cita-cita dalam kotak batu


cakap pasal mimpi
cakap pasal impian
cakap pasal cita-cita

mimpi aku
impian aku
cita-cita aku

melalui hari yang berbeza setiap hari esok
menanti penuh debaran esok yang datang.
melakukan banyak supaya aku
hari ini adalah lebih baik dari aku yang semalam.

tapi..
hakikatnya..
aku masih dalam kotak batu empat segi.
aku masih dalam kawasan luas dengan sistem yang rigid
dan aku akan kekal dalam kawasan dengan sistem yang rigid.

aku..
aku nak menjadi seseorang yang mempunyai sesuatu
aku nak menjadi seorang yang di kenal dan di ingati kerana sesuatu
dan aku nak menjadi diri aku dan menghargai hidup aku kerana punya sesuatu

usia makin melewat.
aku ingin belajar semuanya
mahu lakukan sebanyaknya.
aku mahu pergi ke seluruhnya.

tapi
dalam masa kian bergerak pantas
aku masih dalam kotak batu
melakukan sesuatu yang sama
tanpa aku letakan jiwa
tanpa aku mampu berikan cinta.

aku mahu kenal dunia
aku mahu kenal hidup
aku mahu untuk tidak kekal dalam sistem
aku mahu bebas untuk berfikir
berkata-kata dan mencuba

cita-cita aku menjadi psikatrik supaya aku boleh jumpa banyak manusia. supaya aku boleh belajar menilai dan mengenal manusia.
cita-cita aku menjadi penulis supaya aku boleh bermimpi. supaya aku boleh luahkan impian dan capai angan-angan.
cita-cita aku menjadi insan yang mempunyai aset dan melakukan tugas sendiri. supaya aku boleh pergi jauh supaya aku boleh jumpa ramai.. supaya aku boleh menjadi lebih dari aku.
cita-cita aku ingin bebas. ingin pergi ke merata tempat melihat pantai. menatap awan. melihat orang. aku nak cuba semua.
tapi aku tak mampu dan berkebolehan untuk semua cita-cita tu..

cita-cita aku supaya aku boleh menjadi seseorang yang ada kebolehan untuk dibanggakan. ada kepakaran untuk dikongsikan.
cita-cita aku hidup luar dari sistem
cita-cita aku  supaya orang tahu aku seorang yang bercita-cita

cita-cita aku gunakan nyawa dan usia aku sebaiknya
tidak sekadar menjadi insan dalam kotak batu yang hidup dalam sistem.

dan cita-cita aku supaya suatu hari aku bangga dengan diri aku kerana mampu melakukan sesuatu
dan bukan sekadar manusia kaku dalam kotak batu
penjara tanpa lokap.

p/s: better to be hurt for something than safe for nothing... im sick with this kind of life



Comments

fnd said…
Moga berjumpa tukul untuk memecahkan batu itu
encekgadis said…
terima kasih! moga tukul dijumpa sebelum terlambat

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya