#NotaH11

Aku sedang membaca buku 'La Tahzan terasing' demi menyahut cabaran 2 jam membaca sehari. Aku cuba.
Aku sedang membaca dan aku tak boleh terus membaca aku perlu 12 minit lagi untuk mencukupkan sejam yang pertama. Tapi aku tak boleh teruskan bacaan kerana mengalami gangguan bicara balas dari bahan yang aku baca.

Sedang di bahagian tajuk SPIDER berbisa. Aku masih meneruskan pembacaan di bahagian S iaitu Sport, kemudian P iaitu politik tapi aku tak mampu untuk teruskan bila berada di I iaitu ideology. Penulis mempertikai tentang aspek aspek ini yang dikatakan sebagai ancaman oleh Yahudi dan Nasrani . Dipanggil senjata untuk melemahkan umat manusia Islam khususnya. Aku dalam dilema. Apa sebanrnya kita ini diancam atau kita sebenarnya terancam. Hujah dan dalil dinyatakan oleh penulis cetek pada pandangan aku. Beliau menyalahkan definisi Ideologi yang dinyatakan oleh pendefinisi pendefinisi barat yang menyatakan ideologi tanpa perlu asas. Jika itu yang menjadi hal mengapa tidak dinyatakan ideologi menurut Islam dan pegang pada itu. Tiada paksaan dalam definisi, penulis perlu tahu.

"Apabila insan diberi kebebasan berfikir, kelak jatuh ke lembah kikir, dirisaukan akidah menjadi kafir."
Aku cuba faham apa yang dimaksudkan oleh ayat ini. Sejauh mana kebebasan yang dimaksudkan penulis?
Apakah penulis bersikap pesimis terhadap darjah kepercayaan saudara yang lain? Apakah maksud kebebasan berfikir yang diberi itu sebagai satu tanda untuk menghalang manusia mencari dan mempersoalkan? Sedangkan Ibrahim juga mencari Tuhannya untuk meningkatkan keyakinan. Atau makaud kebebasan berfikir itu adalah halangan daripada mengkaji apa yang dinyatakan oleh AlQuran dan Sunnah? Aku tak bermaksud mempertikaikan Al-quran sunnah tapi aku maksudkan mendalami dan melakukan perbincangan.

Apa yang lebih tertarik untuk dilihat kepincangan hujah penulis adalah berkenaan ideologi metal, skinhead dan punk. Apa penulis sudah mengkaji dengan lebih dalam ideologi yang dibawa. Dan mengiakan kenyataan penulis tentang ideologi Yahudi dan Nasrani ini menyesatkan tapi dalam masa yang sama aku mahu persoal ke mana pergi ideologi Islamis. Tahukah penulis bahawa ideologi Yahudi Nasrani tu giat berkembang bukanlah kerana salah mereka rajin dan giat berusaha untuk menyesatkan tetapi adalah kesilapan kita yang masih kekal menyalahkan.

Jangan kita sangka semua berpengetahuan seperti kita. Ramai yang tak tahu dan mereka hanya melakukan apa yang mereka tahu. Jadi tugas mereka yang tahu adalah menyebarkan. Bukan menyalahkan orang lain yang lebih cergas. Terlalu cetek hujah penulis. Dan aku sekarang berbelah bahagi untuk meneruskan bacaan atau tidak.

Yang paling tidak dapat aku terima adalah tentang ancaman R iaitu Rock. Rock dikatakan ancaman kerana gerakan awal muziknya memuja syaitan. Penulis bersifat terlalu umum. Kesian ke semua rockers kita sudah kesesatan, jahil dan hilang akidah. Apa mungkin sebenarnya R hanya sekadar jntyk melengkapkan akronim SPIDER?

Aku tak katakam hujah yang dinyatakan oleh penulis salah tapi hujahnya dangkal. Analoginya sekadar dipermukaan. Aku tak rasa hujah hujah ini akan cukup menyakinkan mereka yang sedang hilang dari kebenaran. Aku lebih suka penulis sertakan usaha yang telah dilakukan kita untuk melawan anasir mereka. Aku lebih suka penyelesaian dan aku lebih suka sudut pandang analogi yang bersifat menyeluruh dan bukan setempat.

Aku tertarik dengan pembacaan awalan buku ini kerana bahasanya indah ceritanya menarik, sebagai seorang yang rasa serba kurang dalam terasing yang berbeza tulisan penulis menyakinkan sehinggalah ke tahap ini aku sudah goyah untuk teruskan bacaan. Apa mungkin aku telah didoktrinasi oleh kaum mereka sehingga aku tak nampak isi utama disampai penulis? Entah. Mungkin aku perlu dalami lagi.

Masa sejam sudah tamat tempoh dengan kurang 12 minit. Akan disambung malam nanti. Moga aku mamlu selesaikan bacaan semuanya.

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya