Nikmat menjadi bodoh.

Dulu aku selalu percaya yang kejayaan seseorang itu adalah disebabkan dia dilahirkan untuk berjaya.
Aku rasakan yang kejayaan adalah sesuatu yang telah ditakdirkan.
Sejak dari sekolah rendah aku cuma seorang pelajar biasa yang pencapaiannya tahap sederhana.
Selalu aku rasakan yang aku tak mampu untuk jadi sehebat kawan kawan aku yang lain kerana aku tak ditakdirkan untuk bijak seperti mereka.
I've to struggle to understand every single things that ive learn in class.
Masa darjah empat aku pernah gagal paper bahasa inggeris
Aku pernah turun kelas masa darjah 5
Aku tak faham konsep bahagi masa aku darjah tiga dan sampai darjah 6 aku still failed bab sifir.
Masuk sekolah menengah banyak je matapelajaran yang aku dapat c dan d.
Masa form 4 aku dapat c math mode yang pada orang lain senang macam kacang goreng.
Masa form 4 juga semua subjek sains stream aku selalu failed dan markah add math pernah tak lebih dari 10. 
Subjek booth aku failed nahu saraf masa form 5
Form 4 untuk SMA aku tak hafal pun semua 3 surah yang wajib hafal
Masa form 5 aku kena repeat ujian lisan Quran Sunnah sebab aku tak hafal Yassin.
Exam bulanan nama aku bukan yang berada dikalangan peratusan di atas.
Sampai sekarang aku langsung tak pernah faham untuk buat formula kimia.
Sampai sekarang jugak aku failed bab grammar.
Kawan baik aku best student kat sekolah. Geng aku masa sekolah most of them teruskan perjuangan dalam bidang yang gah.
Selalu aku rasa yang diorang born-to-be that person. Dilahirkan memang untuk berjaya.
Dan aku masih lagi kat sini dengan angan-angan dan impian aku bersama hakikat yang 24 jam sekalipun aku lari aku tak akan dapat setanding mereka.

Tapi..
Pernah satu hari pensyarah aku cakap, adalah untung bagi seseorang yang pernah merasa nikmat menjadi bodoh. 
Melihat kepada hari-hari semalam, Ya aku percaya yang sebenarnya aku tidak malang untuk merasakan nikmat menjadi bodoh.
Tuhan itu adil dan tidak pernah menzalimi hambanya.
Melihat kepada semua ini aku percaya yang kebodohan itu adalah pemangkin yang Tuhan berikan untuk aku bergerak lebih kehadapan kerana ada orang yang tak mampu untuk bergerak sendirinya maka jalan yang mudah bukan untuk dia.
Tiada jalan mudah untuk semua yang kita mahukan. Dan tiada yang sia-sia atas apa yang telah kita usahakan. Percaya dengan apa yang kita perjuangkan dan terus melangkah ke hadapan.

Perjuangan aku untuk meneruskan impian ibu ayah akak sudah hampir ke penghujung sudah masuk fasa pecutan terakhir. Aku tak boleh leka dengan segala batu-batu yang menghalang. Terus bertahan dan melajukan pecutan. Persaingan utama adalah diri sendiri. Setelah habis perjuangan ini aku akan teruskan sama kejayaan yang aku mahukan pula. Tak salah untuk korbankan sedikit masa kerana que sera sera que sera sera, what will do will do, what will be will be. 

Aku akan teruskan perjuangan ini ke garisan penamat dan aku akan mula mengorak langkah menuju cita-cita aku. Aku cuma perlu sedikit sabar dan perbanyak usaha. Redha Allah pada Redha ibu bapanya. Ayat keramat yang aku pegang sehingga hari ini.

Nama aku Adibah. Aku bakal guru. Aku mahu menulis mempunyai tulisan. Dan usaha aku untuk keduanya. Aku tak akan berhenti di sini. 

Que sera sera, what will be will be.

Kun Fayakun.


Comments

cengkih said…
assalam..mohon copy n paste tulisan kamu, mahu saya post di tumblr, dan akn di kreditkn blog ini. terima kasih.
encekgadis said…
cengkih, silakan. sebarkan apa sahaja yang baik untuk disebarkan =)

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya