Hiatus 1

Mengambil keputusan untuk hiatus.
Bukan mudah.
Aku sendiri tak tahu kenapa dan bagaimana seterusnya.
Cuma pasti kepingin hiatus dan tidak menyesal. Lebih tenang untuk berada dalam keadaan begini.
Menjauh dari mereka yang terpaling selesa bahunya.
Aku mahu mencari sesuatu yang aku sendiri tak tahu apa.
Jika kau atau sesiapa jumpa/tahu. Maklumkan aku.
Aku tak mahu hilang lama bimbang terus hanyut tanpa jumpa.
Aku katakan aku mahu pergi jauh seketika.
Tapi aku sendiri tak tahu ke mana.
Cuma yakin aku ada yang tak kena sama keselesaan ini.
Mengharapkan bulan di riba sedang aku jauh di tanah tandus,
Berharapan bersama kebarangkalian ; membunuh aku diam diam.
Ada kekosongan perlu diisi.
Cuma Tuhanku yang aku mahu disitu.
Maaf teman. Aku terpaksa diam.
Aku tak mahu hanyut lagi.
Aku tak mahu manusia di hati dan minda ku.
Kerana manusia kuasanya mengecewakan.
Aku perlu susun kembali kondisi hati.
Maaf. Aku tak kuat. Kecewa adalahan kelemahan utama.

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya