Kepada Lelaki Manis.

Merindukan sesuatu yang entah ada entah tidak

Kadangkalanya kau datang mengucup ubun-ubun hari ku
kemudian kau tinggalkan sopak luka di dada ku.

Kadangkalanya kau datang mengelus rambut malamku
saat dinihari sepi kau tinggal biar aku sendiri.

Kadangkalanya kau menepuk bahu menahan aku dari terus berlari
dan saat aku menoleh kau sudah berpaling meninggalkan aku lagi.


Dan
Kadangkalanya kau mengetuk mimpi malamku
dan membiarkan aku terjaga sendiri.

Di setiap hadir kamu yang entah ada entah tidak
aku masih tetap menunggu menanti sehingga saat
aku mahu pergi kau menahan aku lagi
dan meninggalkan aku
setelah lama aku sambung berjalan mahu menjauh
dan kau datang menahan aku pergi

Lantas bagaimana lelaki manisku?
mahu aku ini jauh dari kamu dan saat serupanya kau tetap menghantu malam-malam ku
mahu aku lupa pada kamu dan setiap saatnya kau mengetuk-ngetuk lagi hati aku.

Lelaki manisku.
Engkau terindah yang manis pernah aku ketemu.
Dan lelakiku nanti bukan lagi kamu pasti sukar untuk manis lagi.
Kau terindah pernah dihadirkan Tuhan untuk setiap tawa tangis ku tiap  jatuh dan bangunku.
Kau lelaki yang aku tetap akan rindu.
dan saat ini
izinkan aku padamkan dahulu hadir kamu.
Supaya aku mampu untuk bertatih lagi sendiri
seperti saatnya kau tak pernah wujud.
seperti saatnya kau tak pernah hadir
dan menyentuh lembut hatiku
Pergimu itu terlalu perit
dan hadirmu juga tersangat sakit.

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya