#NotaH13

Berpuasa dapat mendidik nafsu dan tingkah laku.
Jadi aku perlu puasa dari fb, twitter, dan ig.
Kewarasan akal sudah gagal mengawal kemahuan.
Ini gila.

Gila.

Lebih parah dari hal 2 tahun lalu.
Tak apa lah sikit demi sikit.
Biar sikit tapi istiqamah lalu hilang kan?

------------------------------------------------------

Semalam, Insomnia lagi
Siang, tidurnya sudah tidak selesa.
Tubuh keliru sama
kehendak hati
juga akal.
Berebut-rebut saling mahu menjuarai.

Bahaya lebih dari marijuana.
mendebarkan dan khayal.
Ah, aku gagal lagi
kali ini dengan kegagalan yang lebih dasyat.

Mendongak ke langit
mengira bintang
harap mampu pejam malam ini

Malang, langit gelap
bintang sembunyi.
gagal lagi.
---------------------------------------------------

Mungkin aku perlu lari,
tapi masih terus menjadi diri sendiri.
Terlalu mencuba juga sebenarnya payah.
Aku gembira dengan bagaimana sekarang cuma,
jauh dari sudut paling dalam tercuit sedikit harap yang salah.
Haih.


Semoga dipermudahkan urusan untuk masa depan dan kerja-kerja
Meraikan kehidupan dan bunuh tentang perasaan.
Perasaan memang meletihkan
Sendiri mengajar aku berdikari dan lebih kuat.
Aku mahu lihat dunia dan belajar terus belajar.
Kerana aku pernah rasa nikmat menjadi bodoh.
Tetapi ia bukanlah nikmat yang boleh aku banggakan hingga akhir.
Belajar dan terus belajar.
Aku mahu menginspirasi
Sekeliling dan diri sendiri

Mencari dan membentuk peribadi.
Terasing, Itu sumber kekuatan.
Saat sekeliling aku bersama tingkat impian pada perkahwinan
Aku hanya mampu tersenyum dan berikan sokongan.
keran tingkat impian pada itu terlalu jauh.
Ah, perlu apa aku nak hirau itu urusan Tuhan sedari awal sudah menetapkan.
Rayakan kehidupan!

Aku mahu berhenti menulis sebelum lembaran ini menjadi lebih peribadi
Tapi mata aku masih keras menidakkan,

Aku ada kelas lah esok!
-..-
Mungkin aku perlu teruskan bacaan buku tadi yang terbengkalai.
Moga mudah lelap
Adios!

Aku nak pergi gig.
Cepatlah cukup umur
Aku nak pergi gig. Sekali pun tak pe.
Aku teringin pergi gig. Tolong bawak boleh?

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya