rojak

kawan...
mungkin selama ni aku tak ikhlas
bila aku beri ketawa pada orang
aku harap orang akan beri ketawa juga pada aku.
bila orang minta aku pinjamkan telinganya.
aku juga harap akan ada telinga dipinjamkan pada aku.
bila orang dalam gelap aku capai lampu ajak jalan sama dalam cahaya
aku juga harap akan ada beri aku lampu untuk aku jalan.
mungkin..
mungkin aku terlalu berharap.

----------------------------------------------------------------------------------------------

dah dua minggu pacai dalam hidup aku..
ayah dah bagi restu
impian aku sebelum bersama pacai
nanti bila aku sudah dapatkan dia
aku mahu kita cerita sama-sama
kisah aku dan kau..
bila tiap detik yang aku rakam dengan pacai
boleh aku kongsikan..
tunjuk ajar.
sokongan..

bila gibran pulak datang
aku berimpian untuk
aku ceritakan..
aku sudah serasi bersama gibran
perkembangan aku bersama gibran hari ke hari boleh aku ceritakan.
aku mahu dengar kata bagus, gud luck, wah, tahniah...

bila aku merentas hari-hari aku
akan timbul ingatan ingin aku kongsikan
hari ini aku ketawa
hari ini aku menangis
hari ini aku geram..
aku nak dengar kata faham, kata kuatlah, tabahlah, tak apa...

bila tiap yang sama berlaku.
benda yang sama jugak terlintas dalam kepala aku.
aku cuba pujuk
aku kata sudah tak ada yang sama
semua berbeza
sebab masa dah tinggalkan kita
jauh meninggalkan..

biar aku kongsi disini saja..
moga-moga terbaca...

baru-baru ini
badan aku kerap tidak normal
ada saja sakit yang datang..

baru-baru ini
ada orang buat aku bengang
dia kasari aku.
dia buat benda yang tak pernah orang buat pada aku.
aku marah sangat.!
dia tak hormat aku..
dia tak jaga langsung batas!
aku benci dia..
aku marah sangat masa tu.
aku bengang..
minggu tu macam-macam jadi..
atuk aku meninggal ...
orang buat macam-macam dekat aku..
selalau orang buat kat aku.. patut aku dah immune kan?
tapi kali ni tak..
tak sebab imunisasi aku tu di bawa pergi sekali.

baru-baru ni kelas tiap-tiap hari..
makin lama makin menjadi direct sampai lima, enam petang.. dari lapan pagi...

baru-baru ni aku rasa makin tak suka tempat ni.
baru-baru ni aku pretend depan orang aku masih macam dulu.
nama klise tu aku sebut selalu..
aku cakap dekat greenteeth
aku dah move on dah..
aku cakap aku dah lupa dah..
aku cakap aku dah oke dah..
cuma makin lama baru aku sedar..
aku menipu.

banyak lagi.. banyak sangat lagi....

bye!

aku perlu rehat badan
migrain datang lagi.. makin menjadi..


Comments

Felly Sophia said…
Link blog sudah ditukar. :)
encekgadis said…
okep... nanti pergi terjah.. heheh... =))

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya