Nama
Ada satu nama yang sedari semalam
Dicuba aku padam lalu tidak mahu hilang
Nama pada dinding kekal
Diukir kemas kenangan tertusuk dalam
Ada satu nama yang sedari semalam
Tergiang ngiang berlagu di cuping hariku
Berdesing memecah gegendang harap
Pada kepulangan memecah suram.
Ada satu nama yang sedari semalam
Dibibirku tersenyum
Dimindaku terngiang
Dihatiku tertanam
Ada satu nama yang sedari semalam
Milik kamu
menghantuiku.
Comments