habit minit akhir

aku ni memang manusia minit akhir. pada aku setiap masa waktu ketika itu berharga jadi sebelum tiba masa sesuai maka aku tak akan buat benda tu sebab? aku kena buat perkara lain. kira mudah kalau benda kena hantar or setle hari jumaat minggu depan.. jadi kenapa perlu berpusu isnin minggu ini.. mari tengok movie online.. atau aktiviti riadah yang lain.. ingat... riadah itu aktiviti berfaedah tidak membuang masa

contoh:

aku perlu balik hari jumaat dengan menghantar buku kuning keluar maktab
oleh yang demikian buku itu perlu dicop
jadi.,. disebabkan aku perlu balik hari jumaat.
maka buku kuning masih boleh dicop pada hari khamis... malah sebelum balik.
namun begitu aku manusia mudah lupa lantas esok perlu balik dan hari ini hari khamis seterusnya aku masih tidak menghantar buku kuning.. jadi adalah mengakibatkan esok huru hara.. ahhh dem gile!
sedap sangat makan keropok dengan air bandung.. marah nie!
namun begitu walau apa jua yang kita lakukan kita perlu tenang...

contoh lagi:

anatomi punya amali. tarikh terima tugasan entah bila tak ingat.. tarikh hantar tugasan bila pensyarah ada. maksudnya bila ada kelas. contoh kelas hari ini.. kelas pulak pukul 2.30-4.30 ptg.. pukul 12.30-2.30 ptg waktu free.
jadi kenapa perlu aku buat semalam sedangkan waktu semalam boleh aku gunakan untuk bersosial bersama teman di laman sosial merapatkan silaturahim.
dengan yakin aku akan siapkan tugasan hari ini pukul 12.30-2.30
cuma bukan salah aku ya aku tekan kan lagi bukan salah aku bila kelas tu dianjak pukul 12.30 hingga 2.30...
sebagai warga pelajar kita jangan risau atau menggelupur
pinjam pada kawan yang dah siap dan siapkan di dalam kelas ketika subjek lain
itu kita panggil sebagai pembelajaran merentas kurikulum
di mana pelajaran lain di selit dalam subjek berlainan..
ya mungkin sedikit rasa bersalah.. ouh tak apa.. ramai lagi rakan seperjuangan.

oke sekian.
aku sudah tidak mahu menonjolkan kehebatan minit akhir aku..
riak itu berdosa.


p/s: tidur petang ini sedap! apatah lagi setelah tepu dengan istilah-istilah anatomi.. terasa ala-ala doktor pulak.. amboi pembelajaran merentas kurikulum betei!

cantik betei tengkorak ni.. inilah anda.. tahukah anda manusia mempunyai 206 ketul tulang semuanya.. jadi sila namakan kesemuanya baru kau tau apa erti penyesalan T.T

Comments

Fnd Rocka said…
je is sukakan chalengging gamaknya kau ni
encekgadis said…
aku pun rasa ada jugak la kemungkinan tu ohok ohok

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya