Berani

Berani
Saya dahulukan dengan ketawa
Ketawa dengan diri kita.
Petik kata kata marina mahathir
Democracy means being respectful of diversity and dissent, not "let's make sure only we get in and nobody else has a chance"
Untuk menjadi sama kesemuanya lebih baik kita menjadi robot yang diprogramme untuk tugas yang dikehendakkan.
Tapi ingatkan robot juga sampai tahap akan rosak akan berhenti punya fungsi.

Sila pergi dengan idealisme yes boss saya yang menurut perintah
Kau punya otak untuk fikir yes punya apa.
Jangan tak usah berhenti.
Jangan tak usah berhenti saya sarankan diaplikasi oleh mereka yang perjuangkan bangsa dan suara
Saya mohon mereka jangan, tak usah dan sila berhenti.
Selagi mana kita ini. Diri kita ini tidak berani berdiri untuk kita punya diri.
Selagi itu juga kita ini perlu berhenti untuk berani pada orang lain.
Sila jemput persilakan mati.

Apa guna jadi pencacai pengecut perjuang dari dalam.
Sedang diri kita tak mampu kita puaskan apa lagi orang lain.
Sebelum itu apa perlu kita perjuangkan orang lain?
Mereka sudah tidak punya diri untuk juangkan diri sendiri?

Mentaliti
Aku lihat layu dalam melayu.
Kata Tun Dr. Mahathir.
Dan aku lihat layu dalam aku.
Kerana aku juga melayu.
Melayu yang layu dek hormat,
Melayu yang layu dek jaga hati
Melayu yang layu dek rasa selamat.
Lebih baik tidak janji selamat.

Oke baiklah jika kita ini dilahirkan Tuhan untuk memelihara semua hati yang lebih tinggi biar sampai hati ini mati.
Maka tidak perlu untuk tolong matikan hati yang cuba ingin hidup sendiri
Biarkan hati itu berdiri
Berdiri pada jalan yang dia mahu.
Yang dia cari.

"Kita bangsa negara harus pandai bahasa bertanya  mengapa siapa bagaimana punya akal tahu arah tujuan " salam musik diondread eyza bahra..

Kita sambung nanti

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya