poliTIKUS

judgemental

manusia terutama bangsa aku memang suka untuk membuat penilaian yang entah-entah pada orang lain.

suka mengkaji menggunakan logik tanpa disokong nilai saintifik

selalu memberi pandangan berdasarkan emosi dan pengaruh dalaman.

suka kan benda 'in trend' supaya nampak gah supaya nampak setaraf

memberontak menyuarakan suara-suara supaya kelihatan hebat dan berani menjadi outspoken

tapi apa yang kita boleh lihat apa yang mereka lakukan ini bergantung pada ikut-ikutan

jika ada yang bersuara maka semuanya bersuara.

tapi berapa ramai yang bersuara itu memahami apa yang disuarakan.

ramai yang membantah korupsi

tapi berapa ramai yang mengkaji perkara yang dikorupsikan

jika ya mengetahui apa yang dikorupsikan berapa ramai yang mendapat isi-isi yang tepat boleh dipercayai.

dalam keadaan sekarang bukan sistem sahaja ada korupsi malah penyampaian maklumat juga telah dikorupsikan dan berapa ramai sedar itu?

dalam melihat sesuatu situasi atau isu ramai antara kita yang ke depan bersuara di facebook blog dan twitter

tetapi berapa ramai yang bersuara itu bersuara menggunakan akal dan bukan rasa.

kita sesedap rasa mata dan telinga mendengar tentang cerita-cerita dari mulut ke mulut dan kemudian membuat kesimpulan sendiri tanpa mencari kesahihannya.

dalam isu politik kita dapat lihat ramai di muka buku menyuarakan rasa benci carutan kutukan kejian dan pengaiban antara satu sama lain. tidak kira apa benda sekalipun.

sekarang ni yang aku lihat taraf mereka sama saling menjatuhkan.

dalam berpuluh ribu pengikut page-page pemimpin tersayang dalam beribu yang berusaha untuk melakukan penentangan sedang menyuarakan suara

berapa ramai yang yang tahu selok belok sebenar politik itu sendiri. dan tidak terikut terpengaruh dek penangan setia kepada pemimpin sendiri

Niccolo Machiavelli cakap dalam politik matlamat menghalalkan cara...

dan kenyataan ahli-ahli politikus sekarang adalah golongan makiavelis.

 jadi mereka yang mempunyai semangat berkobar untuk transformasi atau reformasi pastikan tidak sekadar ikut-ikut aku naik menyampah sudahlah dengan mereka di atas tambah lagi pengikut yang menjengkelkan.

p/s: politik dan kerajaan major sem ni haruslah semangat! duduk di atas pagar aku tak menyokong mana-mana sebab aku budak mentah







Comments

ramai yang lebih menjadi ikut-ikutan sesuatu yang dia sanjung..

tapi tak ramai nak memahami erti perjuangan itu..

kita jadi pemerhati ajelah yer.. ^^
encekgadis said…
betul-betul... sifat fanatik kadang-kadang buat manusia lupa yang disanjung tu manusia biasa dan punya bahagian kuranngnya juga..

ya.. mari memerhati supaya kita dapat betul keyakinan pihak kebenaran..

tahun ni pru13 kau jgn lupa mengundi aku belum layak eheheh

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya