Satu nama
Ada satu nama tu yang banyak kali aku padam delete clorox masa lagi di situ
Jadi aku rasa biarkan lah dia selama mana dia mahu
Walaupun aku tahu yang menentu itu adalah aku
Aku yang berhak untuk simpan atau jahanamkan.
Tapi tetap nama itu di situ.
Sehingga satu masa nanti
Dia jumpa bidadarinya dan aku akan melepaskan.
Untuk waktu itu izinkan dulu aku bermanja
sama harapan-harapan palsu yang aku bina sendiri
juga perhatian-perhatian yang dia lemparkan
dan ketawa ketawa yang dihamburkan
aku cukup bahagia dan merasakan cukup dengan perihal yang semudah itu
datang dan perginya
hilangnya sering kali aku harap berkekalan namun sayangnya tidak.
maka sejuta kali pun kau mahu
pergilah
datanglah
selagi mana kau mahu
aku merelakan
sehingga nanti kau jumpa bidadarimu
kau pergilah
aku merelakan
kerana sejak mula lagi aku sedar
kau dan aku
bukanlah satu.

Comments