGSUNG? PAKSA DIRI KITA TERIMA SEMUA BENDA YANG TERPAKSA KITA TERIMA TU PAYAH? SIAPA TAHU TAK DAPAT BUAT BENDA YANG KITA NAK TU SAKIT?
aku hilang sahabat sebab hati aku tamak. aku hilang sahabat, kawan, pendengar, bodoh! kau tahu rasa dia sakit sangat? ahh.. bangang!

aku

semester ni makin menjadi-jadi perangai aku. pergi kelas tak ada semangat dalam kuliah tak fokus kerja semua bertangguh. datang kelas lambat apa-apa kerja sambil lewa. asyik merungut asyik serabut. ada je benda tak puas hati hidup aku makin tak terurus. kadang-kadang aku pun tak tahu siapa yang ada dalam badan aku ni. antibodi badan bukan main lemah kejap-kejap sakit.. kejap-kejap sakit. dengan keadaan sekeliling dengan gaya hidup aku rasa macam aku ni loser sangat. kadang-kadang rasa macam eh.. teruk gila aku ni tak reti bersyukur. orang lain tu tak dapat further study aku dapat. orang lain further study pun keje biasa je aku insyallah keje terjamin. tapi entahlah. duk sini dah 3 tahun. tapi aku macam tak dapat terima lagi kenyataan. aku tak nampak benda yang dapat beri aku kepuasan. aku ni memang manusia tak reti bersyukur? ada sesiapa bagitahu aku apa aku nak sebenarnya? sebab aku pun tak tahu. macam-macam jadi buat aku rasa.. entah. tak tahu nak cakap

terima

cerita dengan kawan. orang yang aku tak rapat. aku tak leh terima lagi. hari tak macam dulu

bersalah

hari tu ibu meluahkan rasa tidak berapa puas hati dekat aku. ibu tak puas hati sebab aku jarang mesej ibu macam akak. tiba-tiba rasa bersalah =.=' ibu cakap akak dulu nak pergi kelas mesej, nak tidur mesej, nak keluar mesej, nak makan mesej. dan sebagainya. aku pulak hanya hantar mesej pergi kelas dan tidur. kadang-kadang petang ibu mesej baru aku bals. rasa bersalah lagi ... =.=' habis nak buat macam mana. jadual aku dengan akak mana sama akak dulu masa study kelas dia bukan hari-hari dari pukul 8 sampai pukul 12.30 lepas tu rehat pukul 2.30 sambung balik. akak dulu makan dekat asrama masa diploma makan macam-macam. masa degree pulak duk luar dia masak .. dah aku ni makan memang pukul 10.30 tu je lauk nasi dengan ayam. kadang-kadang makan pukul 1.30 tak nasik lauk ayam, nasi dengan ikan keli. akak dulu boleh la dia dekat dengan bandar masa degree masa dip pun lebih kurang dekat banyak tempat dia boleh merayap. yang aku ni. apa lagi aku boleh buat balik bilik tidur

saya

saya tak suka kena bebel saya tak suka kena marah (eh semua orang tak suka) saya tak suka rambut gugur.. (saya takut kepala botak, dan rambut gugur itu buat lantai bilik saya hodoh) mungkin rambut gugur sebab banyak berfikir? atau migrain? atau banyak tidur? atau sebab msg maggi? eh dah setahun saya tak sentuh maggi saya tak suka orang jemur baju kat ampaian saya dah la banyak gila. (baju saya pun banyak tak basuh ni woi!! saya berasa marah lalu tulis post ini.) saya main gibran semalam saya rasa okey sikit hari ni hancur terus jadi saya sambung baring sambil teringat pada kerja yang berlambak tapi belum disentuh. tak apa saya tahu saya akan sentuh juga satu hari nanti....... dah lama saya tak borak. ada sesiapa nak borak dengan saya? dah bosan pulak saya bercakap pada benda tak bernyawa sampai saya simpati dengan diri saya sendiri... separuh perjalanan blog ini saya dah sorokkan..' segan pulak dengan ketidakmatangan zaman dulu

rojak

kawan... mungkin selama ni aku tak ikhlas bila aku beri ketawa pada orang aku harap orang akan beri ketawa juga pada aku. bila orang minta aku pinjamkan telinganya. aku juga harap akan ada telinga dipinjamkan pada aku. bila orang dalam gelap aku capai lampu ajak jalan sama dalam cahaya aku juga harap akan ada beri aku lampu untuk aku jalan. mungkin.. mungkin aku terlalu berharap. ---------------------------------------------------------------------------------------------- dah dua minggu pacai dalam hidup aku.. ayah dah bagi restu impian aku sebelum bersama pacai nanti bila aku sudah dapatkan dia aku mahu kita cerita sama-sama kisah aku dan kau.. bila tiap detik yang aku rakam dengan pacai boleh aku kongsikan.. tunjuk ajar. sokongan.. bila gibran pulak datang aku berimpian untuk aku ceritakan.. aku sudah serasi bersama gibran perkembangan aku bersama gibran hari ke hari boleh aku ceritakan. aku mahu dengar kata bagus, gud luck, wah, tahniah... bila aku me

cerita satu.

"Haridz, aku suka kau." "Maaf Tia aku tak boleh terima kau." "Kau ada orang lain?" "Tidak, aku masih cari." "Jadi, kenapa tak pilih aku?" "Sebab kau bukan untuk aku." "Macam mana kau tahu?" "Aku pun tak tahu." "Kau sendiri tak tahu kenapa kau tak cuba?" "Aku tak perlukan sebab untuk terima kau, sama macam kau tak perlu sebab untuk suka aku." "Mana kau tahu aku tak perlu sebab untuk suka kau?" "Baiklah, bagi aku sebab kau suka aku." Tia diam. "Kau tak ada sebab bukan? Sebab kau suka aku kerana hati kau pada aku. Cinta sebenar memang tak perlu sebab. ya mungkin kau cinta aku sepenuh hati kau. tapi maaf aku tak mampu penuhi hati aku untuk kau." "Kau kejam!" "Aku tak nak lagi kejam untuk bagi kau harapan palsu. bila aku tahu aku tak mampu." "Kau tak cuba mana kau tahu." "Aku tak perlu cuba ia ak
mari kerja dan terus kerja kerja dan bekerja..

passion

dah lama passion aku hilang.. passion dalam semua benda...words, pictures, music, writing, reading, listening.. and maybe socializing.... selalu benda-benda melibatkan passion ni buat aku sengih macam orang gila lupa dunia tapi dah lama... dah lama benda ni semua gagal gilakan aku sejak fasa baru semester ni tapi bukan punca kerana semester ini. tiada ubat yang dijumpai aku perlu cari sebab penawar dah lari banyak kali aku cuba percayakan passion tu dah kembali banyak kali aku yakinkan aku oke banyak kali aku cakap i'm back dan sebanyak kali itu jugak aku tipu diri aku sendiri.
bergembiralah kamu kerana semua manusia Allah berikan rasa gembira sebagai fitrah. selamat berbuka puasa sedang tengok video budak umur 16 ngan 14 tahun kahwin nak kahwin jugak ah! aku dah 21 cukup umur dah ni dak? budak 14 pun dah kahwin kasik aku calon seorang cepat-cepat... ini serius! tengok muka aku.. serius.! p/s: sedang alami satu masalah dinamakan imaginasi terlampau... untuk sebulan ni.. akal fikiran aku diuji hebat... imaginasi yang ditulis dalam novel-novel yang aku baca mengejek realiti yang dilalui...ouh mungkin aku terlalu letih dengan jadual padat kehidupan di sini maka aku jadi begini? apa-apa saja. sampai satu tahap aku rasa malas dan letih untuk gunakan otak, akal fikiran. aku hanya ingin berjalan kehadapan tanpa lihat ke belakang.. tarik aku ke mana saja aku ikut.

Rontak

Disogok ditekan tekan tekan Etika luaran penampilan kejiwaan Gila! Ingin faham Ingin ikut Cocok hidung tarik ikut Dunia! Palsu Kaki ampu Nak disepak Melepak Terlepak Melepet Ahh jiwa tipu Bunuh hidup dunia Ya perlu syukur Sampai bodoh? Ini dunia kejam mohon direjam Meronta jerit Dalam kotak minda terkurung etika Ahhh bangang!

raikan

buku | muzik | gambar | cerita | lagu | tulis | baca | dengar | main | tembak  | gibran | pacai  | pod-pod | ikan       sesuatu yang boleh aku panggil kesempurnaan. menjadi rakan teman sahabat ini dunia aku tak mungkin untuk kamu. ya aku gembira! walau sekadar luarnya? tak apa... kita perlu masa mari raikan kehidupan! =) p/s: sebenarnya aku sedang hilang kemampuan mengadun kata. tapi aku perjuangkan juga.. walau kesempurnaan itu tiada... otak hati minda jiwa aku gagal seiring

Aku karnibal

saya ini jahat sangat! betul! ini saya tak tipu.. sampai orang takut dengan saya saya ni menggerunkan saya ni makan orang saya masak kari kadang-kadang jadi daging kisar spaghetti saya campur dengan carbonara prego campur cendawan butang kalau malas saya rebus orang dan minum barulah nanti orang geruni saya.. eh ini tak main-main.. awak percaya? percayalah... ouh.. menyelerakan! saya ini menakutkan sampai orang terpaksa merayu buat sedih depan orang lain supaya orang lain bagitahu saya yang orang merayu itu kasihan. supaya nanti nampak lagi kejahatan saya. supaya lagi jelas saya ini jiwa keras yang menakutkan. ouh makin selera saya nak makan orang! saya si jahat makan orang. jadi si perayu sila terus buat muka kasihan... esok mula puasa mungkin saya kurang jahat tak akan nak makan orang puasa tak sedap tak ada isi. kosong! jadi mungkin bulan puasa ini saya jadi vegie.. ha! ha! ha! orang merayu muka kasihan buat aku ma

Gibran Pacai

Image
ini dia. Gibran. kenalkan. semalam baru kami bersatu. saya temankan dia bersama Pacai. Pacai yang menzahirkan Gibran pada gambar ini. mereka berkawan baik. teman istimewa saya. terima kasih Gibran dan Pacai. Saya sayang dan cinta kamu berdua. teman saya. jangan tinggal saya. saya tahu kamu akan setia.. Gibran dan Pacai... Welcome to my life... =)

awak tahu?

awak tahu apa itu kecewa? awak tahu apa itu sakit? awak tahu apa itu bengang? awak tahu apa itu ditikam belakang? awak tahu apa itu sedih? awak tahu apa itu putus asa? awak tahu? itu yang saya rasa sekarang.. awak tahu? p/s: aku rindu faien ... =(

friendship

               .......               "Apabila kau mula dengan persahabatan, untuk tiba-tiba kau keluarkan satu statement yang kau suka kawan baik kau tu sendiri- cuma ada dua hala tuju je."               "Hala tuju pertama atau yang baik. mungkin dia pun suka kat kau an the rest, happy ending."               "Okey, Hala tuju kedua?"               "Dia memang anggap kau kawan baik jek, and your confession dah buat friendship kau jadi awkward. Lepas tu... semua benda jadi lain macam dan end up, kau tak akan bercakap lagi dengan dia. mungkin... sampai bila-bila."........ (ms 54, Untuk Awak Teja Aulia. Syud. Jemari seni.) dan bila yang terjadi itu kedua.. untuk kali pertama... sakit dia rasa bukan pada rejection tapi pada friendship yang hilang, awkward mungkin terus tiada. =,| beri peluang kedua untuk terus seperti biasa?.. tak akan tersasar. akan pagar besi hati ni.

lelaki perempuan

lelaki dan perempuan jejaka dan gadis walau apa pun kita buat atas dunia ni selagi kita ini berpegang pada tauhid mengucap dua kalimah syahadah menyembah Allah lagi mudah selagi kita ini ISLAM semuanya perlu dibataskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan demi kemaslahatan seluruh insan. maka, lelaki dan perempuan jejaka dan gadis, perhubungannya itu perlu terbatas. perlu lebih berhati-hati perlu dijaga tidak, tidak aku kata si aku ini tak melakukannya tidak si aku ini jurus seluruhnya. tapi si aku hanya ingin berkongsi si gadis perlu ada garisan menjarakkan diri secara fizikal paling kurangnya jangan diberi apa yang belum berhak jangan mudah menyerah jang sampai tersebar fitnah.. jangan mengaku kalah. kelak merana

bersin

bersin satu bersin dua bersin tiga bersin banyak sampai tak terkira gusi gatal rasa macam nak menggaru-garu.. jumaat sabtu ahad minggu termenung sedunia.. dalam kotak batu konkrit itu lagi tak kan nak mengeluh? tak guna mari kita hiasi dengan bunga-bunga cepatlah akaun di bank berubah angka ingin menyambar keinginan sejak dahulu kala ayah bagi greenlight secerah-cerahnya.. bhahaha... dua minggu akan datang ada aktiviti menarik semenarik-nariknya.. saya hilang satu saya dapat banyak. mari kita bermakna kan hidup kita! lupakan tentang cinta! p/s: aku rindu faein....