penipuan dengan niat

3 tahun berlalu

tukang tanya : kenapa kamu pilih untuk menyertai bidang ini tidak menjadi doktor atau engineer sedangkan kamu sudah berada di jalan tersebut?

tukang jawab: kerana kalau saya menjadi seorang doktor hidup saya sekadar menjadi doktor tetapi kalau saya pilih bidang ini saya boleh jadi kesemuanya apabila saya mampu melahirkan insan yang menjadi kesemuanya. kalau semua ingin menjadi doktor atau engineer jadi siapa yang akan menjadi insan membentuk doktor dan engineer.

tukang tanya: saya dah pernah dengar jawapan ni sesi tahun lepas.

tukang jawab: err terpulang orang yang menjawab itu orang lain. saya tetap dengan jawapan saya. mungkin fikiran kami sama.

tukang tanya: betul kamu ingin berada dalam bidang ini?

tukang jawab: *penuh yakin* ya!

tukang tanya: kamu tak akan menyesal untuk berada dalam bidang ini?

tukang jawab: ya! saya memang ingin berada dalam bidang ini.

tukang tanya: baiklah kamu boleh keluar.

kalau tukang jawab dapat jumpa balik tukang tanya, tukang jawab nak mintak maaf atas penipuan di atas.
maafkan tukang jawab memang tukang jawab tak berniat nak menipu.. tapi terpaksa...

kalau tukang jawab diterima atas jawapan di atas. tukang jawab nak mintak maaf jugak mungkin ada yang lebih berhak.. tolong doakan tukang jawab benar-benar ikhlas dan melaksanakan sesuatu seperti yang dia jawab.

melakukan sesuatu bukan keadaan rela tu memang payah.. tapi tak ada yang payah dengan keizinanNYA.. mohon tukang jawab dimaafkan atas niat yang dia maksudkan. untuk kegembiraan kesayangan tukang jawab.




Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya